BAB 11: NIAT ZELIKER

74 7 0
                                    

[Tahun 5457, 10 November, 11.25 AM...]

" Bangunlah! Deliques!!" panggil Trez dan muncul seekor raksasa burung dikelilingi api pada tubuhnya.

   Mulut, sayap dan ekor Deliques berapi hijau. Raja Elamos tersenyum manakala Raja Sektar pula dalam keadaan panik.

   " Ini tak adil. Kenapa mesti gunakan guardian untuk berlawan??" kata Stiria dengan cemas juga.

   " Perjanjian kita adalah perlawanan boleh menggunakan apa-apa sahaja untuk mengalahkan lawannya, bukan?" tanya Raja Elamos kepada Raja Sektar.

   " Erm..." Raja Sektar tidak mampu membalas kata-kata Raja Elamos kerana risaukan keadaan rakyatnya serta Gizelis yang sedang berlawan.

   " Oh.. Nampaknya ada seseorang di sini yang boleh memanggil guardian juga.." fikir Silvert sambil memandang Trez.

   " Tapi.. Dari mana dia dapatkan guardian tu?" sambungnya lagi sambil tertanya-tanya.

   " Gizelis... Maafkan aku. Aku tak boleh bantu kamu sebab ini adalah perlawanan kamu. Kalau kamu sedar, Trez mempunyai kelemahan. Gizelis, cuba cari kelemahan itu.. " kata Zeliker dalam hati.

   Gizelis melompat ke belakang, ke kiri dan ke kanan kerana api yang dihembuskan burung raksasa itu. Dia juga terpaksa mengelak serangan Trez ke atasnya. 

   " Ini tak adil! Gizelis tak berpeluang menang dengan guardian!" kata Enta, cemas.

   " Emm..." Dian hanya diam tetapi sebenarnya dia juga risaukan Gizelis.

   Setelah bersama Gizelis beberapa minggu, dia tidak menganggap Gizelis sebagai musuhnya lagi tetapi kawan. Dia terpaksa mengendahkan perasaan risaunya kerana teringat kata-kata Zeliker sebelum ini. Dia terasa dirinya terseksa memikirkan kehendak Zeliker dengan kehendaknya.

   " Gizelis!!" jerit Enta apabila Gizelis terkena hembusan api Deliques.

   Seluruh tubuh Gizelis telah tercedera. Akan tetapi, Gizelis masih berdiri dan menyerang Trez. Dia tidak menyerang Deliques kerana dia tahu dia tidak boleh memenangi raksasa.

   " Aku kena cari kelemahannya cepat.." fikirnya.

   Gizelis asyik mengelak selepas itu. Dia sedang mencari kelemahan Trez sepanjang dia sedang mengelak. 

   " Ermm?? Itu dia! Aku dah nampak kelemahannya!" katanya dalam hati lalu berlari ke arah Trez.

   " Serang dia, Deliques!" jerit Trez.

   Deliques menghembuskan apinya ke arah Gizelis. Gizelis mengelaknya dan meneruskan lariannya ke arah Trez. Trez juga bertindak dengan berlari ke arahnya. Apabila mereka berdua bertembung, Trez menghayunkan senjatanya ke arah Gizelis. Dia terkejut apabila Gizelis mengelak dengan meluncur melepasinya melalui kakinya yang terbuka. Gizelis mengambil peluangnya lalu menusuk dada Trez dalam keadaan membelakangi tubuhnya dengan tubuh Trez sambil pedangnya digerakkan ke belakang menembusi tubuh Trez. Trez termuntahkan sejumlah darah dan Deliques terus lenyap dari pandangan. Gizelis mencabut pedangnya dengan menarik pedangnya keluar dari tubuh Trez. Trez jatuh ke tanah sambil matanya tertutup rapat. Semua orang termangu sebentar. Gizelis tercungap-cungap sambil memandang Trez. Dia menjatuhkan pedangnya lalu menghampiri Trez. Dia membuka gelang pada leher Trez dengan berhati-hati. Pengadil menghampiri mereka dan melihat keadaan Trez.

   " Trez Kalis tidak mampu untuk berlawan lagi! Pemenang perlawanan ini adalah Gizelis Auntom!!" jerit pengadil.

   Semua orang yang berada dalam collesium itu bersorak gembira kerana negara mereka menang dalam perlawanan itu. Raja Elamos terkejut dengan keputusan perlawanan itu. Zeliker, Xcerox, Stiria, Enta dan Dian berasa lega.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now