BAB 70: PERSAMAAN BAPA DAN ANAK

45 6 1
                                    

"Zapter... Mulai hari ini, kau bertugas di sisi beta. Bukan itu sahaja, kau boleh tahan dengan darah beta?" Tanya Nekruis.

"Pa-Patik tadi cuma kebetulan dapat menahan keinginan patik. Patik tidak pasti, tuanku," jawab Zapter dengan resah. 

Dia gembira ditugaskan di sisi Nekruis dan hal ini dapat menaikkan namanya serta membuatkan syaitan lain yang memandang rendah ke arahnya senyap. Akan tetapi, dia tidak berani mengiyakan bahawa dia boleh menahan keinginan untuk minum darah Nekruis. Apatah lagi, setelah membaunya sebelum ini.

"Oh..." Nekruis tersengih.

Dia mengeluarkan kuasa pelindung untuk mengurung mereka berdua di dalam khemah itu. Zapter tersentak dia berbuat begitu sebelum terkejut melihat Nekruis mencederakan ibu jarinya. Darah Nekruis menitis keluar.

Gigi taring Zapter yang disimpan tersembur keluar setelah terbau darah tersebut. Malah, dia tertelan air liur. Wajahnya berpeluh-peluh kerana cuba menahan keinginan lapar yang muncul disebabkan bau darah itu. Dalam diam, dia juga tertanya-tanya kesedapan darah Nekruis. Baunya agak enak bagaikan madu dan arak.

"Tu-Tuanku..." Suara Zapter merayu. Mulutnya tercungap-cungap dengan air liur yang mula jatuh ke dagunya. Matanya yang telah bertukar warna dari biru ke kuning, tanda kuasa syaitannya dilepaskan, sedang berair.

"Minum."

Mendengar sahaja arahan Nekruis, tubuh Zapter melompat ke arah Nekruis. Darah ibu jari Nekruis dijilatnya dan dihisapnya tanpa kawalan.

"Begitu rupanya..." Nekruis kini mengetahui sedikit pengetahuan mengenai darahnya. Dia mengeluh berat.

Zapter yang khusyuk meminum terdengar keluhan Nekruis. Matanya terbeliak kerana tersedar tindakannya itu. Dia segera melepaskan ibu jari Nekruis sebelum menjauhi Nekruis.

"Patik bersalah, tuanku! Patik bersalah, tuanku. Hukum patik, tuanku!" Zapter melutut sambil menghentak dahinya ke lantai berkali-kali sebelum senyap dalam posisi dahinya ke lantai. Tubuhnya menggeletar.

Walaupun begitu, lidahnya menjilat saki baki darah yang berada di luar mulutnya. Keadaan itu menyebabkan dia bertambah takut. Dia hilang kawalan!! Hukuman mati merupakan jalan terbaik untuk menutup kesalahannya.

Nekruis tidak membalas. Dia sedang berfikir mengenai darahnya. 

Macam mana darahnya boleh bertukar menjadi tarikan minat kaumnya? Sebab dia minum darah manusia sejak kecil ke ada perubahan sebegitu? Soalan terakhir itu dinafikan Nekruis. 

Bukan dia seorang yang telah minum darah manusia semenjak lahir. Perubahan itu hanya berlaku kepadanya. Hal ini adalah masalah besar. Apatah lagi, dia dikelilingi kaumnya. Nyawanya dalam bahaya.

Dia tidak boleh kembali selagi misi mereka untuk menawan negara itu belum berjaya. Negara yang dimaksudkan ialah Negara Sharre. 

Apa alasan yang hendak diberikan jika dia ingin kembali? Tetapi, kembali ke Flink... selamat ke? Nekruis pening kepala lalu mengurut dahinya. Kenapa perkara ini boleh berlaku kepadanya? Adakah dia disumpah?!

Nekruis cuba mengingat masa-masa mencurigakan atau sentuhan apa-apa sebelum dan selepas dia keluar berperang. Dia teringat majlis perangkatan tentera Flink sehari sebelum itu. Tiada apa-apa yang mencurigakan. 

Makanan dan minuman yang dihidangkan dinikmati oleh orang lain juga. Malah, tiada sesiapa berani mendekatinya kecuali abang dan kakak tirinya. Kedua-duanya mustahil boleh menukarkan darahnya menjadi enak untuk syaitan. Selepas keluar berperang, dia tidak menyentuh apa-apa yang pelik. Santapannya telah diperiksa Arkid dan selamat untuk dimakan. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now