*Sori everyone. It seems that the story will have more chapters than I thought. So, the ending is unknown... Probably around 130 chapter something. If the ending is earlier, that's good too... Orite thats all ;D*
..........................................................
"Semua dah bersedia?" Tanya lelaki rambut perang tersebut. Dia, Ruis dan perempuan itu telah mendekati kamera dalam beberapa meter. Melalui suara mereka, Larkanos dan lain-lain meneka mereka masih muda.
Larkanos dan Iris memandang satu sama lain.
"Ayahanda yang mana satu?" Iris bertanya melalui gerakan bibir kepada Larkanos tanpa suara.
Larkanos memberikan senyuman kecil. Mulutnya bergerak tanpa suara juga...
"Ruis," jawabnya. Dia mengenali identiti lelaki rambut merah itu selepas mendengar panggilan manja tersebut.
Beberapa orang juga telah meneka lelaki rambut merah itu ialah Nekruis kerana nama panggilan itu. Hanya Syafar dan beberapa orang lain yang tidak mengetahui identiti lelaki itu.
Larkanos memandang ke arah perempuan rambut putih itu. Dalam diam, dia terkesima kerana warnanya menyerupai rambutnya.
"Bonda... Hanya bonda yang memanggil ayahanda, Ruis. Malah, menyentuh ayahanda dari belakang yang merupakan mustahil dilakukan sesiapa. Tiada orang lain yang berani berbuat begitu selain bonda... Bonda... Kenapa kamu pergi terlalu awal...?" Hati Larkanos berasa sedih mengingati Alinda. Dia memaksa dirinya untuk tidak mengingati kematian Alinda.
Ia bermula dengan khabar angin yang disebarkan ke seluruh Flink... Waktu kali pertama dia mendengarnya, dia tidak percaya lalu ingin berjumpa Nekruis untuk mengesahkan khabar tersebut. Malangnya, dia tidak dapat bertemu Nekruis kerana Zapter menghalangnya.
"Zapter, lepaskan beta! Lepaskan beta! Beta mahu berjumpa ayahanda!" Jerit Larkanos yang waktu itu baru berumur 19 tahun.
Zapter telah mengurungnya di dalam pelindung. Kepala Zapter membalas permintaannya dengan gelengan.
"Ampunkan patik, tuanku... Maharaja Nekruis tidak benarkan sesiapa menganggunya sehingga diberitahu," ujarnya dengan tidak menunjukkan apa-apa perasaan pada wajahnya.
Larkanos tersentap mendengar arahan itu. "Beta anaknya!"
"Sesiapa tidak boleh... Termasuklah anak-anak maharaja..."
Mata Larkanos terbeliak dan dia menunduk kepalanya. Hentakannya ke dinding pelindung itu dihentikan.
"Zapter... Adakah bonda...? Adakah khabar itu benar...?" Tanyanya perlahan.
Zapter tidak menjawab soalannya itu. Tidak lama kemudian, air mata Larkanos menitik jatuh ke lantai dan dia juga jatuh terduduk sambil meletakkan kepalanya ke dinding pelindung itu. Hatinya masih tidak mahu percaya.
Malangnya, seminggu selepas itu, Nekruis kembali melakukan tugasnya di dewan perbicaraan dan mengumumkan bahawa Alinda tidak dapat menghadiri perbicaraan itu lagi. Ketika itu, Larkanos dan Zeptas telah hadir untuk menanya mengenai bonda mereka. Walaupun seminggu itu, mereka tidak melihat Alinda, mereka tetap mahu percaya bahawa Alinda tidak mangkat.
Pengumuman Nekruis membuatkan mereka terkelu. Mereka terpaksa dikeluarkan oleh Zapter yang disuruh Nekruis untuk balik ke bilik mereka. Keadaan mereka berdua yang menangis tanpa bersuara telah menyebabkan gangguan kepada perbicaran bilik tersebut.
Yang menghiris hati mereka ketika itu mengenai Nekruis ialah Alinda tidak diberikan majlis kemangkatan. Semenjak itu, Larkanos mahupun Zeptas menjadi bisu untuk beberapa tahun sebelum mereka kembali berbual seperti biasa.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...