Stiria dan Nekruis keluar dari Bandar Lagos menuju ke arah Istana Miko. Walaupun begitu, perjalanan mereka amatlah jauh. Beratus ribu batu dan Nekruis tidak menempah kuda untuk mereka. Sebaliknya dia dan Stiria berjalan kaki ke sana.
Stiria pada mulanya sedikit gemuruh bukan kerana takut tetapi seronok. Hal ini disebabkan dia telah lama tidak menjejak kaki ke luar istana semenjak beberapa tahun lepas. Cuma, perasaan dia yang terkini, dia berasa menyesal.
Kakinya berasa letih dan tubuhnya tidak seperti Nekruis, kuat dan sasa. Berjalan dalam beberapa kilometer telah meletihkannya. Manakala Nekruis, dia mengamati perubahan riaksi Stiria. Dia menunggu Stiria untuk merungut tetapi setelah sekian lama, Stiria masih mengikut langkahnya. Hatinya yang berkeras ingin membiarkan Stiria sebegitu menjadi sedikit lembut.
Stiria telah berkali-kali mengelap peluhnya menggunakan kain yang dibawanya. Riaknya sangat-sangat letih. Staminanya tidak kuat.
Nekruis memandang ke satu arah. Dia dapat mendengar bunyi sungai tidak jauh daripada mereka. Dia menghala ke arah tersebut. Stiria di belakangnya memaksa kakinya untuk mengikut Nekruis.
Matanya terpana apabila mereka tiba berdekatan air sungai yang mengalir. Airnya sangat jernih hingga membuatkan Stiria berasa ingin merendam kaki. Walaupun berniat begitu, pertama sekali yang dibuatnya ialah memandang ke arah Nekruis. Dia telah menganggap Nekruis ketua kumpulan kecil mereka itu dan perasaan takut sebelum ini telah hilang sedikit demi sedikit.
"Anakanda tunggu di sini dan berehat. Ayahanda akan pergi cari makan malam," kata Nekruis sambil memunculkan dua beg khemah.
Sebelum dia memasang khemah, dia menggunakan kuasa angin untuk memotong rumput dan membersihkan kawasan tempat mereka bermalam. Dalam sekelip mata juga, dia telah membina dua khemah untuk mereka.
Stiria terkelip-kelip mata. Dia memandang matahari terik di atas mereka. Bukan ke waktu sekarang tengah hari? Mereka baru sekerat hari berjalan semenjak keluar dari Bandar Lagos dan dia pasti mereka tidak berjalan melebihi 20 kilometer. Jadi, mana datangnya situasi waktu makan malam?
Soalannya terjawab dengan tindakan Nekruis yang mengeluarkan alat-alat untuk memasak. Sekaligus dia menyiapkan makan tengah hari mereka. Stiria terkesima kerana dia masih rasa dia sedang bermimpi. Benarkah di hadapannya Nekruis sedang memasak?
"Jangan risau. Tiada daging manusia dalam masakan ini. Anakanda tidak sesuai dengan makanan kaum syaitan," kata Nekruis selamba bagaikan dia memahami keadaan Stiria.
Stiria berpeluh. Hal ini disebabkan dia salah faham maksud Nekruis iaitu Nekruis masih makan daging manusia. Cuma, dia tidak memakan Stiria sahaja.
"Aa... Err... Te-Terima kasih atas keprihatinan tuanku," ucap Stiria sambil tunduk hormat.
Dia melihat Nekruis memunculkan meja bulat berpayung, dua kerusi dan set pinggan mangkuk pula. Dia terfikir keluasan sebenar dimensi barang Nekruis. Apa barang yang tidak dimiliki Nekruis?
Malah, semua barang tersebut sangat berkualiti tinggi sehingga Stiria berasa takut hendak duduk dan makan di atasnya. Dia juga risau jika Nekruis membunuhnya kerana mencalarkan meja dan kerusi tersebut.
"Makan. Sambil itu, cuba kaji keadaan peta ni. Nanti ayahanda terangkan," kata Nekruis sambil memunculkan sebuah peta. "Ayahanda akan tinggalkan anakanda sebentar. Jangan risau, tiada sesiapa boleh mendekati kawasan ini. Jika ada pun mereka tidak akan dapat melihat anakanda."
Stiria hanya dapat mengangguk sebelum Nekruis meninggalkannya. Dia berasa tidak sedap hati.
"Adakah tuanku ingin pergi memburu manusia? Dia tidak makan semenjak semalam," fikir Stiria dengan rasa bersalah.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...