BAB 88: ARNIALAZ ASTEROSTES

44 6 3
                                    

"Tuan Aster, dinding pelindung Iljásk akan dimatikan dalam 10 minit lagi. Sila beritahu kumpulan tuan untuk bersedia menghapuskan raksasa-raksasa kecil dan sederhana yang akan muncul," suara Gustier kedengaran daripada semua alat penghubung pada semua telinga kumpulan Aster.

Aster memandang Maryn dan lain-lain. "Jika seekor terlepas, gaji korang bulan ni..." Aster tidak menghabiskan ayatnya.

Semua orang di situ yang mendengar, segera menjadi serius. Sudah tentu mereka memahami maksud Aster. 

Ehem! Bukannya mereka pentingkan sangat gaji mereka. Ya, betul, nyawa orang yang berada dalam bahaya lagi penting... 

Pemikiran mereka walaupun begitu, masih berasa gelisah jika gaji mereka dipotong untuk bulan tersebut. Bukan senang mereka hendak mendapat gaji tiga kali ganda akibat situasi yang jarang berlaku itu. Ini sememangnya peluang mereka untuk menjadi kaya raya! Mereka mengambil serius terhadap perkara tersebut.

Mulut Aster yang tidak boleh dilihat memberikan senyuman kecil dalam topengnya. Mudah benar dia mengumpan ahli kumpulannya untuk membuat kerja dengan serius. Dia memandang ke arah Alaz dan Mellinda. Kedua-duanya berada di jarak beberapa kilometer daripada kumpulannya.

Alaz yang sedang melihatnya juga sedar Aster memandangnya. Wajahnya mula segan dan melarikan pandangannya. Mellinda di sebelahnya yang sedar keadaan tersebut tersengih.

"Kamu risau ke, Alaz?" Tanya Mellinda.

"Kenapa saya nak risau...?" Balas Alaz sambil mengusap sebelah lengan tangannya. 

Dia berasa seram sejuk dan jantungnya berdegup kencang kerana kumpulan Aster berada di bawah raksasa itu. Dia sedar kumpulan tersebut tidak takut langsung tetapi hatinya yang berasa takut untuk mereka.

Jika terjadi apa-apa kepada mereka, manusia dan syaitan di benua itu akan berada dalam keadaan lebih bahaya. Kumpulan Aster adalah benteng keselamatan mereka. Tiada kumpulan lain yang dipercayai dapat melawan raksasa di atas mereka itu.

"Alaz, tengok ayah kamu. Dia adalah syaitan yang hebat dan ketua kumpulan Ballista. Ayah kamu tidak akan biarkan apa-apa terjadi disebabkan kamu dan adik-adik kamu ada di benua ini," kata Mellinda.

Alaz menunduk kepalanya sebelum dia mengangguk perlahan-lahan. "Mak cik, ayah tak mahu saya sertai sebab saya masih lemah ke?" Tanya Alaz. Hatinya sedikit sedih. Dia teringat semasa dia berjumpa Aster beberapa hari lalu...

Pada masa itu, Aster muncul dengan tiba-tiba di hadapan mereka. Tanpa banyak cakap, dia telah memanggil semua ahli Ballista untuk berkumpul di lokasi dinding Iljásk akan terbuka. Kemudian, dia menanya Alaz dan Mellinda apa pesanan Gustier kepada mereka. 

Sebenarnya, berbulan juga Alaz dan Mellinda mencari jejak ahli Ballista tetapi kumpulan tersebut sukar dijumpai. Orang yang diketahui mereka boleh dijumpai ialah Aster. Disebabkan itu, mereka beredar ke tempat Aster akan muncul iaitu salah satu bandar ketinggalan di Negara Iones. Semua bandar di Iones telah musnah beberapa ratus tahun dahulu akibat serangan Negara Deldan ke atas Iones.

Iones ialah negara manusia yang telah lama ditinggalkan manusia. Walaupun masih ada manusia tetapi tidak ramai. Memandangkan negara tersebut telah jatuh, Iones kini diperhatikan Negara Deldan. 

Gustier memberitahu mereka bahawa jika mereka ingin mencari kumpulan Ballista, mereka perlu pergi bandar ke bandar di Iones. Oleh sebab itu, Alaz dan Mellinda berbulan mencari jejak Aster dan ahli-ahli kumpulannya. 

Apabila mereka tiba di satu bandar ketinggalan yang tidak ramai orang, mereka terjumpa Aster. Itu pun kerana Aster dahulu bersemuka dengan mereka secara memunculkan diri di hadapan mereka. Ayat pertamanya pada masa itu ialah...

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now