BAB 38: MANUSIA ISTIMEWA

52 6 1
                                    

" Zeliker," panggil Stiria.

Zeliker memandang Stiria. Stiria memberinya sedulang makanan yang dibawa.

" Terima kasih, Stiria. Marilah kita makan sama-sama," ajak Zeliker.

" Eh, tak pe! Kamu makanlah. Aku dan Xium baru sahaja makan daging raksasa," balas Elgarb.

" Saya juga dah makan bersama-sama Putera Ferrick dan isterinya," balas Stiria juga.

" Oh.. Jika begitu, aku makan dulu, ya," kata Zeliker dengan sopan.

" Makanlah. Dahlah kamu tak bangun selama seminggu. Tentulah perut kamu tu kosong dan nak diisi," senyum Elgarb.

Zeliker membalas dengan senyuman juga. Setelah dia habis makan, mereka semua berbual dengan satu sama lain. Keesokan harinya, Zeliker bertemu Ferrick dan Helisa di khemah utama dalam kem itu.

" Baguslah kamu dah sedar, Zeliker. Beta gembira bertemu kamu dan puteri Stiria di sini. Beta juga telah menghantar pesanan ke Negara Eskimos bahawa kamu berdua berada di sini. Buat masa ni, kamu tunggu di sini sehinggalah orang-orang yang dihantar ke sini tiba. Untuk kamu berdua pulang dengan sendiri adalah sangat bahaya walaupun kamu mempunyai Xium dan Elgarb bersama kamu.. Sila jangan ke mana-mana," kata Ferrick kepada Zeliker dan Stiria.

" Patik semua ucapkan bebanyak terima kasih kerana tuanku sudi membantu patik semua. Patik semua akan melaksanakan perintah tuanku.." balas Zeliker.

" Zeliker, jika kamu berada di Negara Eskimos sebelum ini, adakah Flare berada di sana juga?" Tanya Ferrick akan adiknya.

" Ya, tuanku. Ampunkan patik. Ketika tuanku Stiria diculik sebelum ni, putera Flare juga membantu patik menyelamatkannya. Malangnya, patik tidak melindunginya dengan baik dan akibatnya dia juga cedera. Patik minta ampun banyak-banyak.." ucap Zeliker sambil menundukkan kepalanya terhadap Ferrick.

" Tak perlu salahkan diri kamu, Zeliker. Perkara dah nak jadi dan kamu dah lindungi dia dengan baik. Beta pasti Flare dah sembuh sekarang ni. Dia dan kawan-kawan kamu yang lain telah pun dirawat dalam istana Eskimos. Itu apa yang beta ketahui dari khabar angin yang disampaikan ayahanda beta. Kamu tak perlu risau akannya," balas Ferrick sambil tersenyum.

" Terima kasih sekali lagi, tuanku. Jika tak keberatan, boleh patik tanya mengapa tuanku berada di sini?" Tanya Zeliker.

" Beta diberitahu bahawa ada raksasa menyerang sesetengah kampung dalam negara ni. Oleh sebab negara ini adalah negara jiran dan tidak beraja, Negara Shildia akan memberikan pelindungan kepada negara ni. Beta rasa kamu mungkin tahu sejarah negara ni. Sekurang-kurangnya sedikit.. Raja terdahulu, Vilem, telah utuskan sesiapa yang menjumpai 4 harta berharga kepunyaan negara ni dan mengembalikan ke tempatnya, akan mewarisi negara ni serta semua harta yang dimiliki. Malangnya sehingga kini, tiada sesiapa yang menjumpai barang-barang tersebut dan Negara Shildia ingin membantu penduduk yang tinggal dalam negara ni sehinggalah negara ni berjaya dihidupkan semula.." kata Ferrick.

" Begitu rupa-rupanya.." kata Zeliker yang mula faham dengan kedatangan Ferrick dan isterinya ke situ.

Xium yang mengetahui asal-usul negara itu, mendiamkan diri. Dia kemudiannya ingin keluar dari khemah itu kerana merasakan kehadirannya akan membawa masalah jika mereka berbual tentang dirinya. Malangnya...

" Kamu nak ke mana, Xium?" Tanya Elgarb yang menyedari dia ingin beredar.

" Luar.." balas Xium.

" Emm... Hmm? Hei, tunggu dulu! Xium, nama penuh kamu Vilemia Xium, kan? Vilem.. Kamu mempunyai nama yang sama dengan Raja Vilem," kata Elgarb yang baru teringat nama penuh Xium.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now