BAB 59: ORGANISASI EIDOLON

38 5 0
                                    

"Oit Jacques!" Suara Neoleo mengembalikan Jacques dari masa silam.

"Aku tiada komen untuk rancangan ini. Buat betul-betul, Samian, atau kepala kau kami potong. Sudah la, aku dah penat. Selamat malam." Jacques beredar dari bilik itu. Sebelum itu, dia memberi renungan tajam kepada Samian.

"Ceh, apa hal dengan dia tu. Mood tiba-tiba bertukar tak elok," kata Samian.

"Ada sebab dia jadi begitu. Dan kami melalui tragedi yang sama macam dia," balas Markle.

Markle terimbas waktu setelah Xium membawa pergi bekas raja mereka, Elgarb, Zeliker dan Stiria. Waktu itu, dia menepuk bahu Jacques kerana melihat Jacques terpana. Dia tersentak apabila melihat pandangan mata kecewa dan marah daripada Jacques. 

"Kau gembira sekarang, Neoleo? Kita dah tiada raja," kata Jacques dengan gelakan sinis. "Negara kita pastinya menjadi kutukan semua negara syaitan."

"Tsk! Kau tak boleh salahkan aku..." Ayat Neoleo tergantung apabila Jacques merenungnya dengan tajam.

"Bukan salah kau? Haha!" Tawa Jacques besar sebelum dia melepaskan nada marah. "Grr! Kalau kau ikut rancangan aku daripada awal dan tidak menculik puteri Stiria pada malam bulan merah, tidak lah situasi kita jadi begini! Raja kita juga masih ada dengan kita! Ini semua salah kau tau tak! Sekarang, siapa yang boleh jadi raja kita?! Bukan itu saja, kau penyebab raja kita maut di tangan orang yang dibawa Putera Zeliker!" 

"Kau diam!!" Neoleo berasa marah apabila Jacques menuduhnya kesemua kejadian berlaku kerananya. Disebabkan tidak tahan lagi, dia menerkam ke arah Jacques dan menumbuknya.

Anak mata Jacques berubah warna dari ungu ke kuning, tanda kuasanya dilepaskan. Dia menangkap penumbuk Neoleo dan menendang ke perut Neoleo. Neoleo menangkap lututnya lalu dibalingnya ke sudut bilik. Anak mata Neoleo juga berubah warna.

Markle di tepi terpana melihat pergaduhan Neoleo dan Jacques. Dia melepaskan keluhan dan meninggalkan bilik itu secara diam-diam. Dia tidak mahu menjadi sasaran peperangan mereka. Semenjak itu, hubungan Neoleo dan Jacques semakin renggang, bagaikan air dan api. Malah, Jacques bagaikan engan tak engan dengan rancangan mereka walaupun dia mengikut mereka sehingga ke negara itu.

Cuma mereka tidak tahu bahawa Jacques telah lama mengkhianati mereka semenjak sebelum ketibaan Elgarb yang dikawal Raja Daigona. Jacques inginkan keamanan yang Putera Freuix idamkan, keamanan dua pihak; syaitan dan manusia. Rancangannya juga telah dilakukannya secara diam dan teliti supaya Neoleo dan Markle mahupun semua syaitan negara itu tidak mengetahuinya. 

Selain itu, syaitan di bawah kawalannya dan dipercayainya menyokong idamannya tetapi ada seberapa yang tidak memiliki kepercayaannya disembunyikan rancangannya daripada mereka. Kini, Jacques yang telah masuk ke biliknya, memanggil pembantu kanannya.

"Utusan yang tuan suruh saya sampaikan kepada mereka telah diuruskan" beritahu pembantu kanan Jacques yang muncul dari sebalik bayang gelap di hujung bilik itu. Sebelum dia memberitahu Jacques, dia telah memastikan bilik itu tidak dapat didengari syaitan di luar yang mengawal pintu bilik itu.

Dua pengawal tersebut adalah syaitan negara tersebut yang diperintah Putera Eshren untuk mengawasi mereka kerana baginda tidak mempercayai mereka.

"Bagus, Salvis. Moga-mogahan, kita tidak terlambat menghentikan peperangan yang sia-sia ini," balas Jacques. Riaknya yang serius sebelum ini bertukar tenang tetapi matanya menunjukkan keseksaan yng dialaminya.

Salvis dapat merasakan perasaan tersebut daripada ketuanya. "Tuan, sila berehat. Semuanya telah diuruskan dan saya akan pastikan ia berjalan dengan lancar. Tuan hanya perlu duduk dan fikir bagaimana hendak menerangkan kesetiaan tuan kepada Raja Elgarb kemudian." Salvis mendekati Jacques dan menolak bahu Jacques ke bilik tidur. Bilik mereka berada adalah ruang tamu. Bilik tidur berada di sebalik sebuah pintu di sebelah kiri ruang tersebut.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now