"... Ka... Ka... Iz... Kaiz..." Suara seseorang memanggil namanya kedengaran halus dan jauh di telinganya.
"Suara siapa? Aku macam pernah dengar..." Fikir Kaizelan.
Mindanya mamai.
"Kaiz...! Kaizelan!"
"Urgh... Diam lah! Suara kamu menganggu tidur aku!" Radang Kaizelan sebelum membuka matanya.
Pertama sekali yang dirasanya ialah sebelah mata kanannya tidak dapat dibuka. Ia sangat berat dan sedikit sakit. Kemudian, dia melihat keadaan kakinya. Kakinya berada dalam keadaan sebelah kaki dilunjurkan manakala sebelah lagi di bengkokkan ke atas. Yang memberi suasana misteri dan ketidakselesaan kepadanya ialah sentuhan beku daripada gelang besi di leher, tangan dan kakinya. Tubuhnya hanya memakai seluar manakala bahagian lain terdedah kepada udara sejuk ruang tersebut. Dia akhirnya sedar bahawa dia berada dalam sebuah penjara bawah tanah.
"Sejuknya... Heh, sangat nostalgia. Walaupun tidak sama dengan penjara Neza... Aku ingat aku takkan merasainya lagi memandangkan aku telah dibebaskan. Haha... Rupa-rupanya aku diberikan peluang sekali lagi untuk merasanya..."
Kaizelan tergelak kecil sambil menggerakkan sebelah tangan kiri yang masih boleh diangkatnya. Sebelah kanan tangannya tidak dapat dirasanya, menunjukkan ia telah patah. Sama juga dengan kaki kirinya yang tidak dirasanya.
"Kaiz, syukur lah kamu dah sedar... Aku ingat, aku ingat kamu... Sniff!"
Kaizelan mengangkat matanya memandang ke kirinya. Di sebelah penjaranya terdapat penjara-penjara lain yang diasingkan melalui tiang-tiang besi.
"Hetero?!" Kaizelan tersentak melihat situasi Hetero di penjara kirinya.
Berbanding keadaan dirinya yang dirasanya tidak seberapa baik tapi masih boleh diterimanya, keadaan Hetero lagi teruk daripadanya. Kedua-dua belah mata Hetero mempunyai saki baki darah dan matanya sedang tertutup. Manakala tangan Hetero digari bertentangan ke atas dan didepakan dengan tegang sehingga Kaizelan dapat melihat saraf pada tangan Hetero yang menunjukkan tarikan ke tangannya telah mencapai limit.
Kakinya juga digari dalam posisi dilipat atau bersimpuh. Hanya ini yang dirasakannya memberi sedikit keselesaan kepada Hetero. Walaupun lama-kelamaan kaki Hetero akan menjadi lenguh. Jika Hetero didirikan di udara dalam keadaan tangannya juga didepakan, dia tidak tahu keperitan yang dialami Hetero. Sekarang juga, dia tidak tahu.
Matanya kemudian menyedari terdapat beberapa besi terkeluar dari belakang Hetero. Dari arah pandangannya yang limit, dia tidak dapat melihat belakang Hetero sepenuhnya. Tapi, dia tahu fungsi hukuman yang menusuk tubuh tersebut. Ia sama hukuman seperti yang dilakukan ke atas Zeliker di penjara Jelion. Cuma, hukuman itu dikenakan di bahagian belakang Hetero.
"Hetero, tubuh kamu..." Kata Kaizelan dengan perasaan bermacam-macam.
Marah adalah salah satu kerana keadaan Hetero dilakukan sebegitu.
"Aku okey... Cuma tak dapat gerak aje lah. Kamu macam mana? Ka-Kamu okey, Kaiz? Aku takut apabila aku tak dapat melihat keadan kamu selepas sedar tadi. Nafas kamu juga agak perlahan bagaikan, bagaikan kamu akan menghembuskan nafas yang ter-terakhir..." Kata Hetero dengan sedikit gagap. Suaranya sedikit pecah di hujung ayatnya.
Dia masih sedikit trauma dengan Kaizelan yang sebelum ini hampir maut diserang racun. Kali jni, jika Kaizelan benar-benar tidak dapat diselamatkan, dia tidak tahu apa akan jadi kepadanya. Kehilangan seorang rakan amat perit baginya.
"Berbanding dengan kamu, aku tidak seteruk mana. Heh, jangan risau. Aku belum mahu menempah maut selagi aku belum mengahwini Varna. Hetero, sudah berapa lama kita di sini? Kamu tahu?" Tanya Kaizelan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...