Xcerox memandang Raja Sektar.
" Ayahanda..." sebutnya sambil tersenyum sedangkan hatinya rasa panas kerana merasakan ayahnya buat perjanjian yang tak sepatutnya kepada Zeliker.
" Ampunkan ayahanda, anakanda Xcerox, anakanda Stiria. Tetapi ayahanda lakukan semua ini kerana Zeliker dan anakanda Stiria tidak jujur dengan satu sama lain akan perasaan masing-masing. Oleh itu, ayahanda terpaksa melakukan perjanjian ini.. Jika mereka jujur sebelum ini, ayahanda takkan paksa Zeliker berjanji dengan ayahanda," kata Raja Sektar sambil tersenyum.
" Tapi, ayahanda, anakanda rasa marah dengan ayahanda dan adinda Stiria. Mengapa menyorokkan hal ni daripada anakanda. Jikalau anakanda tahu dari awal.." Xcerox memandang Zeliker.
Zeliker terasa dirinya akan dimakan Xcerox kerana pandangan Xcerox yang tajam ke arahnya.
" Anakanda mungkin dah satukan mereka berdua.." sambung Xcerox sambil tersenyum.
Pandangannya yang tajam tadi bertukar tenang.
" Eh??" Zeliker, Stiria dan Raja Sektar tersentak mendengarnya.
" Kanda dah lama tahu adinda sukakan Zeliker. Setiap pergerakan adinda yang mengelak daripada berjumpa Zeliker telah kanda ketahui. Malah, wajah adinda selalu merah jika kanda menyebut nama Zeliker mahupun bertanya akan perkara yang berlaku semasa hari Zeliker meninggalkan tempat ni. Kanda sedar semua tu cuma kanda tidak pasti tekaan kanda betul atau tidak je.. Kanda sebenarnya gembira jika Zeliker menjadi ahli keluarga kita," terang Xcerox.
" Xcerox..." sebut Zeliker perlahan dan dia tidak menyangka Xcerox akan menerimanya sebagai sebahagian daripada keluarga.
" Tapi... Kanda masih geram dengan tindakan Zeliker yang mengucup adinda! Kamu tak patut bertindak sebegitu sebelum kamu berdua dikahwinkan, tau tak!" marah Xcerox kepada Zeliker semula.
Raja Sektar tergelak selepas mendengarnya. Dia tidak dapat menahan dirinya untuk gelak lagi.
" Ayahanda! Perkara ini tidak lucu! Anakanda sarankan mereka berdua kahwin secepat mungkin sebelum orang lain ketahui rahsia ni!" kata Xcerox.
" Betul juga. Baiklah! Kita adakan majlis perkahwinan mereka pada malam tahun baru!" sokong Raja Sektar dengan memberitahu bila Zeliker dan Stiria akan dikahwinkan.
" Apa?!!" Zeliker dan Stiria terkejut mendengarnya.
" Tuanku, bukankah terlalu awal untuk patik dan puteri tuanku berkahwin?!" kata Zeliker yang ingin membantah.
" Kenapa pula? Lagi awal kan lagi senang? Kamu berdua tak perlulah nak sorok-sorok lagi perasaan sebenar kamu pada khalayak ramai, kan?" Tanya Raja Sektar.
" Tapi, patik.. Maksud patik, puteri Stiria baru sahaja 17 tahun dan patik 18 tahun. Patik rasa seelok-eloknya patik dan puteri tuanku berkahwin semasa umur puteri mencapai 20 tahun.." kata Zeliker.
Dia sebenarnya masih belum bersedia untuk mengahwini Stiria.
" Hmm..? Zeliker, kamu tau, kan? Kalau rahsia kamu mengucup Stiria terbongkar, beta sekeluarga akan mendapat malu. Sebelum perkara tu terjadi, beta harap kamu dan Stiria disatukan dan orang ramai tidak boleh kata apa-apa lagi jika kamu berdua bersama. Perkahwinan adalah satu-satunya jalan untuk mematikan semua persoalan orang ramai. Apatah lagi, ada dalam kalangan orang istana telah sedar kamu berdua berkemungkinan bercinta dengan satu sama lain.." kata Raja Sektar.
" Erm... Baiklah. Patik faham. Ampunkan patik kerana membantah tadi," ucap Zeliker dengan rasa bersalah kerana menyebabkan situasi itu berlaku.
" Err.. Erm.. Ayahanda.. Camna kalau perkara lain yang berlaku kalau anakanda dan Zeliker berkahwin? Anakanda rasa takut kalau terjadi apa-apa pada Zeliker.." Tanya Stiria.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...