BAB 65: MAKSUD AIR MATA

44 7 0
                                    

"Nek-Nekruis! Kenapa dia muncul di sini??" Stiria menggigil apabila tekanan aura yang dikeluarkan Nekruis dirasanya.

Kemudian, seperti ia muncul ia hilang begitu sahaja. Stiria tidak lagi merasa aura menakutkan itu. 

Walaupun begitu, ada satu jawapan sahaja akan kehadiran Nekruis. Ia pastinya mengenai Zeliker yang akan berkahwin dengannya.

"Adakah Nekruis...?" 

Stiria berasa pasrah. Dia sedar Gizelis dan Riseptos tidak menyedari raja syaitan itu muncul di situ. Dengan kata lain, sesiapa tidak dapat merasa kehadiran Nekruis selagi Nekruis tidak inginkannya.

Disebabkan itu, hatinya yang takut, sedih, malah kesal menjadi tenang. Stiria menerima nasibnya itu. Jikalau hari ini juga dia maut, dia berserah. Ini mungkin takdirnya. Cuma, dia kesal kerana tidak dapat melihat Zeliker dan memberitahu Zeliker lagi bahawa betapa cintanya dia terhadap Zeliker.

Kening Nekruis terangkat apabila melihat budak perempuan di hadapannya yang sebelum ini sangat takut dan gelabah menjadi tenang dengan cepat. Tidak pernah dia menemui manusia yang tenang apabila menghadapnya walaupun orang itu adalah general komander ataupun raja. Di hadapannya, semuanya akan jatuh dan merayu untuk dilepaskan. 

Tetapi... budak perempuan ini tidak. Hal ini membuatkan hati Nekruis sedikit keliru tetapi dalam diam dia gembira. Nampaknya, anaknya bertuah memilih manusia ini.

Stiria menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Selepas mengelap air mata yang jatuh, dia bangun semula tetapi mengubah posisinya. Masih berlutut tetapi tangannya disilangkan separuh sebelum kepalanya menunduk ke arah Nekruis.

"Stiria Merima memberi hormat kepada Yang Mulia Tuanku Nekruis." Ayat ini digunakan untuk orang berpangkat bawahan apabila bertemu seseorang yang berpangkat tinggi.

Nekruis tidak membalas dan merenungnya. Tiba-tiba, bayangan isterinya ketika masih muda dan kali pertama bertemunya yang seperti ini juga keadaannya muncul dalam mindanya. Bibirnya tersenyum sedikit.

"Bangun!" Arahnya.

"Ya, Yang Mulia."

Stiria bangun sambil memposisikan tangannya melekap satu sama lain dan diletakkan di atas perutnya. Kepalanya masih menunduk.

"Budak ini bijak. Dia sedar keadaannya tidak dapat diselamatkan. Malah, disebabkan dia menerima keadaannya yang dekat dengan mati ini kah membuatkan dia lebih bertenang?" Soalan Nekruis tepat dengan pemikiran Stiria.

"Beritahu beta, kenapa kamu pilih anakanda beta?" Nekruis melangkah ke kerusi meja solek Stiria dan duduk di atasnya. Tangan dan kakinya disilangkan.

Stiria terkesima. Dia tidak sangka Nekruis akan bertanya mengenai perkara itu. Adakah Nekruis ingin mengujinya sebelum membunuhnya bagaikan pemangsa bermain dengan mangsanya dahulu sebelum membahamnya? Apabila Stiria memikirkan dia akan masuk ke dalam perut Nekruis, tubuhnya menjadi kelam.

"Hmm?" Terdapat tanda soal pada minda Nekruis. Kenapa budak ini tiba-tiba menyesal? Menyesal sebab jatuh hati pada anaknya? Dia tidak nafikan anaknya tampan sepertinya. Jadi... Adakah budak perempuan ini rasa Zeliker tidak memuaskan hatinya?

Nekruis menjadi marah. Cermin bilik itu retak seribu sebelum berkecai. 

Stiria yang terkejut dengan perubahan tersebut segera berlutut dan tunduk. "Ampunkan patik. Patik tidak membalas soalan tuanku bukan kerana patik menghiraukan tuanku tetapi patik menanya diri patik juga akan soalan tuanku. Untuk pengetahuan tuanku, bukan patik memilih Putera Zeliker tetapi sebaliknya. Hingga kini patik menyoal diri patik. Apa yang patik miliki untuk Putera Zeliker? Berhak kah patik berada di sisinya? Patik hanya manusia biasa dan bukan istimewa..." Air mata Stiria mengalir ke pipinya. Dia sentiasa berasa dirinya tidak sesuai walaupun dia telah jatuh cinta pada Zeliker. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now