BAB 9: PERBUALAN DENGAN RISEPTOS

70 7 0
                                    

[Tahun 5457, 28 Oktober, 8.55 AM...]

Xcerox, Stiria, Dian dan Enta tersentak mendengarnya. Bagi mereka, kata-katanya mengiyakan bahawa dia tidak menganggap Dian dan Enta sebagai kawannya.

" Tapi, itu dulu. Aku baru sedar selama ini aku ada kawan tersembunyi yang tak pernah aku cuba cari sendiri. Dian, Enta, maafkan aku sebab tak pernah rasa korang kawan aku selama ini. Aku.. Mungkin sebab aku sentiasa keseorangan semasa berada di istana, aku tak pernah ada kawan dan tak pernah cuba mencarinya.. Korang sudi ke jadi kawan aku walaupun aku ni jenis seseorang yang tak mudah perasan dengan benda-benda penting di sekeliling aku?" tanya Zeliker.

Dian dan Enta memandang satu sama lain.

" Tentulah kami amat gembira dapat menjadi kawan kamu, Zeliker! Tak kisah lah apa jenis orang kamu ini, kami gembira jika dapat menjadi kawan kamu! Kan, Enta?" kata Dian.

Enta mengangguk kepalanya sambil tersenyum.

" Terima kasih.." ucap Zeliker.

" Jaga kawan-kawan kamu, Zeliker. Mudah diperolehi tapi sukar dicari semula selepas berpisah.." kata Stiria memberi nasihat.

" Kamu berdua.. Sudi jadi kawan aku juga?" tanya Zeliker kepada Xcerox dan Stiria.

" Me-Mestilah kami sudi!! Tapi, seperti yang aku cakap tadi, ok?" kata Xcerox.

" Ya, kita hanyalah kawan sementara. Jika aku mementingkan tanggungjawab aku sebagai putera syaitan, kita bertiga adalah musuh.." kata Zeliker.

Stiria yang mendengarnya berasa sedih apabila memikirkan tibanya saat mereka semua bermusuhan. Dia bermuram seketika tetapi disebabkan tidak mahu mereka semua gelisah akannya, dia memaksa dirinya untuk senyum di hadapan mereka. Kemudian, mereka semua beredar dari tempat itu. Selepas 2 minggu berada di istana, Zeliker sedikit demi sedikit menyedari beberapa perkara dan mempelajari banyak benda daripada Xcerox, Stiria, Dian dan Enta. Dia juga telah mengenali semua orang dalam istana itu. Manakala Gizelis pula, masih melakukan latihan seperti biasa melawan Riseptos.

[Tahun 5457, 3 November, 10.05 AM...]

" Hmm? Riseptos?" kata Zeliker apabila bertemu Riseptos di taman bunga istana.

" Oh, Zeliker. Tak masuk tidur lagi? Dah lewat ni.." balas Riseptos.

" Malam masih muda. Camna keadaan Gizelis?" tanya Zeliker.

" Dia ok dan bertambah kuat. Dia mampu menghalang serangan aku. Setiap kali dia keletihan, kekuatannya bertambah. Puak manusia memang pelik, kan? Apabila mereka berusaha, mereka akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.."

" Riseptos, dah berapa lama kamu bersama puak manusia?"

" Hmm... Rasanya... Dah 10 tahun.. Nak tahu camna aku boleh bersama puak diraja manusia?"

Zeliker mengangguk kepalanya tandanya dia ingin tahu.

" Begini ceritanya.. 10 tahun lalu, aku adalah salah seorang pengawal diraja syaitan. Aku kenal kamu dah lama semenjak kamu dilahirkan, Zeliker. Pada suatu hari, aku bertugas menghantar seangkatan tentera kita menyerang tentera manusia. Pertempuran memanglah dasyat kerana manusia mampu menggunakan teknologi-teknologi yang kita fikir kita tak perlukannya kerana kita mempunyai kuasa. 

"Malangnya, anggapan kitalah yang silap. Walaupun kita mempunyai kuasa, tak semestinya kita boleh menang bertempur dengan manusia. Manusia amat bijak mencipta sedangkan kita tidak pernah ingin mencipta sesuatu. Jadi, seangkatan tentera aku sebilangannya telah mati dan disebabkan pada masa itu aku amat bencikan manusia, aku tak benarkan seorang manusia pun lari dari pertempuran. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now