BAB 100: BERTEMBUNG

44 5 2
                                    

"Kekanda okey, adinda," kata Larkanos selepas mereka dibenarkan beredar oleh ibu bapa Iris. 

Mereka tidak kembali ke rumah mereka di Bandar Marbosa sebaliknya pergi ke bilik yang telah disediakan untuk mereka. Kelihatan Qozanliu tahu suatu hari Iris akan memberitahunya bahawa dia dan Larkanos telah berkahwin dan telah menyediakan bilik khas untuk mereka.

Bilik tersebut berada di bangunan utara, dua bangunan selepas bangunan perbicaraan sebelum ini. Ia berdekatan dengan taman tasik istana. Kini, mereka berdua telah berada di taman tasik yang tiada orang. Ketiadaan orang sekeliling membolehkan Larkanos membuka topengnya. Iris masih memandangnya dengan gelisah. Dia asyik menanya sama ada Larkanos okey atau tidak.

"Pasti?" Tanya Iris.

Larkanos memegang tangan isterinya, "Iya," balasnya.

Iris meletakkan kepalanya pada bahu Larkanos. Mereka sedang duduk di atas sebuah kerusi besi digantung pada dahan sebatang pokok. Ia menghala ke arah tasik. Sisi kerusi itu terdapat pemegang yang direka berbunga. Kedua-duanya diam seketika sambil menikmati pemandangan waktu petang.

"Kekanda..." Panggil Iris setengah jam kemudian.

"Hm?"

"Ayahanda Nekruis mempunyai banyak rahsia yang kita tak tahu. Adinda cuma tidak... sangka..."

"Em... Adinda, kekanda berfikiran sama. Tetapi, kanda sememangnya terkejut besar. Apa yang kanda ingat mengenai ayahanda selama ini kemungkinan hanyalah luaran semata-mata. Kekanda rasa seperti kekanda tidak mengenali ayahanda lagi..." Larkanos menekap wajahnya pada rambut Iris.

Iris sedar fikiran Larkanos sekarang kerunsingan lagi. Dia juga sama tetapi dia tidak mahu menunjukkannya kepada Larkanos. Dia membawa sebelah tangan Larkanos ke pipinya. Larkanos menjauhkan kepalanya untuk memandang Iris.

"Kekanda tidak perlu fikir berat sangat. Bukankah kita telah berjumpa ayahanda? Anggap ayahanda yang dulu hanyalah mimpi 'ngeri' kekanda. Hehe... Kekanda patut lupakannya dan lihat ayahanda yang kini. Pandangan, kelakuan dan tindakan ayahanda yang kita lihat ialah ayahanda yang sebenar. Ayahanda yang juga menunjukkan betapa sayangnya dia pada kekanda hingga sanggup melihat kekanda ketika kekanda dalam keadaan cedera..." Ujar Iris mengingatkan Larkanos terhadap tindakan Nekruis selama ini.

Mata Larkanos sedikit terbeliak. Tidak lama kemudian, dia memeluk Iris. 

"Ah... Kekanda sangat bertuah memiliki adinda. Kata-kata adinda ada benarnya. Kekanda patut lupakan luaran ayahanda. Selama ini, mungkin kekanda hanya salah faham mengenai pandangan dan tindakannya. Kekanda masih kecil ketika kekanda merasakan aura ayahanda sangat menakutkan tetapi bila difikirkan semula, ia tidak seperti dituju ke arah kanda waktu itu." Larkanos memberitahu sedikit masa lepasnya.

"Sudah pasti ia bukan dituju kepada kekanda. Lihat ayahanda pun adinda dapat rasa ayahanda terlalu protective terhadap kekanda. Mungkin bukan kekanda sahaja tetapi semua adik beradik kekanda juga sama ayahanda bertindak sebegitu."

Larkanos tersengih sebelum bibirnya beku dan menjadi setara selepas mendengar ayat Iris yang seterusnya. Malah, wajahnya sedikit berpeluh dan merah padam.

"Nak tahu kekanda? Semasa kekanda tidak bersama adinda di kem, adinda pergi kepada ayahanda untuk berbual dengannya serta adinda Stiria. Banyak kisah melucukan mengenai kekanda dan adik beradik kekanda. Tidak sangka adinda bahawa kekanda sukakan warna merah jambu hingga ayahanda kata dia terpaksa menghias bilik kekanda semuanya kepada warna itu. Dia kata nasib baik kekanda berubah cepat selepas enam tahun dan mahukan warna biru gelap pula," kata Iris yang tertawa menceritakannya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now