BAB 3: PENCULIKAN

121 6 0
                                    

[Tahun 5457, 17 Oktober, 10.20 AM...]

Selang dua hari, Zeliker terjaga daripada pengsannya. Dia melihat bilik yang sama ketika dia bangun dahulu selepas dia terminum darah Gizelis buat kali pertama. Dia bangun dan membuka semua balutan yang ada padanya. Mata kirinya yang cedera sebelum ini telah pun sembuh. Begitu juga dengan kecederaan pada tubuhnya. Hal ini kerana puak syaitan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan diri walaupun sebahagian organ telah hilang. Akan tetapi, Zeliker mempunyai tubuh yang cepat sembuh berbanding syaitan-syaitan lain. Dia melompat keluar melalui jendela bilik itu. Perkara pertama yang dilakukannya ialah... menikmati hidangan bunga matahari.

"Sekali lagi.. Kamu tak de kerja lain ke selain makan bunga matahari?" Tanya Gizelis yang berada di luar rumah itu.

"Kamu pula.. Tak de kerja lain ke selain mengawasi aku?" Cebik Zeliker sambil mengunyah.

Gizelis diam sebentar. Begitu juga, Zeliker. Mereka berdua tidak memandang satu sama lain. Bunyi burung-burung yang merdu membuatkan Zeliker berasa tenang dan selesa berada di tempat itu. Dia juga terlupa sebentar akan kehadiran Gizelis di situ. Tiba-tiba, perutnya berbunyi. Dia tersentak. Gizelis pula tersenyum.

"Dah lapar? Kan dah kata makan bunga tak mengenyangkan..." keluhnya.

"Aku nak pergi memburu. Lepaskan kuasa aku," Arah Zeliker.

"Hm... Kamu boleh guna kuasa kamu dan mesti pulang dalam masa dua jam. Jika tidak aku akan paksa kamu minum darah aku lagi," gertak Gizelis.

Zeliker membuat wajah tidak puas hati tetapi dia beredar daripada membalas kata-kata Gizelis. Dia sememangnya sangat lapar dan disebabkan itu dia beredar dengan segera.

"Selalunya, dia bagi aku masa satu jam je. Mengapa hari ni dia menambah masa? Malah, kenapa aku masih lagi hidup? Apa yang diorang bual masa aku pengsan tempoh hari?" Tanyanya kepada diri sendiri.

Semasa berjalan-jalan di dalam hutan berdekatan rumah Gizelis, Zeliker ternampak seekor ayam liar. Dengan sekelip mata, dia menangkap ayam itu.

"Maafkan aku kerana terpaksa menamatkan riwayat kamu..." Ucapnya lalu menggigit leher ayam itu.

Darah ayam itu menitik jatuh ke tanah. Zeliker menghisap darah ayam itu dan matanya berubah kepada warna merah. Selepas dia mengeringkan darah dalam tubuh ayam itu, dia mengorek tanah dengan tangannya untuk membina sebuah kubur. Kemudian, dia menanam ayam itu dan meletakkan sejambak bunga yang dikutipnya di atas kubur ayam itu. 

"Ada masa satu jam lagi," katanya dalam hati lalu melompat ke atas dahan sebatang pokok dan melompat ke dahan lain selepas itu. 

Dalam menghayati pemandangan, dia menemui pelbagai jenis haiwan dan serangga di dalam hutan itu. Pada masa yang sama, cahaya matahari yang samar-samar menyejukkan hati dan menenangkan fikirannya. Sayangnya, ia musnah akibat jeritan seseorang.

KYAAA!!!

Zeliker terperanjat mendengarnya.

"Suara perempuan...?" Zeliker bergerak ke arah jeritan itu kerana mempunyai perasaan munsykil. Siapa yang berani datang ke tempat yang diketahui adalah kawasan pengurungannya?

Setibanya dia di suatu tempat berdekatan jalan kecil, dia menjumpai tiga orang lelaki dewasa yang gagah dan dua orang remaja; lelaki dan perempuan. Semua lelaki dewasa itu sedang mengikat dua orang remaja itu menggunakan dua utas tali. Malah, mulut mereka berdua disumbat dengan kain supaya mereka tidak boleh menjerit lagi.

"Penculikan? Manusia pun suka culik satu sama lain...? Hmm... Menarik!" Kata Zeliker yang riang hati mengetahui bahawa bukan syaitan sahaja yang suka menculik kaum sendiri.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now