BAB 36: PUTERA FERRICK

50 5 0
                                    

" Apa dia?" Tanya Elgarb akan sesuatu yang diinginkan Cessim.

" Barang antik. Dia suka kumpul barang-barang lama. Ada satu hari tu, aku termasuk bilik rahsia dirumahnya dengan tak sengaja. Bilik tu penuh dengan barangan lama. Aku masih manusia pada masa tu dan berjumpanya untuk meminta pertolongan. Jadi, semenjak itu, aku tahu minat dia."

" Tak sangka guardian pun ada minat juga.. Mengagumkan.." fikir Stiria.

" Aku harap kamu berdua dapat rahsiakan diri aku sebagai guardian daripada sesiapa mahupun Zeliker. Aku tersebut di hadapan kamu berdua sedangkan aku ingin merahsiakannya. Jadi, sila janji dengan aku yang kamu berdua takkan beritahu sesiapa, faham?" sambung Xium.

" Baiklah. Kami janji," balas Stiria dan Elgarb serentak.

" Terima kasih," ucap Xium. 

Selepas itu, Stiria dan Elgarb tidak bertanya apa-apa lagi. Selang beberapa hari...

" Hmm? Ada orang datang," beritahu Xium kepada Stiria dan Elgarb.

" Siapa?" Tanya Elgarb dengan riak awas.

" Aku akan pergi tengok. Tunggu di sini," suruh Xium lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Manakala Stiria, dia berada di tepi katil Zeliker dengan riak gelisah. Zeliker masih belum lagi sedar dalam pandangannya.

" Kenapa, Stiria? Jangan risau.. Zeliker tak apa-apa," kata Elgarb.

" Saya tahu tapi dah seminggu, dia masih belum sedar. Saya risau.. Sebelum ini, bila dia cedera parah, kecederaannya sembuh dalam masa lima hari. Adakah sebab sumpahan tu menyebabkan dia kehilangan kuasa lantas tubuhnya berfungsi seperti manusia biasa??" balas Stiria lalu mengenggam sebelah tangan Zeliker.

" Ini semua salah saya.." sambungnya lalu air matanya mengalir keluar.

" Stiria..." Elgarb mendekati Stiria dan memandang ke arah Zeliker. 

" Jangan menangis. Kamu kata kamu takkan menangis, kan? Kalau kamu begini, Zeliker akan rasa bersalah," pujuknya dan dia pernah berkata ayat yang hampir sama kepada Stiria sebelum ini.

" Maaf.. Tapi saya tak boleh berhenti jikalau melihat seseorang yang terseksa disebabkan saya.."

" Erm..." Elgarb tidak berkata apa-apa lagi.

Dia membiarkan Stiria menangis. Pada masa yang sama, Xium berjalan di koridor bangunan itu. Dia berhenti dan melihat ke luar melalui ruang yang tidak berdinding mahupun bertingkap. Di bahagian luar , sekelilingnya dipenuhi pasir. Malah, kebanyakan bangunan di luar semuanya dimasuki pasir dan hampir keseluruhan dalam bangunan di tempat dia berdiri juga berpasir.

" Dah lama aku tak datang sini... Nampaknya, masih tiada orang yang dapat menguasai negara ni.. Negara yang telah lama musnah akan mengambil masa yang lama untuk membaikinya semula melainkan mereka jumpa 4 barang kepunyaan 'istana' ni.. Dengan adanya kesemua barang tu, 'istana' serta negara ni akan hidup semula," katanya dalam hati.

Kemudian, dia berjalan semula dan tiba di muka pintu bangunan itu. Kelihatan, ramai askar sedang berkumpul dan sedang membuat khemah di luar. Disebabkan ingin mengetahui kenapa askar-askar itu berada di situ, Xium menghalimunankan dirinya dan bergerak ke tengah kem di mana dia melihat sebuah khemah yang lebih besar dan berlainan warna berbanding khemah-khemah lain. Dia memasuki khemah itu.

" Kekanda, kekanda tak apa-apa?" Tanya seorang perempuan dengan perut yang sedikit besar.

" Kekanda ok, adinda. Adinda, adinda perlu berehat. Tak elok untuk kesihatan adinda dan anak kita," balas seorang lelaki.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now