"Masih tiada maklumat?! Apa yang kamu semua buat selama ini sehingga anakanda beta pun kamu tidak dapat jejaki!! Empat bulan lamanya dan kamu tidak dapat mencari lokasi mereka!" Tengking Nekruis sambil melepaskan kuasanya ke arah beberapa orang di hadapannya.
Libasan kuasanya itu menyebabkan dua orang daripada tiga orang itu jatuh koma manakala seorang lagi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Tiga orang ini adalah Livian, Foien dan Galiah yang disuruh Nekruis untuk membawa Silvert dan Zeliker pulang. (Imbas kembali Bab 27)
"Cis! Menghampakan! Bawa mereka semua untuk dihukum!" Arah Nekruis.
Dengan segera tiga bayang dari sekeliling menghambat tiga syaitan itu sebelum hilang dari pandangan. Nekruis menahan geram sambil mengetuk jari jemarinya di atas kerusi raja. Ketukan jarinya menakutkan semua orang yang masih berada di situ.
"Tuanku, patik ingin berkata sesuatu," pinta Gaiana yang sebelum ini berada di tepi bersama-sama menteri lain, berjalan ke hadapan Nekruis dan duduk hormat.
Nekruis merenungnya dan menunggu kata-katanya.
"Patik mendapat khabar dari anak buah patik bahawa berita mengenai lokasi Putera Zeliker disembunyikan manusia," ujar Gaiana.
"Beta sudah tahu. Jika tidak, tiga orang 'mangkuk' itu tidak akan kembali dengan tangan kosong..." Dengus Nekruis.
"Maksud tuanku, manusia sedar kehadiran kita? Penyamaran kita tidak lagi berjaya disembunyikan... Jika begini keadaannya, alat manusia semakin hebat. Tuanku, kita tidak boleh benarkan manusia semakin berleluasa," kata Gaiana, memberi pandangan.
Nekruis sedar maksud Gaiana. Dengan masalah ini, kaum manusia boleh menumpaskan pengintip-pengintip mereka dengan mudah. Tanpa perlu banyak siasat, tiga syaitan yang dihantarnya itu dihalang daripada dapat mendekati kawasan terakhir Zeliker berada, iaitu istana Eskimos.
Dan mereka masih berani pulang dengan tangan kosong?! Yang munsykilnya, kenapa ketiga-tiganya kembali sedangkan mereka boleh teruskan intipan ke atas anakandanya dan Silvert.
"Zapter!" Panggilnya dengan segera.
"Ya, tuanku," seorang lelaki muncul tiba-tiba di sebelahnya. Suara yang dikeluarkannya menyejukkan semua orang kecuali Nekruis.
"Siasat seluruh tubuh Livian dan lain-lain. Jika ada yang mencurigakan bawa ia ke sini segera."
"Baik, tuanku!" Sebaik dia membalas, Zapter hilang semula.
Semua orang memandang dengan hairan manakala Gaiana, terdapat riak mengetahui sesuatu tetapi ia hanya kesimpulan untuknya. Mereka semua menunggu siasatan Zapter. Zapter tidak membiarkan mereka menunggu dengan lama dan muncul semula selepas 2 minit.
Dalam genggamannya terdapat 3 utas gelang berukuran 3cm dan berwarna jernih yang apabila tidak melihat dengan jelas, ia mengikut warna sama dengan kulit.
Zapter menghulurkannya kepada Nekruis dengan tundukan hormat. "Ini dijumpai pada sebelah kaki mereka bertiga tuanku," katanya.
Anak mata Nekruis menjadi kecil dan tajam. Seperti yang diagaknya tetapi dia tidak sangka mereka bertiga mudah ditangkap.
'"Kaum manusia semakin melampaui batas!"
Nekruis menghentak tangan kanannya ke sebelah kanan kekuda kerusinya dan ia terus retak seribu. Walaupun kerusi tersebut dibina menggunakan galian paling kuat di dunia iaitu batu obsidian hitam ungu, ia masih tidak dapat menahan kekuatan Nekruis.
Ini menunjukkan betapa kuatnya seorang raja syaitan berbanding syaitan lain. Keadaan itu menyebabkan semua yang melihat tertelan air liur. Ada seberapa syaitan di situ mula kecut perut dan mahu keluar tetapi tidak dapat keluar kerana takut Nekruis memberi perhatian kepada mereka pula.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...