BAB 117: KEKUATAN SEBENAR

61 6 0
                                    

"Anakanda Arnialaz, jaga adik kamu. Jangan benarkan mana-mana lelaki mendekatinya," pesan Nekruis kepada Arnialaz sambil merenung tajam ke arah Kaizelan, Dian dan Enta. 

Xium tidak mengapa baginya kerana Xium adalah rakannya. Dan Xium tidak dilihatnya selama ini berminat dengan hubungan.

"Patik tidak berani!" Ujar Dian dan Enta segera. Kenapa Nekruis merenung mereka? Mereka bukannya Kaizelan! Oh, tapi mereka ialah lelaki juga!

"Baik, ayahanda," balas Arnialaz.

Manakala Kaizelan, dia bengang. Hatinya juga berasa sakit dan sedih setelah mengetahui latar belakang Varna. Kelihatan hubungan mereka adalah mustahil jika Nekruis akan menjadi bapa mentuanya. Jika dia teruskan, halangan yang akan Nekruis berikan kepadanya pasti agak sukar dan mencabar.

Tapi... Setelah melihat Varna yang mempunyai baki air mata pada wajahnya membuatkan Kaizelan jatuh hati semula. Rupa Varna kelihatan kasihan dan sangat comel. Agak mustahil untuknya melupakan Varna jika begini.

"Apa syarat yang perlu patik lakukan untuk bersama anakanda tuanku?" Tanya Kaizelan sambil melepaskan hembusan nafas panjang. Kemudian, pandangannya menjadi serius.

Nekruis mengecilkan matanya. Dia geram apabila melihat Kaizelan tidak mengubah fikiran setelah memberitahu Varna ialah anaknya. "Tidak dibenarkan selamanya!"

"Ampunkan patik. Hati patik tetap mahu bersama Varna." Tenang sahaja riak Kaizelan setelah membuat keputusan.

"Kamu-...!" Radang Nekruis.

Arnialaz, Dian dan Enta tertarik nafas mendengar perbalahan antara Nekruis dan Kaizelan. Bekura pula kelihatan teruja melihat pertempuran antara bakal bapa mentua dan bakal menantu. Manakala Xium, dia tidak mahu masuk campur. Tapi dia berasa kagum dengan Kaizelan. Dia telah tahu Kaizelan sangat degil dan berani. Dia hendak tahu bagaimana Nekruis akan menguruskan Kaizelan. Keadaan ini kelihatan sangat menarik pula baginya hingga dia dan lain-lain terlupa masalah raksasa di luar.

Orang yang menyebabkan punca perbalahan tersebut memandang kedua-duanya. Varna tidak faham. Otaknya telah berfikir dengan lama sebelum mendengar pertengkaran antara Nekruis dan Kaizelan. Kaizelan mahu bersamanya manakala Nekruis yang kini diketahui adalah bapa kandungnya tidak membenarkan. 

Sekejap! Masa bila dia menjadi hak orang dengan tiba-tiba ni?! Walaupun Kaizelan telah memberitahu perasaannya dan juga Nekruis yang telah mengesahkan identitinya, mereka belum berhak membuat keputusan untuknya! Dia belum lagi menerima keadaan ini dengan tangan terbuka.

"Diam!!!" Jeritnya dan mengejutkan semua orang. Laluan itu segera menyepi.

Varna memandang Kaizelan dan Nekruis dengan marah.

"Kamu berdua sila hentikannya! Saya bukan hak sesiapa! Dan saya bukannya budak-budak ataupun barang! Saya boleh buat keputusan saya dengan siapa saya ingin bersama! Cuma buat masa ini saya tidak mahu fikirkannya. Jadi, sila berhenti kerana saya tidak suka!" Luahnya.

Kaizelan dan Nekruis menjatuhkan mata ke bawah. Mereka rasa bersalah menyebabkan Varna terasa dipinggir sedangkan kedua-duanya pentingkan Varna.

"Ehem! Erm, Nekruis, aku rasa kamu ada hal yang lebih penting perlu diuruskan. Varna... Biar Arnialaz jaga," kata Xium yang akhirnya mencelah.

Nekruis yang sedikit lemah semangat kerana dimarahi anak perempuannya mengangguk perlahan. Dia terpaksa meninggalkan tempat itu. Sebelum dia beredar, dia sekali lagi memesan kepada Arnialaz untuk menjaga Varna dan memberikan pandangan maut kepada Kaizelan. Kaizelan membalas dengan senyuman kecil dan dia tidak takut dengan pandangan Nekruis. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now