BAB 87: KEMUNCULAN RAKSASA DARI LUAR

54 4 3
                                    

"Tuan Filnis, ada askar musuh di tenggara." Beritahu seorang lelaki dengan wajah separuh tertutup dengan topeng kepada seorang lelaki yang sedang baring mengiring di dalam sebuah kereta berkuda. Kereta kuda itu sangat cantik dan megah dan terdapat empat ekor kuda menariknya. 

Mata Filnis yang tertutup terbuka perlahan-lahan. Dia memakai veil (mask berkain) putih untuk menutup wajah penuhnya. Dia bangun dari kerusi yang berbantal dan mengeliat. Kemudian, menggerutu dalam hati. Dia tidak puas hati ada orang menganggu tidurnya walaupun hari masih siang. Matanya menjadi tajam.

"Bunuh!" Sebutnya dengan rasa jengkel.

Dua lelaki yang mengawal kereta itu hilang dari pandangan. Mereka kembali tidak lama kemudian dengan badan yang sedikit berlumuran darah tetapi bukan milik mereka.

"Pergi bersihkan diri. Jangan dekati aku dengan badan yang berbau darah." Filnis menggerutu lagi.

Dua pengawal tersebut mengangguk sebelum hilang.

"Riki, aku lapar," kata Filnis yang merasakan perutnya kosong.

Riki, lelaki yang memakai separuh topeng tersebut menghilangkan diri juga tetapi kembali dengan sebuah bakul berisi buah-buahan dan sebekas makanan berlauk. Dia menghidangkan di meja yang tersedia di hadapan Filnis. Kemudian, tangan Filnis dipegangnya sebelum dilapkan dengan kain basah untuk membersihkan tangan tersebut. Tindakannya sangat teratur dan berhati-hati.

Filnis menguap sebelum mengambil sebiji buah epal. Buah epal tersebut dipusingnya menggunakan sebelah tangan. Sekelip mata ketika memusing buah epal tersebut, kulit epal itu tertanggal dengan sendiri. Kukunya yang tajam itu yang mengupas epal tersebut tanpa memerlukan pisau. Dia menggigit buah epal itu dengan perasaan gembira dan senang hati.

Sambil menikmati makanannya, matanya yang sedikit tajam seperti mata kucing memandang ke arah medan perang yang sedang berlangsung. Dia dan sekutunya berada di Daerah Erwain iaitu daerah di bahagian selatan Negara Sharre bersebelahan dengan Daerah Benter, Negara Lagendia. Peperangan di Daerah Benter telah tamat dan diketahuinya.

Peperangan di hadapannya ialah peperangan terakhir mereka di daerah tersebut. Kedua-dua pihak telah kehilangan beratus ribu tentera. Hari ini adalah hari penentu kemenangan atau kekalahan pihak manusia.

"Mulakan operasi penghapusan. Jangan benarkan seorang pun melarikan diri," arah Filnis.

"Ya, tuan!!" Tentera-tentera di belakang kereta kudanya mula melangkah ke medan peperangan untuk menghapuskan musuh mereka. Di tangan mereka semua terdapat dua bilah pedang dengan pelbagai warna dan bentuk. Semua tentera yang berperang terkejut dengan serangan mereka.

"Tentera Eidolon! Mereka adalah tentera Eidolon!" Jerit seorang jeneral manusia yang gembira melihat bendera Eidolon dilayangkan ke udara oleh seorang tentera Filnis.

Dengan bantuan tentera Filnis, pihak musuh sekejap sahaja dikalahkan. Tiada musuh dibenarkan hidup. Jeneral Komander Gronos memandang tentera Filnis yang membunuh musuh mereka yang sudah cedera parah tetapi masih bernafas dengan sekali serangan pedang mereka ke leher musuh. 

Walaupun begitu, Gronos faham. Tindakan tentera Filnis itu dianggap belas kasihan dan memberikan penamat cepat kepada musuh mereka. Matanya sedikit kelam sebelum dia mengarahkan askarnya menyelamatkan rakan-rakan mereka yang masih hidup.

Manakala Filnis, dia masuk tidur semula dengan berbaring di atas kerusinya. Riki yang membantunya menguruskan peperangan selepas itu. Setelah peperangan selesai, kumpulan tersebut beredar dengan segera. Filnis tidak terjaga langsung ketika mereka bergerak keluar dari peperangan tersebut.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now