Stiria dibawa Zeliker ke Istana Neza selepas Zeliker memaklumkan kepada jeneral komander terdekat. Dia tidak menunggu perarakan tentera untuk tiba di kawasan kem askar. Xium dan Amidis mengikutnya.
Flare sedang menunggu Zeliker di pintu masuk bangunan istana bersama kumpulan Reuris. Memandangkan Ferrick sibuk dengan isteri dan anaknya yang memerlukan kehadirannya, Flare menggantikannya untuk menyambut kepulangan Zeliker dan lain-lain.
Flare tercengang melihat Stiria dengan Zeliker. Masa bila Stiria tiba? Dengan siapa? Mustahil dengan Zeliker yang baru pulang. Dia memandang Amidis yang tidak pernah dilihatnya.
Malah, sebaik sahaja Zeliker tiba dan tidak sampai 15 minit, terowong dimensi terbuka di dataran berhadapan dengan pintu masuk itu.
"Stiria!!" Xcerox memanggil Stiria selepas melihat Stiria di sisi Zeliker.
"Eh, kekanda...?" Stiria terasa lama tidak melihat Xcerox. Kelihatan Xcerox tinggi sedikit berbanding 5 bulan yang lalu. Kalau dahulu Xcerox dilihatnya 178cm sekarang lebih kurang 180cm.
Xcerox berlari anak ke arahnya sebelum memeluknya dengan erat.
"Kekanda baru tahu adinda tiba! Ke mana adinda pergi?! Lima bulan agak lama untuk tiba di sini!" Tanya Xcerox dengan sedikit lega dan marah.
Apabila dia menanya ayah mereka mengenai Stiria, Sektar menjawab 'belum ada maklumat' dan membuatnya gelisah yang amat. Akan tetapi, dia baru mendapat khabar daripada Sektar, Stiria sudah tiba. Tanpa melengahkan masa, dia segera menggunakan batu Mana yang disimpan dalam kocek sekian lama untuk muncul di situ.
Elgarb, Gizelis dan Riseptos yang bersamanya segera mengejarnya untuk masuk ke dalam dimensi yang dibuka sebelum ia tertutup semula. Mereka meninggalkan Sektar dan Menteri Dasu serta pengawal-pengawal yang tercengang melihat tindakan Xcerox di Eskimos. Bukan itu sahaja, terkejut kerana Xcerox boleh menggunakan batu Mana sedangkan syaitan sahaja yang boleh mengaktifkannya. Bukan Xcerox keturunan manusia ke?
Sektar mengerutkan dahinya. "Hal ini tidak boleh keluar dari sini! Anggap kamu tidak nampak apa-apa!" Arah Sektar kepada semua orang dalam bilik tersebut. Suaranya tegas dan serius. Dia berada di bilik kerjanya dan terselamat dari perlu menerangkan situasi Xcerox menggunakan batu Mana kepada ramai orang.
"Ya, tuanku! Kami menerima arahan!" Kata Menteri Dasu dan semua pengawal sambil duduk hormat.
"Urgh... Anakanda Xcerox..." Keluh Sektar dalam hati.
Manakala di Istana Neza...
"Li-Lima bulan?!!" Zeliker dan semua orang di situ pula yang terperanjat mendengarnya. Masa itu hampir dengan waktu peperangan bermula di Daerah Berswa.
"Kekanda, adinda tak boleh bernafas!" Stiria menolak Xcerox sambil menepuk belakang Xcerox.
"Ke mana adinda pergi? Dan siapa pengawal tu?" Xcerox memandang sekeliling selepas melepaskan Stiria tetapi tangannya masih ada pada bahu adiknya. Dia melihat Amidis yang dekat dengan Zeliker dan Xium.
"Kamu ke yang bawa adinda beta pergi semasa di Eskimos?" Tujunya kepada Amidis dengan renungan tajam. Adiknya tidak diapa-apakan kah?
Amidis tercengang. "Eh, err..."
"Xcerox, semua, mari kita masuk dahulu. Sini, tidak sesuai," kata Zeliker yang merasakan tempat itu tidak sesuai untuk berbincang. Dia melihat beberapa pengawal hairan dengan kata-kata Xcerox. Dia tidak mahu kehadiran Nekruis mencemaskan keadaan.
Xcerox baru tersedar perbuatannya lalu mengangguk. Zeliker menunjukkan jalan untuk ke ruang Aquantum. Mereka perlu memasuki lif untuk ke Aquantum. Kali ini, kecuali Amidis, tiada sesiapa pening kepala atau kecut perut apabila lif itu turun. Mereka juga perlu berpecah kepada dua kumpulan kerana bilangan mereka ramai.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...