"Nama penuh kamu ialah Silvert Rekter," beritahu Zeliker yang tidak lepas memandang Elvert semenjak mereka duduk di bilik santai untuk tetamu. Dia tahu Silvert kini kehilangan memori.
Selain meja bulat, sofa panjang dan sofa dua kembar di tengah-tengah ruang tamu, terdapat 'sliding door' di belakang bilik itu yang mempunyai cermin gelap untuk melihat ke taman bunga istana. Terdapat juga dapur kecil dan tandas berhubung dengan bilik itu.
Elvert, Sheena, Zerwain dan Derwain telah memenuhi sofa panjang manakala Sid, Fenni dan Arden berdiri di belakang mereka. Zeliker dan Ferrick duduk di sofa kembar dan pengawal mereka berdiri di belakang mereka.
Mereka berdiam lama hingga menyebabkan sekeliling berasa tidak selesa. Suara Zeliker yang akhirnya memecahkan kesunyian tersebut.
Elvert dan lain-lain tersentak. Elvert masih teringat sedikit memori orang yang memanggilnya dengan nama tersebut tetapi dia tidak kenal orang itu. Orang itu kelihatan samar-samar.
Zeliker yang memberi tumpuan ke atas pergerakan Elvert memberi senyuman kecil tetapi matanya kelihatan sedih.
"Dengan riaksi kamu, beta pasti kamu ada sedikit kenal dengan nama ini. Ini adalah nama kamu. Identiti kamu pula... Beta tidak perlu terangkan. Kamu boleh tanya orang sekeliling kamu mengenainya." Zeliker sedar rakan-rakan Elvert mengenali nama itu. Tiada syaitan yang tidak tahu akan jeneral syaitan Flink. Malah juga nama-nama jeneral syaitan lain.
"Apa nama kamu sekarang?" Sengaja Zeliker menanya. Selainnya yang bersuara, orang lain di situ tidak satu pun berbunyi.
"... Elvert..." Elvert melarikan pandangan ke bawah. Dia sedang berfikir mengenai identitinya.
Bilik itu menjadi sunyi semula.
"Erm, boleh patik tanya, tuanku?" Zeliker memandang dua kembar itu.
Derwain menelan air liur. "Bukan ke tuanku diculik manusia?"
Soalan tersebut membuatkan Arden dan lain-lain tertarik nafas. Soalan apa si kecil ini tanya? Nampak ke Zeliker sedang diculik?
Walaupun telah hampir satu tahun setengah kehilangan Zeliker di Flink, terdapat juga khabar mengatakan putera tersebut telah mengkhianati mereka. Ada juga khabar lain diwar-warkan bahawa Zeliker dikawal manusia. Sebaliknya, di hadapan mereka, Zeliker tidak kelihatan memakai kolar alat kawalan.
Zeliker tersenyum. "Khabar tersebut sememangnya benar. Beta pernah diculik oleh askar Eskimos."
"Tuanku tak kena hukuman mati?" Tanya Zerwain pula dengan hairan.
Bukankah manusia bencikan mereka? Apatah lagi kaum diraja syaitan. Anak mata kedua-dua anak kecil tersebut bersinar-sinar ingin tahu nasib Zeliker selepas itu.
"Urgh, kamu berdua...! Jangan tanya soalan sebegitu. Ampunkan patik semua, tuanku. Patik semua tidak mendisiplinkan mereka dengan betul." Arden takut Zeliker menghukum Derwain dan Zerwain kerana menanya soalan sensitif itu.
Ferrick tergelak kecil. "Jangan risau. Kisah Zeliker di Eskimos lagi ringan daripada apa yang berlaku di Shildia. Sehingga kini, beta sekeluarga masih rasa bersalah melakukannya ke atas Putera Zeliker sedangkan Zeliker berbeza daripada syaitan-syaitan lain," katanya selepas itu dengan riak bersalah. Dia tidak akan lupa situasi mata Zeliker dicederakan pedang ayahandanya.
"Itu adalah perkara lama. Tidak perlu tuanku Ferrick menyalahkan diri," kata Zeliker.
"A-Apa yang tuanku buat pada tuanku Zeliker?" Zerwain memandang Ferrick.
"Zerwain!" Arden terkelu.
Sid dan Fenni mengendahkan Arden yang pucat. Sebenarnya, hati mereka juga ingin tahu.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...