"Tuanku! Puteri Helisa memerlukan tuanku!" Seorang pengawal menerjah masuk ke bilik perbincangan tentera sambil memanggil Ferrick.
Ferrick yang mendengar segera memahami. "Aikan, beta serahkan pengendalian kepada kamu!" Kata Ferrick kepada seorang jeneral komander.
"Ya, tuanku!" Jawab Aikan sambil bertabik.
Ferrick beredar segera mengikut pengawal yang memberitahunya. Bersamanya ialah Flare dan rakan-rakannya serta Neleton. Agina disuruh Ferrick untuk menjaga isterinya yang sarat.
"Kekanda, jangan cemas tau," pesan Flare kepada Ferrick.
Ferrick mengangguk tanpa membalas. Sememangnya dia sedang cemas. Anak pertamanya akan dilahirkan hari ini dan ia membuatkannya sesak nafas. Dia telah banyak mendengar dan membaca maklumat mengenai kelahiran bayi dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian. Perasaannya ketika tiba hari kelahiran juga perlu tabah dan bertenang. Sayangnya, mudah dibaca tapi realitinya sangat berbeza.
Tiba di bilik bersalin yang disediakan awal beberapa hari lalu, Ferrick memasukinya manakala Flare, Neleton dan lain-lain menunggu di luar. Hetero yang telah mengetahui situasi tersebut segera membawa Kaizelan bersama ke bilik bersalin. Memandangkan Zeliker dan Xium tiada, dia yang ditanggungjawabkan memerhatikan Kaizelan.
Kaizelan tidak membantah kerana apa-apa yang dilakukan Hetero, Zeliker dan Xium terhadapnya tidak pernah mereka menanyanya dahulu. Semua keinginannya dihiraukan. Kini, dia bagaikan hamba tanpa kebebasan. Walaupun dia tahu peperangan telah bermula semenjak 5 bulan lalu, dia tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya. Dia menantikan sesuatu untuk berlaku sahaja.
Semasa Hetero dan Kaizelan tiba di ruang menunggu, tempat Flare dan lain-lain sedang berada, mereka melihat Flare berjalan dari satu hujung ruang itu sebelum berpatah balik. Dia berulang kali berbuat begitu di hadapan pintu bilik bersalin.
"Bukan sepatutnya Ferrick ke yang berbuat begitu? Dan bukannya Flare?" Tanya Hetero kepada Reuris.
Reuris melepaskan keluhan.
"Anak saudara dia yang pertama. Kalau aku pun aku rasa gemuruh," jawab Reuris. "Kenapa kau bawa Raja Kaizelan ke sini?" Dia mengerling ke arah Kaizelan yang berdiri jauh daripada mereka.
"Tugas aku. Walaupun dia dipakaikan kolar kawalan itu, aku masih perlu perhatikan dia. Mana tahu, ada orang akan cuba menyelamatkan dia..." bisik Hetero.
"Benar, musim peperangan ini, apa-apa boleh terjadi. Kau perlukan bantuan?"
Hetero menggeleng. "Aku boleh kendalikannya. Jika tidak, aku boleh je bawa dia ke perangkap yang disediakan untuk penyelamat dia." Hetero bersama-sama Zeliker sebelum itu telah berbincang mengenainya. Mereka terasa peperangan itu bukan setakat untuk menjajah Lagendia, Sharre atau Miko tetapi ada kemungkinan untuk mendapatkan Kaizelan semula.
"... Hati-hati, Hetero. Jika ada apa-apa yang kami boleh bantu, beritahu," kata Reuris.
Hetero mengangguk. Selepas itu, mereka semua menunggu kelahiran anak Ferrick dan Helisa. Dari awal tengah hari sehingga petang mereka menunggu sebelum mendengar teriakan bayi dari dalam. Flare menghembuskan nafas lega tetapi masih kelihatan pucat.
Tidak lama kemudian, Ferrick keluar bersama sesuatu yang dibalut kain dalam dakapannya. Wajah Ferrick juga sangat lega, gembira dan letih. Flare segera mendekati dan melihat. Kemudian, dia tersentak.
"Ke-Kecilnya..." Katanya seperti tidak percaya dalam dakapan abangnya ialah anak saudaranya.
Ferrick tersenyum. "Selamat bertemu dengan putera kekanda, ñeque. Panggilan Nik."
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...