BAB 66: IMEJ NEKRUIS

40 6 1
                                    

"Eh, ah, ok." Riseptos berasa hairan dengan Stiria yang ingin berbual dengannya di dalam bilik pakaian itu.

Gizelis mengerling ke arahnya dengan mata tajam. Dia menarik Riseptos ke tepi dan berbisik," Jangan tengok yang bukan-bukan di dalam." Dia memberi amaran.

Jika diikutkan, tiada sesiapa boleh melihat bilik salinan pakaian wanita tidak kiralah perempuan itu orang bawah atau atas. Apabila lelaki memasuki bilik larangan itu tanpa kebenaran dikira penyimpang. Apatah lagi, kaum diraja. Hukumannya sangat berat melainkan dibenarkan para puteri.

Riseptos sedar maksud amaran Gizelis dan memberikan senyuman kecil. "Aku tahu. Jangan risau, Kiara ada juga," balasnya sebelum memandang Stiria semula.

"Silakan, tuanku." Katanya.

Stiria yang mempunyai wajah tenang tetapi hatinya mula berdebar-debar memberikan senyuman mekar. Dalam hati, dia berdoa Nekruis tidak mengapa-apakan Rispetos.

Sebaik sahaja pintu ditutup dan Riseptos terpandang keadaan Kiara yang terdampar, malah wajahnya mula menyedari sesuatu tidak kena di dalam bilik itu, segera mengeluarkan senjatanya ke arah kelibat yang dirasanya pada satu sudut.

Sebagai bekas jeneral syaitan, gerak hatinya terhadap bahaya lebih tinggi dan peka. Dia merasakan dirinya dalam bahaya sebaik sahaja pintu ditutup. Malah, bunyi 'klik' pintu dikunci tanpa sesiapa menyentuh tombol pintu itu memberitahunya bahawa mereka telah dikurung musuh dalam bilik itu.

"Tuan puteri, ke belakang patik segera!" Riseptos menarik tangan Stiria untuk bergerak ke belakangnya. Stiria terkelu. Dia tidak tahu hendak menerangkan situasi mereka yang tidak boleh menang dengan Nekruis. Nekruis terlalu kuat!

"Hmph! Sudah lama bukan, Riseptos?" Suara Nekruis kedengaran dari satu sudut tetapi Riseptos dan Stiria tidak dapat melihatnya di sudut itu. Bagaikan Nekruis telah menjadi halimunan.

Riseptos yang mendengar sahaja suara yang dikenalinya tergamam. Nekruis?!

"Tidak baik! Tidak baik! Mengapa dia muncul di sini?!" Wajah Riseptos berpeluh-peluh.

"Anakanda Stiria, mari sini kepada ayahanda," panggil Nekruis selamba. Dia telahpun menganggap Stiria sebagai isteri Zeliker. Oleh itu, tidak salah dia memanggil Stiria anaknya juga.

Stiria terkesima seketika sebelum mengikut arahan Nekruis. 

"Tuan puteri dikawal ke?!" Fikir Riseptos dengan gelisah.

Tangannya menggenggam kuat tangan Stiria, tidak mahu dilepaskan. Ketakutannya jika terjadi apa-apa pada Stiria menyebabkan dia tidak meneliti bahawa Nekruis tidak mengeluarkan aura membunuh sebaliknya hanyalah aura tekanan. Jika dia sedar perkara ini dari awal, dia mungkin boleh berfikir bahawa Nekruis belum berniat mengapa-apakan mereka buat masa itu.

"Ri-Riseptos, jangan risau. Tuanku Nekruis tidak mengapa-apakan patik sebelum ini." Stiria cuba melepaskan genggaman tangan Riseptos tetapi tidak berjaya.

"Tuan puteri, patik ada batu Mana dalam kocek kiri seluar patik. Ambil dan patik akan segera bantu tuan puteri keluar dari sini," suara Riseptos memasuki minda Stiria.

Stiria terdiam. Dia tahu Riseptos risaukan keadaannya. Tetapi, dia tidak rasa menggunakan batu Mana boleh berjaya juga. Tiada sesiapa tahu kelebihan raja syaitan itu walaupun dia.

"Tuan puteri, lekas!" Kata Riseptos. Setiap saat membawa maut kepada mereka berdua.

"Ingin melarikan diri? Tidak semudah itu." 

Nekruis mula berasa jengkel kerana Riseptos dan Stiria menghiraukannya. Sebaik sahaja dia berkata, tubuhnya telah muncul di belakang Stiria dan memeluk pinggang Stiria sebelum dilompatnya ke belakang. Mudah sahaja dia mengembalikan Stiria ke sisinya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now