[Tahun 5457, 19 Oktober, 9.45 AM...]
"Minta maaf kerana susahkan kamu, Gizelis," ucap Frix.
Dia terjaga selepas Gizelis masuk ke dalam rumah. Itupun setelah memaksa Zeliker meminum supnya.
" Tak pe.." Gizelis menyuapkan sesudu sup ke dalam mulut Frix.
" Terima kasih.. Tapi, Gizelis, siapa dua orang ni..?" tanya Frix akan Enta dan Dian yang belum sedarkan diri.
" Dian dan aku tak tahu nama seorang lagi.. Kedua-duanya rakan Zeliker," jawab Gizelis.
" Dan.. Kamu jadikan mereka hamba kamu juga, eh?" kata Frix selepas melihat gelang pada leher Dian dan Enta.
Gizelis memasangkan alat itu pada leher Enta ketika dia membalut kecederaan Enta sebelum ini. Malah, dia juga telah mengarahkan benda yang sama diberitahu pada Dian dan Zeliker supaya tidak memusnahkan alat tersebut.
" Hei, Gizelis.. Kenapa kamu suka bantu puak syaitan?" tanya Frix.
Pada masa yang sama, Zeliker baru melangkah masuk dan berada di belakang dinding bertentangan dengan ruang tamu. Dia terdengar perbualan Gizelis dengan Frix.
" Entah lah.. Mungkin sebab aku dapat rasa apa yang mereka rasa.." jawab Gizelis.
" Tapi, mereka kan kejam dan tak berhati perut. Aku pasti kalau kamu tak pasang alat tu, kamu pasti dah dibunuh mereka.." kata Frix.
" Haha.. Frix, aku rasa kamu silap. Mereka bukan seperti yang kamu sangkakan. Tak semua begitu. Macam Riseptos, dia baik dan berbudi bahasa. Kamu nak samakan dia dengan syaitan-syaitan yang kamu sebut tu kah?"
" Riseptos lain lah. Aku tak percayakan sesiapa kecuali dia dan kawan-kawannya.."
" Frix... Aku suka semua syaitan yang baik dan bencikan syaitan yang jahat tapi, jika mereka sudi berubah, aku akan maafkan mereka.. Mereka juga makhluk cam kita. Mereka boleh berubah dan aku percaya suatu hari nanti, akan ada keamanan kepada kedua-dua belah pihak.."
Zeliker yang mendengarnya, memegang mangkuk sup dengan erat.
" Berubah...?" fikirnya.
" Takkan ada hari begitu... Tambah-tambah lagi sikap raja-raja syaitan bukan senang boleh diubah.. Putera mereka apatah lagi. Aku rasa itu mustahil.. Malah, daging kita ni adalah santapan mereka sentiasa. Mereka bunuh sesama sendiri juga," kata Frix dengan tidak percaya akan adanya keamanan.
" Tapi, aku nak percaya juga akan ada hari sebegitu pada masa akan datang. Puak syaitan mahupun puak manusia, kedua-duanya tak de perbezaan langsung. Kita sama-sama membunuh puak kita sendiri tanpa kita sedarinya.."
" Sebut tentang itu.. Perlawanan itu bulan depan, kan? Gizelis, aku rasa kamu patut tarik diri daripada menjadi wakil. Aku rasa mereka akan gunakan muslihat supaya dapat menjajah negara ini. Kamu patut biarkan senior kita jadi wakil.."
" Tidak. Aku takkan sekali-sekali tarik diri. Aku akan pastikan aku menang perlawanan itu walaupun tulang aku dipatah-patahkan. Maharaja telah memilih aku, Frix. Aku tak boleh tarik diri sekarang. Aku kena percaya kepada diri sendiri. Aku dah mengangkat sumpah di hadapan maharaja untuk melindungi negara ini dan berjanji akan memenangi perlawanan itu.. Lagipun, aku berbuat demikian demi 'mereka' dan kita semua dalam negara ini. Aku amat sayangkan negara ini berbanding negara-negara lain.. Sebab itu lah, aku takkan kalah kepada Negara Drick.."
" Gizelis..." sebut Frix perlahan dengan wajah risau.
" Apa maksud dia? Perlawanan dengan Negara Drick? Bukankah Negara Drick juga negara manusia? Dan siapa yang dia maksudkan 'mereka' itu?" fikir Zeliker dalam diam dengan rasa kurang senang.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...