BAB 81: KEDATANGAN MUSUH

40 5 2
                                    

"Hei!" Seseorang menegur Zeliker.

"...?" Zeliker memandang orang tersebut.

"Mana khemah edar makanan? Cis, aku rasa aku dah sesat..." kata orang tersebut yang merupakan seorang lelaki syaitan.

Zeliker mendiamkan diri seketika. Setahunya, tiada sesiapa akan sesat kalau boleh bau makanan. Apatah lagi deria bau syaitan... kuat daripada orang biasa. Adakah orang ini menipunya? Zeliker mula awas dan memerhatikan pergerakan lelaki di hadapannya.

"Hm? Hei, aku tanya kau soalan kan?!" Kata lelaki itu, kurang sabar.

Zeliker menunding jarinya ke satu arah. Memandangkan mereka berada di atas bukit kecil yang dikelilingi khemah tentera, mereka boleh melihat khemah-khemah lain.

"Di sana, yang ramai orang tengah berkumpul," kata Zeliker dan tidak lepas memandang lelaki itu.

"Oh, itu kah... Thank you!" Ucap lelaki itu lalu berlari turun dari bukit tersebut.

10 minit kemudian...

"Huh?" Lelaki tersebut muncul semula dari belakang Zeliker. Dan Zeliker terkesima melihatnya.

Kali ini, lelaki tersebut tidak menanya Zeliker sebaliknya menunjukkan kekeliruan. Dia pasti dia telah menuju ke arah khemah makanan. Sekali lagi, dia pergi ke arah tersebut.

15 minit kemudian...

"Erm..." Zeliker tidak tahu perasaannya ingin bersimpati atau tidak terhadap lelaki tersebut.

Lelaki itu muncul semula dengan tubuh yang berpeluh sambil tercungap-cungap.

"H-Hei..." 

"Y-Ya?"

"Kamu pasti kah arah khemah makanan di sana? Kenapa aku tak tiba-tiba dan asyik muncul di sini?" 

"... Saya rasa tuan ni ada masalah deria tempat...?" Teka Zeliker walaupun merasakan ia mustahil untuk syaitan mempunyai masalah kesihatan.

Mendengar sahaja ayat Zeliker, lelaki itu mendengus. "Aku tak sakit! Tengoklah! Aku pasti sampai kat khemah makanan walau macam mana pun! Aku tak perlukan bantuan sesiapa! Gaaargghh!!" Jeritnya sambil berlari laju ke arah khemah makanan.

Dalam hati, Zeliker berdoa lelaki keras kepala dan juga bermasalah itu dapat mencapai khemah makanan kali ini. Walaupun dia tidak percaya lelaki itu boleh berjaya...

Dia mengelamun seketika dan menanti lelaki itu muncul semula. Tiba-tiba dia terdengar tapak kaki seseorang berjalan di belakangnya. Lantas, dia memandang dengan riak teruja tetapi bertukar hampa selepas melihat orang di belakangnya.

"Hm? Kenapa?" Tanya Xium yang sedang memegang dua pinggan makanan.

"Erm, takde apa-apa. Terima kasih," kata Zeliker sambil mengambil makanan yang dihulurkan Xium. Dia terasa ingin menyimpan hiburan mengenai lelaki tersebut.

Kemudian, dia memandang makanannya dan mula terasa tidak lalu. Hal ini disebabkan dia teringat mayat-mayat manusia dan syaitan di medan perang. 

"Makan. Nanti kamu tidak bertenaga keesokan hari," kata Xium yang mengetahuinya.

Zeliker terpaksa menelan juga makanan itu walaupun terasa ingin memuntahnya semula. Keesokannya, mereka ke medan perang lagi. Kali ini, aturan tentera mereka berada di barisan ketiga serangan. Barisan pertama melawan dahulu barisan syaitan sebelum barisan tentera kedua bertindak pula.

Zeliker memandang medan perang di hadapannya. Gayanya seperti tentera mereka di hadapan mempunyai masalah melawan tentera musuh. Zeliker dapat melihat pancaran pelbagai kuasa bertembung. Hari sebelum, seperti yang diberitahu Asdwain, tentera musuh mereka tidak akan menggunakan serangan kuasa kerana ingin menjimatkan tenaga kuasa. Disebabkan itu, tentera syaitan pihak mereka juga tidak menggunakan kuasa. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now