" Apa?! Dia ni putera Zeliker?!" kata Fillia dalam hati.
Ini kali pertama dia melihat Zeliker. Bukan dia sahaja yang terkejut melihat Zeliker tetapi Flare, Faila, pasangan lelaki perempuan itu serta bonda mereka terkejut juga. Menteri-menteri pula telah pun mengenali Zeliker.
" Ya, tuanku. Terima kasih atas keprihatinan tuanku terhadap patik," balas Zeliker sambil duduk hormat terhadap Raja Mikasa.
Di tepinya, Shina juga duduk hormat dan kemudiannya Shina bergerak ke kedudukan menteri-menteri lain.
" Bangun, Zeliker. Beta perkenalkan kamu, isteri beta, Permaisuri Siara. Anakanda-anakanda beta, Ferrick dan isterinya Helisa, Fillia, Faila dan Flare yang kamu dah kenal.." kata Raja Mikasa terhadap ahli keluarganya.
Zeliker berdiri semula lalu tunduk hormat terhadap semua ahli diraja negara itu. Dia sedar Fillia merenungnya dengan tajam.
" Anakanda Fillia, sila duduk," arah Raja Mikasa terhadap Fillia yang masih berdiri.
Fillia yang berasa berat hati berada di situ, terpaksa duduk semula. Pandangannya tidak lepas daripada memandang ke arah Zeliker.
" Masih ada api di sini nampaknya.." fikir Zeliker akan Fillia.
" Zeliker, baguslah kamu dah dibebaskan.." kata Flare dalam hati dengan perasaan lega.
Dia tidak sedar dengan kata-kata Raja Mikasa yang mengatakan Zeliker telah sembuh tadi kerana terkejut melihat Zeliker masuk ke situ.
" Zeliker, beta dengar kamu mengembara sebelum ini. Adakah kamu ingin meneruskan pengembaraan kamu selepas ini?" tanya Raja Mikasa kepada Zeliker.
" Ya, tuanku. Patik akan meneruskan pengembaraan selagi tidak menjumpai jawapan yang patik cari.." balas Zeliker sambil memandang Raja Mikasa.
" Oh.. Pasti kamu ada soalannya bukan? Jika tidak keberatan, boleh beritahu beta apa yang kamu cari?"
" Cara untuk menghentikan peperangan antara puak manusia dan puak syaitan. Patik mahu hentikan peperangan yang telah berlangsung selama beribu-ribu tahun ini dan menamatkannya.."
Jawapannya mengejutkan semua orang yang berada dalam dewan itu.
" Hmm.. Camna kamu nak menghentikan peperangan? Dan jikalau peperangan telah tamat tetapi tidak lama kemudian, peperangan berlaku semula, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Raja Mikasa, ingin mengetahui jawapan daripada mulut Zeliker.
" Patik tidak tahu dan sebab itulah patik mengembara untuk mendapatkan jawapannya. Patik masih mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan peperangan. Akan tetapi, patik rasa patik takkan jumpa dengan membaca sejarah-sejarah lama tetapi melihat sendiri dengan mata patik terhadap semua situasi yang berlaku sekarang ini. Patik sentiasa berfikir apakah yang menyebabkan manusia dan syaitan masih berperang. Beribu-ribu tahun telah berlalu dan tidak penatkah meneruskan peperangan yang hanya akan menyebabkan ramai lagi yang terkorban? Adakah peperangan merupakan tradisi kita? Mengapa masih mahu teruskan? Sememangnya jawapannya adalah demi melindungi negara, demi masa depan dan juga demi meneruskan hidup.. Semua ini berlaku kerana kedua-dua pihak takut dengan satu sama lain, tidak cuba mempercayai satu sama lain dan berperang kerana ingin membalas dendam terhadap semua orang yang telah dibunuh kedua-dua pihak. Patik yang sedar semua ini, tidak akan tunggu lagi dan akan beranikan diri mencampuri urusan dunia yang tidak pernah berubah ini. Jika tiada sesiapa yang mahu mulakan operasi keamanan selama ini, patik akan mulakannya! Patik tidak akan berhenti selagi keamanan tidak tercapai. Jikalau patik terkorban sebelum keamanan tercapai, orang lain yang sedar dengan semua ini, akan melakukan benda yang sama juga.. Tuanku, jika peperangan telah ditamatkan tetapi bermula semula, patik tak rasa hanya patik sahaja yang akan menghentikannya. Sesiapa yang telah merasai kehidupan tanpa peperangan, pasti tidak akan membenarkan peperangan berlaku lagi, bukan?" jawab Zeliker dengan panjang lebar berserta semua pandangan yang diketahuinya selama ini.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...