BAB 14: TEKANAN

82 6 0
                                    

[Tahun 5457, 17 November, 8.00 PM...]

Pada malam itu, Zeliker dibawa Gizelis bertemu Raja Elamos di bilik tadi.

" Baguslah kamu sudi jumpa beta, Zeliker," kata Raja Elamos.

" Hmm? Suaranya tak kasar macam dulu.. Adakah sebab aku selamatkan dia dulu?" fikir Zeliker dalam diam.

" Jika tuanku ingin berjumpa dengan patik, patik akan patuhi suruhan tuanku.." balasnya selepas itu.

" Haha... Tapi, mungkin itu lah yang membuatkan beta sedar tentang sesuatu. Disebabkan kamu telah menyelamatkan beta dahulu, beta nak berikan sesuatu sebagai tanda terima kasih... Nuju," panggil Raja Elamos kepada pembantunya.

Nuju datang ke arahnya sambil membawa sebuah kotak cantik. Raja Elamos mengambilnya dari tangannya.

" Zeliker, harap kamu sudi ambil hadiah ini. Ia mungkin berguna pada masa akan datang.." kata Raja Elamos.

Zeliker berjalan ke arah Raja Elamos lalu duduk hormat. Apabila Raja Elamos menyuakan kotak itu, Zeliker mengambilnya dalam posisi hormat itu.

" Terima kasih, tuanku. Patik akan hargai hadiah tuanku buat selama-lamanya," ucap Zeliker lalu berdiri semula. 

Dia tertanya-tanya apa isi di dalam kotak itu kerana dia terasa kotak itu berat sedikit. Setelah itu, Raja Elamos berbual dengannya dan Gizelis.

" Tuanku, boleh patik tanya,"pinta Zeliker.

" Tanya lah apa-apa. Jika beta mempunyai jawapan, beta akan beritahu.." balas Raja Elamos.

" Erm.. Mungkin ini isu sensitif tapi ia ada kaitan dengan kawan patik. Tuanku ada tak kenal sesiapa bernama Elgarb sebelum ini?"

Gizelis di sebelahnya tersentak Zeliker menyebut nama kawan Xcerox dan Stiria.

" Zeliker, kamu nak mati kah?" fikir Gizelis kerana dia berasa nama Elgarb tidak patut disebut di hadapan Raja Elamos.

" Hmm... Elgarb... hmm... Beta mungkin pernah dengar nama tu tapi disebabkan telah lama berlalu, beta tidak pasti siapa orang bernama Elgarb ini. Maklumlah beta pun dah tua.. Haha.." balas Raja Elamos.

" Oh.. Tak mengapa lah begitu.. Tuanku, berapa orang anakanda tuanku?" kata Zeliker, menukar topik.

" Beta cuma ada seorang sahaja, anak lelaki. Namanya Zelfon. Beta tak mempunyai permaisuri lagi sama dengan Raja Sektar..."

" Maafkan patik. Patik tidak sepatutnya membuatkan tuanku lebih sedih.."

" Haha.. Tak mengapa.. Zeliker, jika kamu diberikan pilihan, antara manusia dan puak kamu, yang mana kamu akan pilih dahulu?" tanya Raja Elamos dengan riak serius.

Zeliker tersenyum mendengar soalan itu.

" Patik tiada pilihan. Jika kedua-dua pihak adalah baik, patik akan pilih kedua-duanya dan jika kedua-duanya tidak baik, patik tidak akan pilih mana-mana. Patik hanya akan memilih mana-mana pihak yang sudi bekerjasama dengan semua pihak. Keamanan takkan tercapai kalau kedua-dua pihak tidak bekerjasama, bukan?" balas Zeliker.

" Hahaha.. Kata-kata yang bernas. Kamu agak bijak dengan usia muda sebegini. Kamu pandai mengambil hati malah sentiasa berkata benar. Beta tak dapat lihat pembohongan kamu sepanjang kita berbual. Benar lah kata-kata Raja Sektar.. Apabila masanya tiba, kamu akan menjadi pengikat kekuatan semua orang. 

"Mungkin itu lah yang membuatkan beta percaya keamanan mungkin tercapai pada masa akan datang. Zeliker, beta harap kamu jangan terpesong daripada benda-benda yang mungkin meleraikan hubungan antara manusia dan syaitan. Beta mahu letakkan harapan masa depan ke atas kamu.." kata Raja Elamos.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now