BAB 114: PENGORBANAN

48 5 1
                                    

"Tuanku Ferrick!" Panggil Zeliker apabila tiba berdekatan Ferrick dan lain-lain.

Semua orang memandang ke arah Zeliker, Larkanos dan Zeptas.

"Zeliker, kelihatan istana ini tidak lagi selamat untuk tinggal buat masa ini. Maafkan beta. Beta telah menyuruh tentera beta untuk memindahkan penduduk di dewan peelindungan ke Shildia," beritahu Ferrick. Setelah melihat pelindung Neza lenyap dan juga dua ekor raksasa gergasi itu, Ferrick membuat keputusan.

"Keputusan tuanku adalah tepat. Patik menyokongnya," balas Zeliker yang merasakan itu adalah pilihan terbaik mereka.

Kini, dengan penduduk dipindahkan, dia hanya perlu menumpukan perhatian terhadap serangan musuh. Larkanos dan Zeptas telah berpecah dengan Zeliker. Larkanos mendekati Iris manakala Zeptas menuju ke arah Salvis dan Elgarb.

"Tuanku semua, patik pinta tuanku semua bergerak ke Eskimos. Di sana jauh dari sini dan lebih selamat," beritahu Larkanos kepada Mellinda, Xcerox dan Stiria setelah mengenggam tangan isterinya.

Mellinda memandang Stiria dan Xcerox. "Pulang, anakanda berdua," katanya.

Xcerox dan Stiria segera menggeleng kepala mereka. 

"Anakanda..." Mellinda mahu mereka pergi tetapi sebelum dia dapat menyambung ayatnya, Xcerox memotongnya.

"Belum lagi. Anakanda tidak akan beredar selagi belum diperlukan. Jangan risau, bonda. Anakanda akan beredar segera jika keadaan menjadi terlalu bahaya untuk anakanda..." Kata Xcerox.

"Tuan Ernes, musuh boleh muncul di mana-mana. Jika beta kembali ke Eskimos belum tentu beta berada dalam keadaan selamat. Serangan di Eskimos terhadap beta adalah buktinya. Jikalau bukan disebabkan ada seseorang menyelamatkan beta pada masa itu, mungkin kini beta tidak berada di sini," terang Stiria yang menyentakkan Mellinda. Mellinda tidak tahu mengenai serangan ke atas Stiria lima bulan yang lalu.

"Oleh itu, beta tidak akan pergi ke Eskimos mahupun mana-mana tempat. Bonda, ampunkan anakanda. Anakanda terpaksa menolak permintaan bonda untuk anakanda kembali ke Eskimos," tunduk Stiria kepada Mellinda.

Mellinda segera memeluk Stiria. Tidak disangkanya musuh kini menyerang anaknya pula. Apa yang Sektar tengah buat semasa ia berlaku? Radangnya dalam hati. Manakala Sektar yang ingin melepaskan anak panah ke arah musuh, terbersin. Anak panahnya hilang sasaran dan sebaliknya menyerang beberapa orang rakan Ballistanya.

"Hei!!" 

"Tuan Erim?!"

"Kamu ingin bunuh kami ke, Tuan Erim?!"

"Tuan Erim, apa salah saya?!"

Radang mereka ke arahnya.

"Maaf! Maaf! Aku tak sengaja!!" Ucap Sektar segera. Wajahnya pucat kerana hampir-hampir membunuh rakan-rakannya. Tidak disangkanya dia akan melepaskan bersin pada masa ini.

"Ampunkan patik. Patik terlupa mengenainya," kata Larkanos yang baru teringat.

Stiria menggeleng kepalanya. Dia faham. Tiba-tiba gegaran letupan berdekatan menarik perhatian mereka semula. Kelihatan raksasa gergasi berapi yang berlari ke tepi kiri arah istana melepaskan tembakan api bebola ke arah Neza. Serangannya dihalang ahli Ballista yang berjaya mengepungnya. Walaupun begitu, masih ada serpihan api yang meletupkan kawasan berdekatan Neza.

Raksasa berapi itu sengaja berlari mengacah sambil melepaskan bebola api dari mulutnya ke arah Neza. Ia menghiraukan serangan ahli-ahli Ballista. Semua ahli Ballista yang mengepungnya memandang satu sama lain dan berkomunikasi menggunakan perbualan minda. Setelah bersependapat untuk melakukan sesuatu, masing-masing melepaskan satu kuasa medan di bawah kaki mereka.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now