Keesokan harinya, semua orang sibuk menyediakan majlis perkahwinan. Disebabkan majlis perkahwinan berlangsung pada waktu malam, semua orang sibuk bekerja pada siang hari.
" Wah, cantiknya kamu, Ashla!" puji Nirsha yang datang ke bilik pengantin perempuan.
" Terima kasih, Nirsha. Eh, Zeliker! Kamu dah kembali?" Tanya Ashla yang terpandang Zeliker masuk ke bilik itu juga.
" Ya. Aku baru tiba semalam. Tahniah, Ashla!" ucap Zeliker sambil tersenyum.
" Terima kasih. Kamu dah jumpa Frix? Dia di bilik persalinan lelaki," beritahu Ashla.
" Aku baru nak jumpa dia selepas bertemu kamu. Semalam kan korang berdua tiada dalam istana. Jadi, aku fikir hari ni aku patut lawat kedua-duanya. Tahniah sekali lagi, Ashla. Semoga berbahagia selalu," ucap Zeliker lagi.
" Hehe.. Segan aku. Tapi, aku sebenarnya berdebar-debar menunggu hari ini tiba. Maklumlah kan, kali pertama untuk hari ni muncul. Kamu rasa pakaian ni, ok, Nirsha, Zeliker? Aku dan Frix yang pilih," Tanya Ashla akan pakaian pengantin yang dipakainya.
" Sangat cantik, Ashla! Lagipun, semua pasangan pengantin nampak cantik masa majlis perkahwinannya. Kamu janganlah risau sangat.." balas Nirsha sambil tersenyum.
Dia tahu kegopohan seorang perempuan pada majlis perkahwinan kerana dia pernah rasa pengalaman itu.
" Kamu ok je, Ashla. Pakaian tu memang pilihan terbaik. Kamu nampak cantik dengannya. Baiklah, aku nak pergi jumpa Frix pula. Pergi dulu.." kata Zeliker sambil keluar dari bilik itu.
Dia berjalan ke bilik persalinan lelaki yang dikatakan Ashla. Kelihatan Gizelis, Dian, Enta, Haiker dan Saix ada bersama Frix.
" Hai, Zeliker. Kamu nampak ok. Baguslah.. Dan dah tinggi sikit dari dulu," senyum Frix.
" Tau lah aku dulu pendek dari kamu, Frix. Sekarang, aku dah tinggi sikit daripada kamu. Tahniah aku ucapkan dan maaf sebab baru tau kamu dah kahwin. Kalau aku tak terfikir nak balik ke sini, tentu aku tak dapat tengok korang kahwin," balas Zeliker.
" Hahaha.. Terima kasih dan aku lega kamu tiba sebelum majlis perkahwinan kami. Zeliker, masa aku dah tiba, kamu bila pula?" usik Frix.
" Huh? Apa yang kamu katakan ni? Rasanya tak sebab aku ada banyak benda nak kena buat. Tak de masa nak fikir pasal tu.." kata Zeliker, terasa kurang senang dengan usikan itu kerana menyebabkan dia teringatkan orang yang disukainya.
Apatah lagi, dia terpaksa memendam perasaannya untuk selama-lamanya.
" Biar betul kamu ni? Zeliker, takkan ada seorang manusia yang takkan jumpa orang yang disukainya.." kata Frix.
" Ya kah..? Malangnya, aku harap aku tak jumpa.. Tolong jangan sebut perkara ni lagi. Aku tak suka mendengarnya.. Jika kamu sebut lagi, aku takkan kembali dah.." ugut Zeliker.
" Zeliker..? Kenapa ni? Ada apa-apa yang berlaku kah?" Tanya Gizelis kerana terasa Zeliker menyembunyikan sesuatu daripada mereka.
" Tak.. Tak de apa-apa.. Cuma aku takut aku akan kehilangan orang yang aku sayang. Aku tak nak perkara tu berlaku.." balas Zeliker dengan wajah muram.
" Jadi, kamu memang ada orang yang kamu suka lah, kan?" kata Enta.
" Ya.. Eh, tak!" Zeliker terlepas kata dan menyebabkan semua orang di situ tersentak mendengarnya.
" Oh.. Begitu rupanya.. Siapa orang tu, Zeliker??" Tanya Dian sambil meletakkan sebelah tangannya di belakang Zeliker.
" T-Tak de lah!!" balas Zeliker dengan gelabah.
Wajahnya merah padam.
" Zeliker, tak baik kamu sembunyikan dari kami. Beritahu lah.. Mana tahu, kami boleh tolong kamu.." kata Saix sambil tersengih.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...