BAB 94: AHLI EIDOLON

39 3 1
                                    

Zeliker dan Xium bertemu dengan Filnis dan Zikiez. Dalam semua pengawal yang mengikut Zeliker adalah Amidis yang merasakan kehadirannya sedikit mencurigakan lalu menukar rupa dan tubuhnya kepada rupa biasa-biasa seperti pengawal lain. Kini, dia sedang memerhatikan sekeliling.

"Patik, Filnis Amrgran, ketua Pasukan Edias, memberi hormat kepada Yang Mulia Tuanku Zeliker," Filnis yang melihat Zeliker datang menjemput mereka segera turun dari kereta kudanya. 

Dia kemudiannya duduk hormat sambil memberitahu namanya. Dia mengenali Zeliker kerana Eidolon mempunyai pelbagai maklumat yang memerlukan perhatian. Wajah Zeliker dikenali semua ahli Eidolon.

"Patik, Zikiez J.Gahlan, ketua pasukan Helios juga memberi hormat kepada Yang Mulia Tuanku Zeliker," kata Zikiez. Dia duduk hormat bersebelahan Filnis.

Sejurus itu, semua askar mereka duduk hormat ke arah Zeliker. Zeliker, jika bukan disebabkan biasa mengetuai sekumpulan askar sebelum ini pastinya berasa kekok sekarang melihat ramai orang tunjuk hormat kepadanya. Nasib baik dia telah biasa menghadapinya.

"Bangun. Beta ucapkan selamat datang ke sini bagi pihak tuanku Ferrick," balas Zeliker.

Setakat ini, masih belum disebarkan khabar bahawa Zeliker ialah raja Miko yang sebenar tetapi Eidolon yang mempunyai ramai pengintip telah mengetahuinya. Disebabkan itu, mereka memberikan penghormatan kepada Zeliker. 

Zeliker pula tidak mengetahui perkara itu. Dia meneka mereka mengetahui identitinya disebabkan khabarnya bekerjasama dengan manusia di peperangan. Zeliker menjemput semua askar tersebut ke bangunan tentera untuk berehat. Filnis, Zikiez, Sharan, Vivia, dan Riki kemudiannya mengikut Zeliker dan lain-lain ke dataran Ferrick berada.

Filnis dan lain-lain adakala terangkat kening melihat tumbuh-tumbuhan berbunga kristal di kawasan istana itu serta keunikan pembinaannya. Khabar yang didengar akan kemegahan bandar istana itu berbeza dengan melihat dengan mata sendiri.

Setibanya mereka di dataran, Filnis dan lain-lain sekali lagi duduk hormat ke arah Ferrick. Setelah dibenarkan berdiri semula, mereka memandang ke arah tempat perlawanan di barat istana itu. Raksasa gergasi yang muncul sebelum ini telah dilihat mereka ditumpaskan dengan sekelip mata. 

Ramai yang gembira melihatnya tumpas tetapi hati Filnis dan Zikiez sedikit terhiris kerana ada orang yang lebih kuat daripada mereka boleh membunuh raksasa iu dengan sekali serangan sahaja. Nampaknya mereka perlu melatih diri mereka semula jika mereka ingin berdiri sama taraf dengan kumpulan yang sedang berlawan dengan semua raksasa itu.

"Mereka bukan ahli Eidolon?" Tanya Ferrick kepada kumpulan Filnis.

"Bukan, tuanku," jawab Zikiez.

"... Benar dunia kita ini penuh misteri. Agaknya apa yang mengakibatkan raksasa dari mana datangnya itu tiba-tiba muncul di sini. Nampaknya, kita perlu menanya kumpulan yang sedang berlawan itu," rancang Ferrick yang sedikit ingin tahu rahsia di sebalik kemunculan kumpulan pahlawan dan raksasa itu.

Stiria yang terdengar ayat Ferrick itu memandang ke bawah. Memori Nekruis yang dilihatnya ada sedikit berkaitan dengan perlawanan raksasa. Tetapi ia berlaku beberapa puluh tahun yang lalu dan tidak diketahuinya lokasi tempat perlawanan itu. Sekeliling memori tersebut sedikit pelik bagaikan Nekruis pada masa itu bukan berada di dunia mereka. 

Apa-apa pun dia tidak boleh beritahu mengenai memori Nekruis di khalayak ramai ini kerana boleh menyusahkan Nekruis dan dirinya. Dia telah serik selepas memberitahunya kepada Zeliker dan lain-lain. Dan itu baru buka sedikit cerita mengenai Nekruis dan semua orang telah terkejut beruk. Dia tidak mahu cuba memberitahu orang lain mengenai Nekruis lagi. Baik disimpannya senyap-senyap.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now