" Amboi! Ada apa-apa ke ni?" usik Nirsha kepada mereka berdua.
Bersamanya ialah Haiker, Saix, Ashla dan Frix. Mereka semua memberikan senyuman kepada Zeliker dan Stiria.
" Ada apa?" balas Zeliker, sengaja tidak tahu dengan apa yang dimaksudkan Nirsha.
" Tu..." tunjuk Nirsha pada tangan mereka berdua.
Zeliker mengangkat tangannya yang memegang tangan Stiria.
" Jadi??" kata Zeliker.
" Erm.. Kamu berdua sukakan satu sama lain, eh?" Tanya Saix dengan mengangkat sebelah keningnya.
" Suka sebagai kawan. Ada masalah? Lagipun, salah kah aku menari dengan Stiria hanya untuk berseronok? Aku juga dah minta kebenaran tuanku," jawab Zeliker.
" Wah, siap dapat kebenaran lagi! Ini bukan perkara biasa!" kata Saix dengan riak terkejut.
" Zeliker, kamu nampaknya dah matang, ya? Pandai sembunyi-sembunyi pula tu.. Selalunya, kamu jujur je tapi kali ni, tak lagi.." perli Ashla.
" Betul tu. Malah, cari yang sukar didapati pula tu," kata Frix pula.
Wajah Stiria merah padam mendengarnya.
" Hmm.. Maaflah, aku dan Stiria tak de apa-apa kecuali sebagai kawan dan pelindung. Aku takkan benarkan perkara sebelum ni berlaku lagi. Ya, betul juga. Aku perlu leraikan sumpahan ni secepat mungkin. Kalau tidak, camna aku nak lindungi orang lain.." kata Zeliker yang baru teringat lalu menyentuh lehernya dengan sebelah tangan lagi.
Semua orang terdiam. Mereka terlupa bahawa Zeliker telah disumpah dan kehilangan kuasanya. Saix dan kawan-kawannya berhenti mengusik.
" Bagus, sekurang-kurangnya mereka tak usik aku dan Stiria lagi.. Buat masa ni.." fikir Zeliker.
Dia sengaja membuka topik tentang sumpahan itu supaya kawan-kawannya berhenti mengusik mereka berdua.
" Kenapa tak panggil Cessim, guardian sumpahan? Dia pasti boleh leraikan sumpahan tu," cadang Saix yang teringat ada guardian menggunakan kuasa sumpah.
" Malangnya, aku tak boleh panggil.. Aku kan tak de kuasa lagi," balas Zeliker.
" Suruhlah Hetero. Dia kan sama je macam kamu, spesies istimewa. Dia boleh panggil Cessim," beritahu Frix.
Zeliker tersentak mendengarnya.
" Adakah semua orang tahu aku dan Hetero spesies istimewa?" tanyanya kepada kawan-kawannya.
" Ya. Selepas kejadian tu, baginda, Raja Sektar bertemu Hetero dan Hetero menerangkan segala-galanya mengenai kewujudan spesies istimewa ni. Semua askar dan pengawal istana mengetahuinya. Penduduk tidak tahu hal ni. Kenapa kamu tak beritahu kami, Zeliker?" Tanya Frix semula.
" Erm.. Sebab aku baru je tahu selepas aku berpisah dengan Silvert sebelum ni. Itupun Guardian Air, Elenia yang beritahu Hetero dan Hetero sampaikan kepada aku. Maafkan aku. Bukannya aku tak mahu beritahu korang tapi.. Aku dan Hetero takut korang akan berada dalam ketakutan jika mengetahui ada spesies yang boleh menggunakan kuasa pada malam kesyukuran.. Maaf.." ucap Zeliker.
" Erm.. Tak pe, Zeliker. Perkara ni walaupun menakutkan tapi kami akan lebih berwaspada pasni. Kamu tak perlu salahkan diri.." balas Frix sambil tersenyum.
" Terima kasih.. Baiklah, kami berdua pergi dulu," kata Zeliker lalu menarik tangan Stiria untuk beredar.
" Hei, nanti!" jerit Saix yang terkejut mereka berdua beredar dengan pantas.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...