BAB 24: SYAITAN ISTIMEWA

60 6 0
                                    

" Eh..? Maknanya dia ni manusia syaitan?" tanya Liyuna, tersentak mendengarnya.

" Bukan juga. Aku tak tahu apa dia ni.. Aku tak dapat kesan pun dia ni manusia.. Dia kelihatan menyamar dalam bentuk manusia.." 

" Apa..? Cik, siapa cik ni?" tanya Flare kepada perempuan itu.

Perempuan itu lebih takut mendengar suara Flare.

" Flare! Jangan takutkan dia!" marah Shiruna.

" Err... Maaf.." ucap Flare.

" Jangan takut, cik. Kami takkan apa-apakan cik.." kata Liyuna dengan lembut.

Perempuan itu memandangnya. Kemudian, dia bersuara dalam bahasa asing daripada bahasa yang mereka semua gunakan.

" Apa yang dia kata? Aku tak faham.." kata Reuris.

" Dia kata siapa kita ni..." sebut Aiga.

" Kamu faham apa yang dikatakannya, Aiga?" tanya Flare sedikit terkejut.

" Ia bahasa lama. Tak sangka aku dia guna bahasa yang dah kurun ni.." Aiga mendekati perempuan itu lalu menggunakan bahasa yang sama dengan perempuan itu. 

" Apa nama kamu?" tanya Aiga kepada perempuan itu.

" Elenia.. Kamu semua ni siapa?" tanya perempuan itu.

" Aku Aiga. Itu Reuris, Flare, Liyuna, Shiruna dan Hetero. Kenapa kamu ada di sini malam-malam ni? Bukankah bahaya?" 

" Erm.. Saya rasa ada orang berdekatan. Jadi saya ke mari sebab saya ingat kamu mungkin kawan lelaki tu.."

" Lelaki? Dua orang kah? Adakah dia berambut hitam, pakai subang biru dan memakai gelang bercorak rangka? Ataupun dia memakai gelang hitam pada lehernya?" tanya Aiga akan pemakaian lelaki yang dikatakan Elenia.

" Err.. Saya jumpa dia seorang je. Dia berambut hitam, pakai subang biru dan pakai gelang tapi saya tak pasti corak apa. Dia tak memakai gelang hitam pada lehernya.." sebut Elenia.

" Boleh kamu bawa kami kepadanya? Kami kawan-kawannya.." pinta Aiga.

Elenia mengangguk kepalanya lalu berdiri semula.

" Sila ikut saya.." katanya selepas itu.

" Kita ikut dia. Nampaknya dia jumpa Zeliker," kata Aiga kepada kawan-kawannya.

" Betulkah?! Baguslah!" kata Liyuna dan Shiruna dengan gembira.

Flare tersenyum gembira mendengarnya. Kemudian, mereka semua mengikut Elenia ke sebuah tempat. Terdapat sebatang pokok besar di tempat itu. Elenia menyentuh batang pokok itu dengan sebelah tangannya dan sebuah lubang terbuka pada batang tersebut. Elenia memberi isyarat untuk masuk. Setelah mereka semua masuk, mereka tiba di sebuah padang rumput yang lapang. Mereka perlu berjalan lagi sehinggalah tiba di sebuah tasik yang bercahaya. Airnya juga sangat jernih dan mereka boleh melihat kehidupan air di dalamnya.

" Mana lelaki itu, Elenia?" tanya Aiga kepada Elenia.

" Sana.." tunjuk Elenia ke dasar tasik.

Kelihatan Zeliker sedang berada di dalam air sambil sekelilingnya mengeluarkan cahaya kebiru-biruan.

" Zeliker! Dia akan lemas kalau tenggelam camtu!" kata Flare, cemas.

" Cepat selamatkan dia!" kata Shiruna, cemas juga.

" Jangan risau. Elenia kata Zeliker boleh bernafas dalam air. Air tasik ni sedang menyembuhkan kecederaan pada tubuhnya. Elenia juga kata dia jumpa Zeliker dalam keadaan cedera parah di tepi sungai di mana kita berada tadi.." kata Aiga kepada kawan-kawannya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now