Beberapa orang pengawal istana yang melihat perlawanan raja mereka segera cuba memasuki bilik itu untuk melawan Samian. Akan tetapi, satu penghadang dimunculkan Samian supaya perlawanannya dengan Kaizelan tidak diganggu. Zeliker, Xium dan Hetero telahpun masuk sebelum penghadang dimunculkan di dalam bilik itu. Tiada sesiapa boleh masuk dan keluar kecuali Xium yang memiliki kuasa di luar pengetahuan mereka.
"Wow, ni penghadang tahap tinggi," beritahu Hetero sambil memorinya mengingati dan memberitahunya cara-cara untuk menghidupkan penghadang tersebut. Selepas ini, dia boleh menggunakan penghadang yang sama.
"Benar." Zeliker juga mempelajari teknik itu dengan automatik. Amat mudah untuk mereka yang merupakan syaitan istimewa.
"Apa kita nak buat? Nak hentikan mereka?" Tanya Xium akan perlawanan antara Kaizelan dan Samian.
"Erm... Apa kamu dapat lihat daripada tuanku, Hetero, Xium? Agaknya, mahu tak dia dengar penerangan kita untuk hentikan peperangan?" Zeliker memandang rakan-rakannya.
"Pandangan aku macam tak..." Jawab Hetero.
"Sama." Xium menyokong Hetero.
"Aiseh... Aku memang tak nak lakukan cara terakhir ni tapi... Daripada membiarkan baginda dibunuh atau memberinya peluang untuk dilindungi pengawalnya jika dia menang, nampaknya, kita tiada pilihan lain. Xium," sebut Zeliker.
"Huh? Apa cara terakhir tu?" Tanya Hetero yang tidak tahu langsung mengetahuinya.
"Culik Kaizelan," jawab Xium selamba seperti perkara tersebut tidak langsung mendatangkan masalah kepada mereka.
Hetero terkejut mendengarnya dan ternganga. Dia sedar semula apabila kuasa Xium menerjah ke sekeliling mereka, melibas Kaizelan, Samian dan juga pengawal-pengawal yang tersentak dengan serangan hendap tersebut. Mereka semua terlempar ke belakang. Disebabkan itu, penghadang sekeliling mereka termusnah. Zeliker mengambil peluang ini untuk muncul di hadapan Kaizelan yang kini sedang mengerang sakit akibat serangan Xium yang bukan sahaja melibas tetapi juga memberi tekanan kuat kepada tubuh dia dan lain-lain. Hanya Zeliker dan Hetero yang tidak mengenanya.
"Aku takkan berani bermusuh dengan dia ni," fikir Hetero akan Xium selepas melihat keadaan semua orang di situ.
"Urgh... Siapa pula kali ni?!" Kaizelan naik bengang dengan sekali lagi serangan hendap tetapi tidak dapat berbuat apa-apa apabila dia sedar Zeliker memakaikannya alat penghambaan.
Perkara tersebut membuatnya geram dan radang hingga tekanan di sekelilingnya menjadi berat. Malangnya, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada Zeliker yang dilihatnya.
"Maafkan patik, tuanku. Sila ikut kami," beritahu Zeliker.
Tanpa memberi apa-apa arahan lain, Xium menghilangkan dia, Hetero dan Kaizelan dari situ. Kehilangan Kaizelan mengejutkan semua orang.
"Cis! Aku tak sangka ada orang lain mahukan Kaizelan!" Samian mengetap giginya sambil berdiri. Sebelah kiri tubuhnya dipegangnya kerana merasa tulangnya sedikit retak akibat libasan kuasa Xium. Dia terpaksa beredar dari situ sebelum ditangkap pengawal-pengawal itu.
"Mana tuanku? Tuanku!" Jerit beberapa orang pengawal sambil mencari raja mereka dalam bilik itu.
Malangnya, raja mereka telah hilang dan semua pengawal mula riuh dengan kehilangan raja mereka.
"Apa heboh-heboh ni?!" Tanya seseorang kepada mereka setelah tiba di hadapan bilik harta itu.
"Tuanku Eshren!" Sebut pengawal sebelum duduk hormat. Salah seorang daripada memberitahu perkara yang berlaku kepada Kaizelan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...