Nekruis ingin Stiria mengalami sendiri suasana perang. Oleh sebab itu, dia membawa Stiria ke Daerah Benter. Mereka kini telah berada di dalam Negara Lagendia dan sedang duduk berdekatan medan perang.
Mereka tidak memasuki bandar untuk berehat kerana jika peperangan mengubah ke arah bandar yang diduduki, mereka akan terjebak dalam peperangan.
Dalam perjalanan, mereka telah melihat ramai penduduk berpindah ke bahagian utara. Peperangan kali ini merupakan peperangan besar dalam sejarah.
"Anakanda rasa takut?" Tanya Nekruis.
Stiria telah diam semenjak mereka tiba di sebuah pergunungan yang dapat melihat ke arah medan perang. Medan perang itu berdekatan dengan sebuah kampung. Malangnya, kampung tersebut telah musnah dan masih ada sisa kebakaran. Cuma, ia tidak lagi berpenghuni.
Yang menggerunkan Stiria ialah keadaan perang. Banyak tubuh bergelimpang di sini sana. Walaupun ada pasukan perubatan yang disediakan di bahagian belakang sekali medan perang untuk kedua-dua belah pihak, khemah mereka telah penuh dengan askar yang cedera.
Gumpalan darah berserta sisa-sisa potongan anggota badan berada di merata tempat di medan perang. Stiria yang melihat berasa loya tekak sebelum dia berlari ke satu sudut semak dan memuntahkan isi perutnya. Nekruis mengusap belakangnya.
Stiria tidak sangka begitu rupanya keadaan medan perang. Jika dia tahu, dia tidak akan pergi ke situ. Bayangan perang dan kematian kedua-dua pihak menakutkannya.
"Anakanda Stiria, anggap ini adalah satu pengalaman. Minda anakanda perlu kuat sebab tragedi sebegini boleh melemahkan semangat anakanda yang baru ingin menjadi strategis. Biar ada pengalaman supaya anakanda bersedia."
Stiria hanya mampu mengangguk. Malam itu, Nekruis membina perisai yang menghalimunankan mereka. Dengan ini, jika mereka menghidupkan api, cahaya api tersebut tidak boleh dilihat.
Stiria tidak lalu makan. Oleh sebab itu, Nekruis memasak sup bubur nasi sahaja untuk meringankan beban Stiria menelan. Dia tidak boleh membiarkan menantunya berperut kosong.
Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan cahaya api kayu mereka terpadam. Nekruis segera menarik Stiria ke belakangnya sambil memandang ke satu arah dengan tajam. Dia tidak menyangka ada syaitan yang boleh memasuki pelindungnya. Sedangkan kuasa syaitannya telah mencecah ke tahap yang sukar dicapai syaitan lain.
"Melainkan... Syaitan ini adalah syaitan istimewa!" Fikirnya dalam diam.
Nekruis telah lama mengetahui kewujudan syaitan istimewa. Cuma, dia tidak berpeluang melawan mereka. Oleh sebab itu, dia tidak tahu tahap kekuatan syaitan istimewa ini.
Seorang lelaki muncul dari sebalik kegelapan berjalan dengan lenggang sebelum berhenti beberapa ratus meter dari Nekruis dan Stiria. Matanya ditutup dengan topeng besi berwarna emas. Hanya mulutnya sahaja kelihatan.

*Anggap dia pakai topeng tapi ini wajah dia selepas buka topeng*
Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang lain muncul di sisi lelaki itu.
"Huh, nampaknya ada pengintip di sini. Berdekatan dengan medan perang pula tu. Korang buat apa menyorok di sini?" Tanya salah seorang lelaki muda berambut putih di sisi lelaki bertopeng itu.

Stiria menjenguk dari belakang Nekruis. Memandangkan Nekruis tidak membalas, Stiria mengambil keputusan untuk bersuara.
"Ma-Maafkan kami! Saya yang ingin datang ke sini! Pengawal saya hanya menemani saya..." Katanya sambil menjenguk-jenguk kepalanya ke arah mereka.
"Huh?" Lelaki rambut putih itu memandang ke arah Stiria.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...