BAB 43: MELERAIKAN SUMPAHAN

55 5 0
                                    

" ... Baiklah.. Aku cuba..." 

Kemudian, kedua-duanya diam. Elgarb pula memandang Zeliker dengan riak hairan.

" Kamu tengah fikir apa?" tanyanya kepada Zeliker.

" Hmm? Fikir sesuatu yang menyeronokkan je.. Selepas aku berkahwin dengan Stiria.." senyum Zeliker.

" Cis, otak kotor betul!" marah Elgarb yang berasa cemburu kerana dia tidak mendapat balasan cintanya daripada Stiria.

Zeliker tergelak mendengarnya. Elgarb juga tergelak sama selepas itu.

" Ewah-ewah! Seronok nampak," tegur Hetero yang muncul dengan tiba-tiba di tepi mereka.

" Ah, Hetero! Alamak, aku terlupa kamu juga... Haa.. Kamu dah dengar semuanya, kan?" Tanya Zeliker kepada Hetero dengan keluhan.

Dia terlupa Hetero mempunyai sesuatu kelebihan sepertinya.

" Ya.. Aku dah dengar semuanya.. Tahniah lah, ya," balas Hetero sambil tersengih.

" Huh? Tahu apa?? Tahniah untuk apa??" Tanya Elgarb yang hairan lagi.

Zeliker memberitahunya tentang kelebihan seorang spesies istimewa. Elgarb terkejut mendengarnya.

" Jadi, kamu juga dah tahu?" Tanyanya kepada Hetero.

" A'ah! Kesemuanya. Korang tak leh sorok apa-apa dari aku," senyum Hetero.

" Haha.. Bertambah lagi seorang nampaknya, kan Zeliker," kata Elgarb.

" Ya.. Hetero, tolong rahsiakannya, ok? Harap kamu juga boleh tolong aku jika aku ada masalah dengan kawan-kawan kita yang lain nanti. Aku tak mahu beritahu mereka tentang perkahwinan aku dengan Stiria yang akan berlangsung 3 bulan lagi.." pinta Zeliker kepada Hetero.

" Jangan risau. Aku takkan beritahu sesiapa," janji Hetero.

" Terima kasih. Kamu juga, Elgarb," ucap Zeliker.

" Sama-sama.." balas kedua-duanya dengan serentak.

" Oh, ya, Hetero! Aku perlukan bantuan kamu. Boleh tak kamu panggilkan Cessim esok?" Tanya Zeliker.

" Untuk hapuskan sumpahan kamu ke? Mestilah boleh! Tapi, Cessim ni payah sikit nak minta pertolongan dia. Dia bukan normal. Dia akan minta balasan sebagai permintaan kita," beritahu Hetero.

" Aku tahu. Sebab tu lah, aku suruh kamu panggil dia. Tolong,ya. Kita lakukannya pagi esok," balas Zeliker.

" Ok!"

" Harap-harap semuanya ok esok.." kata Elgarb dalam hati kerana dia berasa takut jika ada masalah berlaku antara Cessin dan Xium pada keesokan hari.

Kemudian , mereka bertiga memandang ke langit malam yang berbintang. Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Hetero bersama-sama Zeliker, Xium, dan Elgarb ingin memanggil Cessim keluar. Mereka berempat beredar ke padang lapang berdekatan Bandar Lagos tanpa kawan-kawan mereka yang lain mengetahuinya.

" Aku nak mulakan ni. Berdiri jauh," kata Hetero kepada kawan-kawan yang bersamanya.

Zeliker, Xium dan Elgarb melakukan apa yang dikatakannya. Kemudian, Hetero mengangkat tangannya ke atas. Suatu medan muncul di langit. Warna medan tersebut berwarna hitam kemerah-merahan dan terdapat simbol seekor raksasa di tengah -tengah medan itu. Elgarb terperasan sesuatu.

" Kenapa ia ada corak raksasa sama cam medan pengubahan tempat Xium? Peliknya.. Cuma raksasanya berlainan. Apa maksudnya??" tanyanya dalam hati.

Tidak berapa lama kemudian, seorang kanak-kanak lelaki muncul dari dalam medan itu dan jatuh ke bawah. Dia mendarat dengan perlahan-lahan sambil memandang Hetero. Anak matanya berwarna merah tetapi rambutnya biru muda. Pakaiannya berwarna hitam keseluruhannya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now