[Tahun 5457, 10 November, 6.00 PM...]
Itulah apa yang terjadi.. Enta, harap kamu maafkan Zeliker. Zeliker memang terseksa sebab terpaksa berbohong kepada kamu. Dia terpaksa tipu untuk mendapatkan kepercayaan Silvert.." kata Dian setelah beritahu apa yang dibualkannya dengan Zeliker sebelum ini.
Semua orang senyap. Mereka semua termangu mendengar cerita Dian.
" Dian, kenapa kamu tak beritahu semua ni awal-awal lagi?!!" marah Xcerox, Enta dan Gizelis kepada Dian.
" Aku dah janji dengan Zeliker supaya tak beritahu korang tapi nampaknya aku tak boleh simpan rahsia lama-lama. Sebab aku nak korang tahu kehidupan Zeliker yang sebenar. Aku rasa ini adalah masa terbaik untuk beritahu korang semua.." balas Dian.
" Maksud kamu selepas Zeliker hampir mati kah?!" kata Xcerox, masih marah.
" Abang, bertenang. Sekurang-kurangnya kita tahu Zeliker buat semua ni demi manusia. Malah, semua orang tolong jangan bising. Kita ni berada dalam bilik rawatan. Kamu semua akan membuatkan Zeliker terjaga nanti," kata Stiria.
" Erm... Maaf, Stiria.." ucap Xcerox lalu memandang Zeliker.
" Nampaknya, ia adalah pilihan terbaik untuk bawa Zeliker ke sini.." kata Gizelis.
" Ya.. Gizelis, walaupun aku tak suka kamu tapi itu tak bermakna aku benci kamu.. Aku nak ucapkan terima kasih kerana selamatkan Zeliker.." kata Dian kepadanya.
" Haha.. Kamu tak patut ucap pun sebab aku memang nak bunuh Zeliker selepas culik dia hari tu. Tapi, mungkin sebab Zeliker kata dia tak boleh minum darah manusia yang menyelamatkannya dari dia dibunuh aku waktu tu.."
" Apa?! Kamu..." Dian berasa marah.
" Tolong diam!" kata Stiria, tidak suka mereka bising di situ.
Dian diam dan dia memandang tajam ke arah Gizelis. Gizelis pula memberikan senyuman.
" Dian, aku maafkan Zeliker.." kata Enta selepas itu.
" Terima kasih, Enta.." balas Dian tetapi masih memandang Gizelis.
Beberapa hari selepas itu...
[Tahun 5457, 16 November, 9.00 AM...]
" Lukanya dah tertutup sepenuhnya. Nampaknya, proses penyembuhan tubuh puak syaitan amat cepat dari manusia.." kata doktor lelaki yang pernah merawat Zeliker sebelum ini.
Dia membuka keseluruhan balutan pada tubuh Zeliker dan kesemua kecederaan Zeliker telah sembuh sepenuhnya. Zeliker tidak perlu lagi dimasukkan air ke dalam tubuhnya dan tidak perlukan bantuan pernafasan lagi.
" Err.. Cepatnya dia sembuh.." kata Dian, pelik.
" Hmm?? Apa maksud kamu, Dian? Kan kecederaan korang sembuh dengan cepat.." tanya Xcerox.
" Mustahil. Tubuh kami walaupun cepat sembuh berbanding puak manusia tapi kecederaan kami juga memakan sedikit masa. Tapi, Zeliker mendapat kecederaan yang agak dalam. Tubuhnya sepatutnya sembuh sepenuhnya dalam masa 2 minggu lagi tapi ini... Dia hanya perlukan masa 5 hari saja untuk sembuhkan dirinya sepenuhnya.. Mengapa boleh jadi begini??" jawab Enta dengan terkejut selepas melihat luka Zeliker telah sembuh.
" Maksud kamu, Zeliker mungkin syaitan yang istimewa..?" tanya Stiria, terkejut selepas mendengar kata-kata Enta.
" Mungkin juga..." kata Gizelis.
" Tuanku Xcerox dan Tuanku Stiria, patik minta diri dulu," kata doktor lelaki itu setelah membuka semua balutan.
" Sebentar, bila dia akan jaga semula, Doktor Kazami?" tanya Xcerox.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...