BAB 126: DUO

49 6 0
                                    

"Saya akan ringkaskan cerita. Kaum Duo pada 2,100 tahun yang lalu telah memerintah Negara Lvein. Semua negara lain patuh pada pemerintah Lvein, Raja Eleren Melsh. Bukan apa, kaum Duo adalah spesies yang kuat daripada syaitan pada masa itu. Disebabkan ini, manusia dan syaitan tidak dapat melawan Lvein. Oh, ya. Negara Lvein adalah nama Negara Miko pada masa itu dan ditukar namanya selepas penghapusan pemerintahannya. Kemudian, Negara Miko diperintah oleh Raja Vilemia Balrees..." Kata Elgarb.

"Vilemia...?!" Zeliker, Stiria, Xcerox, Ferrick, Riseptos dan Gizelis tertarik nafas mereka dan memandang ke arah Xium.

Nama keluarga Xium ialah Vilemia juga. Elgarb sedar rakan-rakannya itu memandang Xium. Dia hanya mengerling sepintas lalu. Secara tidak langsung dia terlihat beberapa orang ahli Ballista dan juga Nekruis dan Sektar memandang Xium. Walaupun begitu, mereka hanya memandang sepintas lalu juga. Dengan ini, dia tahu mereka mempunyai lebih maklumat mengenai Xium. Manakala Xium, dia yang sedang duduk sebaris dengan Xcerox, Stiria, Zelfon, Riseptos, dan Gizelis kelihatan biasa.

"... Raja Balrees yang menjatuhkan pemerintahan Duo pada masa itu dan menukar nama Negara Lvein kepada Miko. Penyebab utama penghapusan kaum Duo ialah sistem perkahwinan yang menjadi undang-undang utama semua negara. Manusia tidak boleh berkahwin dengan manusia. Begitu juga syaitan dengan syaitan. Hanya perkahwinan antara manusia dan syaitan sahaja dibenarkan. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan ditangkap dan dipaksa berkahwin dengan kaum berlainan walaupun mereka telah berkeluarga sebelum itu. Yang kejamnya ialah anak-anak yang dilahirkan bukan Duo mesti dibunuh." Riak Elgarb menjadi sedih dan marah menceritakannya.

"Raja Balrees ialah manusia atau syaitan?" Tanya Zeliker.

"Manusia," senyum Elgarb. 

"Raja Balrees dengan bantuan manusia dan syaitan menjatuhkan pemerintah Duo dan undang-undangnya. Setelah itu... Masalah timbul mengenai kaum Duo yang masih ada. Walaupun hampir semuanya tidak bersalah ataupun berkait rapat, untuk tidak membenarkan situasi berulang, semua raja bersetuju untuk menghalau kaum Duo dari benua ini," sambungnya.

"Apa? Halau? Tapi tak semua kan yang bersalah?" Soal seorang lelaki.

"Macam mana dengan anak-anak Duo yang masih kecil? Takkan mereka pun dihalau?" Tanya pula seorang perempuan yang berasa simpati.

"Oi, kaum Duo masih bersalah walaupun ada yang tidak berkait dengan kegiatan tersebut," balas seorang lelaki lain.

"Kejam!" Jerit seseorang pula.

"Siapa yang kejam? Duo? Manusia? Syaitan?"

Perbalahan mula berlaku di dalam dewan tersebut.

"Semua, sila bertenang!" Arah Mikasa.

Dewan itu kembali diam semula.

"Elgarb, teruskan," kata Mikasa kepada Elgarb pula. Kisah Elgarb belum tamat.

Elgarb mengangguk. "Walaupun ramai Duo dihalau keluar, masih ada saki baki Duo yang terlepas daripada ditangkap semua negara. Mereka yang tinggal ini yang membina satu organisasi dipanggil Lost Winged, nama yang sesuai untuk kaum Duo yang telah kehilangan segala-galanya. Tetapi, terdapat dua kumpulan dalam Lost Winged. Satu kumpulan ingin kekalkan kehilangan mereka. Pada masa yang sama, jika terdapat anak Duo yang baru lahir, mereka akan mengambil anak tersebut kembali ke markas Lost Winged.

"Manakala satu lagi... Ingin membalas dendam untuk kejatuhan kaum Duo. Permusuhan antara manusia dan syaitan adalah objektif utama mereka yang berjaya dilakukan. Jika suatu hari nanti manusia dan syaitan menjadi lemah, mereka ingin membina kerajaan Duo yang baharu. Mereka ingin wujudkan sistem perkahwinan seperti dahulu dan juga mahu menghambakan semua manusia dan syaitan."

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now