Semasa Zeliker dan lain-lain baru ingin tiba di sebuah bangunan yang pernah dimasuki dia, Xium, Hetero dan Kaizelan, bunyi raksasa Elekuan dan seekor lagi menarik perhatian kumpulan mereka. Mereka segera memandang ke arah dua ekor raksasa tersebut.
"Cis! Apa yang kamu nak sebenarnya?!" Tanya Orno apabila Velios muncul di antara dua ekor raksasa itu.
Dia dan ahli-ahli Ballista lain telah meneka Velios adalah punca serangan raksasa ke atas benua mereka. Hal ini disebabkan sebelum ini mereka melihat lubang belahan itu dimusnahkannya sebelum Elekuan itu masuk.
Raksasa kedua itu pula muncul selepas Ken dan Maryn tidak dapat menghalang Velios dan Velios menggunakan sesuatu tembakan cahaya ke dalam belahan itu. Sejurus itu raksasa seekor lagi muncul dan mengejutkan semua orang yang melihat. Ia menggunakan kuasa api tinggi untuk memusnahkan dinding ais yang dibuat Sektar sebelum cuba memusnahkan dinding pelindung Neza pula.
Sebelum itu, Nekruis mahu menghalang raksasa kedua dari memasuki tempat itu dengan menggunakan kuasa perangkap tetapi kuasanya tidak dapat diaktifkan. Dia menyedari sesuatu bagaikan menyedut tenaga dan kuasanya sebelum Velios muncul untuk menyerangnya. Disebabkan itu perlawanan dengan Velios menjadi sebelah pihak kerana dia tidak dapat menggunakan kuasa tahap 'Divine'-nya.
Kini, Orno dan lain-lain rasa tidak sedap hati apabila Velios muncul sekali lagi. Velios memberikan senyuman sinis.
"Aku rasa kasihan terhadap korang yang membela benua yang kecil ini. Daripada korang melindunginya baik korang tinggalkannya. Baru korang akan menjadi lebih kuat. Di luar sana ada pelbagai kumpulan besar yang pastinya menginginkan ahli seperti korang. Benua lemah sebegini patut dimusnahkan dari awal. Baru betul!" Kata Velios sambil tertawa besar.
Orno dan lain-lain yang mendengarnya berasa marah lalu menyerangnya dengan pancaran pelbagai kuasa tembakan tetapi Velios dilindungi tangan dua ekor raksasa itu yang menutup tubuhnya.
"Tsk, tsk, jiwa korang patut diperbaharui dengan perasaan putus harapan. Biar aku tunjukkan bagaimana..." Velios memunculkan sesuatu dan ia terapung di sisinya.
Sektar yang mengenali benda itu adalah tangan kanan Nekruis berasa geram. Dia mengambil pemanahnya di belakangnya kemudian memposisikan anak panah ke arah tangan kanan Nekruis. Dia mesti memusnahkannya kerana dia tahu darah Nekruis mahupun tubuh Nekruis terdapat rahsia yang perlu disorokkan. Dia tidak mahu fikir apa yang Velios ingin lakukan terhadap tangan kanan Nekruis. Setelah merasakan ketepatan sasarannya, dia melepaskan anak panahnya.

Velios mengecilkan matanya apabila mengetahui rancangan Sektar. Dia segera menghalakan sebelah tangan ke arah tujuan anak panah itu dan melemparkan satu tembakan cahaya hitam. Apabila anak panah Sektar bertembung serangannya, ia meletup dan menjadi lebih banyak serpihan anak panah kecil.
"Cis!" Menggerutu Velios dengan serangan yang sedikit unik itu.
Tangan dua ekor raksasa yang masih menjadi dindingnya sekali lagi menghalang serangan banyak panah itu. Terdapat cahaya sinaran pada anak mata Sektar. Salah satu anak panahnya dikawal mindanya tanpa pengetahuan Velios dan dua ekor raksasa itu.
Semasa Velios rasa semua anak panah itu telah dimusnahkan dia mula ketawa besar. Tawanya mati apabila menyedari satu lagi anak panah yang dihalimunankan ketika menjadi pecahan tadi menusuk tangan kanan Nekruis. Kemudian, tangan kanan Nekruis dihapuskan dan hilang dari pandangan. Terbeliak mata Velios melihat harta berharganya dimusnahkan.
"Celaka!!" Jeritnya. "Kamu semua memang nak mati! Argh!!"
Velios yang meradang melibas tangannya dan muncul banyak lubang dimensi di sekeliling ahli Ballista dan juga berdekatan Neza.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...