"Ehem! Ayahanda belum jawab soalan anakanda..." Kata Larkanos. (Nama Ernes ditukar kepada nama sebenar)
"Ayahanda mengajar anakanda Stiria untuk menjadi strategis."
Huh? Nekruis tidak pernah mengajar mereka pun? (Maksudnya dia dan adik-beradiknya tidak diajar seperti Stiria). Hal itu membuatkannya iri hati dan dipendamnya dalam diam.
"Impian yang sukar. Adinda Stiria benar-benar mahu menjadi strategis? Tapi adinda telahpun bersetuju dengan komander kami..." Larkanos mula hendak sakit kepala. Kenapa lah ayahnya bawa kekasih adiknya ke situ? Belajar di kawasan selamat kan ada...
Stiria bermain dengan telinga cawannya. Dia belum merasa airnya itu. "... Adinda ingin menjadi strategis! Pada masa hadapan, jika terjadi apa-apa, adinda boleh membantu kekanda Zeliker."
Oh, sebab itu rupa-rupanya. Larkanos mengeluh. "Jika ayahanda ada, kekanda tidak risau tetapi... Ayahanda, apa sebenarnya niat ayahanda? Masa bila ayahanda berbelas kasihan ingin membantu kaum manusia?"
Selama yang dia tahu, Nekruis tidak pernah membantu manusia. Kehadiran Stiria seperti telah mengubah Raja Flink yang dianggap paling kejam itu. Malah, dia tidak terbayang mereka sekarang berbual dengan tenang. Jika dulu ia pernah berlaku, dia pastinya menganggap ia hanya mimpi.
Bukan itu sahaja, bayangkan jika dia beritahu semua orang bahawa Nekruis ada anak murid yang diajarnya. Malah, anak muridnya itu ialah dari kaum manusia dan juga kekasih putera Zeliker. Pastinya orang tidak akan percaya! Walaupun sekarang ia sebenarnya menjadi realiti...
"Ayahanda tidak akan berbuat apa-apa kepada semua manusia di sini. Heh, anakanda takut ayahanda serang dan bunuh mereka? Pastu minum darah mereka?" Selamba sahaja Nekruis berkata.
Stiria kaku. Dia tahu Nekruis masih minum darah manusia. Ada kalanya, apabila Nekruis rasa dia tidak dilihat Stiria, dia akan mengeluarkan satu botol kaca dengan isinya berwarna merah pekat dan meminumnya seteguk dua sebelum disimpan semula. Jika itu bukan darah, apa lagi? Nekruis mungkin tidak mahu Stiria melihatnya meminum darah dan sebab itu meminumnya secara sorok-sorok.
Larkanos mengerling tajam ke cawannya. "Anakanda akan menghalang ayahanda jika ia berlaku!" Askar-askar di sekeliling khemah itu ialah keluarganya sekarang.
Pada lapan tahun yang lepas, ketika Larkanos berumur 22 tahun, dia sedang mengintip di Shildia. Kematian Arnialaz merupakan satu tragedi yang menyedihkannya. Lantas, dia mahu membalas dendam.
Bersamanya ialah beberapa orang rakan yang dipercayainya. Walaupun kumpulannya hanya ada enam orang, mereka adalah pengintip yang hebat di kalangan pengintip-pengintip Flink yang lain. Dengan permintaannya dibenarkan Nekruis, dia dan rakan-rakannya segera ke Shildia atas alasan mahu mengawasi pergerakan tentera Shildia.
Malangnya, satu tragedi pula berlaku ke atasnya. Dia dikhianati oleh seorang rakan rapat dari kumpulan mereka, Tios. Gara-gara kerana Tios diugut seorang bangsawan syaitan di bawah kawalan anak saudara tiri Nekruis. Jika Tios tidak melakukannya, ahli keluarganya akan dibunuh.
Larkanos diserangnya ketika rakan mereka yang lain sedang melakukan siasatan di kawasan lain. Manakala, dia dan Larkanos pada masa itu, dalam perjalanan ke sebuah bandar pelabuhan dalam Negara Lagendia. Mereka ingin ke sana untuk mengambil kapal syaitan yang bergerak ke Entenoa sebelum kembali ke Flink.
"Tios, kenapa...?" Larkanos menekan darah yang mengalir dari lehernya. Libasan senjata Tios sangat dalam hingga hampir ke jantungnya.
Air mata Tios telah lama mengalir ke pipinya tetapi wajahnya serius dan tidak menjawab pertanyaan Larkanos. Memandangkan Larkanos dilihatnya sedang nyawa-nyawa ikan, Tios menangkap Larkanos dan membawanya ke satu juram dalam.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...