BAB 33: PASRAH

45 5 0
                                    

" Urghh..." Zeliker membuka matanya.

" Ah, tuanku Zeliker! Tuanku akhirnya jaga juga! Erk! Ma-Maafkan patik kerana bersuara kuat, tuanku," ucap Jaques sambil berlutut di tepi katil di mana Zeliker terbaring di atasnya.

" Siapa kamu?" Tanya Zeliker, hairan melihat Jaques.

" Pa-Patik Jaques Aris, tuanku. Tuanku pasti dah tak ingat tentang patik. Maklumlah, pertemuan kita adalah semasa tuanku berumur 6 tahun.." sengih Jaques.

" Erm.. Aku di mana? Bukankah aku dah mati?" Tanya Zeliker lalu bangun dalam keadaan duduk.

" Err... Patik selamatkan tuanku semasa tuanku hampir mati dengan kuasa patik, tuanku. Maafkan patik kerana patik menggunakan kuasa kilat ke atas jantung tuanku! Patik fikir itu sahaja caranya untuk gerakkan jantung tuanku semula! Ma-Maafkan patik!!" ucap Jaques sambil tunduk berkali-kali sehingga kepalanya menghentak lantai.

" Eh, apa yang kamu lakukan ni?! Kenapa nak minta maaf pula sedangkan kamu selamatkan aku?! Jangan hentak lagi! Nanti berdarah dahi kamu!" kata Zeliker sambil turun dari katil dan menghalang Jaques daripada menghentak kepalanya.

" Huh...?" Jaques memandang Zeliker dengan pelik.

" Hmm? Kamu tak apa-apa, kan? Peliklah kamu ni. Haha.." gelak Zeliker dengan perlahan.

Jaques terkejut melihat gelakannya yang berserta senyuman.

" Err.... Tuanku Zeliker...." katanya, masih memandang Zeliker.

" Ya? Jangan panggil aku, tuanku. Aku dah lama tinggalkan status sebagai keluarga diraja Negara Flink," balas Zeliker. 

" Jadi, tuanku memang tuanku Zeliker? Putera Negara Flink yang sebenar?"

" Ya. Kenapa? Kenapa kamu pandang aku cam nampak hantu? Oh, adakah sebab kamu lihat personaliti aku yang sekarang? Aku bukan cam dulu lagi, Jaques. Aku juga masih ingat kamu. Dulu, kamu askar latihan, bukan?"

" Eh! Ah, ya, tuanku!" jawab Jaques, seakan-akan tidak percaya Zeliker mengingatinya lagi.

" Kalau tak silap aku, kamu berkhidmat dengan keluarga diraja Negara Jelion, kan? Disebabkan negara itu ingin menambah kekuatan, kamu dan askar-askar latihan pergi ke Negara Flink untuk berlatih. Kita berjumpa tapi.... err.. Aku minta maaf juga sebab berkasar dengan kamu dulu sehingga kamu cedera parah dan terpaksa rehat selama seminggu di hospital. Maaf, ya," ucap Zeliker yang baru mengingati kisah lama.

Dia memberikan senyuman kepada Jaques.

" Dia senyum lagi?! Betul ke di hadapan aku sekarang ni putera kejam tu?!!" kata Jaques dalam hati.

" Hei, Jaques.. Kamu ada tak nampak seorang lelaki dengan seorang perempuan seusia aku masa kamu selamatkan aku hari tu?" Tanya Zeliker.

" Err.. Y-Ya, tuanku. Maksud tuanku, Puteri Stiria kah perempuan tu?" balas Jaques dengan pertanyaan semula.

" Mana dia? Dia selamat? Jika kamu lakukan apa-apa ke atasnya, kamu takkan selamat, Jaques," gertak Zeliker dengan riak serius.

" D-Dia tak apa-apa, tuanku. Kami takkan apa-apakan dia. Sekarang, dia bersama raja kami," kata Jaques dengan wajah berpeluh kerana melihat wajah Zeliker yang kelihatan serius.

" Siapa? Aku pasti Raja Tepli dah mangkat sebelum ini dan dia tak mempunyai anak. Siapa penggantinya pula?"

" Raja Elgarb Delmian namanya, tuanku. Dia pernah diambil menjadi anak angkat Raja Tepli. Secara tidak langsung, dia naik takhta atas kemahuan Raja Tepli," beritahu Jaques.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now