BAB 20: MENCARI SEJARAH

53 4 0
                                    

" Aku takkan tinggalkan tempat ini selagi aku tak habis baca semua buku di sini. Silvert, kamu boleh tolong aku baca juga atau pun kamu boleh je tinggalkan aku di sini dan pergi menjaga Azuris dan Teresa di Kampung Afli tu.." Zeliker memberi pilihan kepada Silvert.

" Emm.. Patik takkan tinggalkan tuanku walau camna keadaan pun.. Jika tuanku ingin tinggal, patik akan ikut sama.." balas Silvert.

" Ok, jumpa kamu petang nanti di sini," kata Zeliker lalu lenyap.

Kelihatan dia berada di puncak sebuah rak. Manakala Silvert, dia pergi ke bawah sambil memandang ke sekeliling.

" Aku mesti pastikan keadaan di sini selamat.." katanya dalam hati.

Apabila petang menjelang, mereka akan keluar sebentar untuk mencari makanan dan kembali semula selepas kenyang. Untuk mempercepatkan masa membaca, Zeliker menggunakan kuasanya. Semua buku yang berada dalam satu baris rak, terbang mengelilinginya. Zeliker dapat membaca kesemua buku itu sekaligus dengan melihat buku-buku tersebut terselak sendiri dengan kelajuan yang tinggi kerana kuasa angin yang digunakannya. Anak matanya berwarna merah ketika dia membaca buku-buku tersebut. Apabila selesai satu buku, buku lain yang berada di barisan seterusnya akan terbang ke arahnya pula dan buku yang telah habis dibaca, kembali ke tempat kedudukannya semula. Silvert tidak menyentuh buku-buku tersebut kerana dia tidak minat membaca. Dia hanya mengawasi keadaan sekeliling mereka. Zeliker yang berasa teruja membaca tidak terasa ingin tidur. Akan tetapi, dia berhenti juga pada sesuatu masa untuk mengembalikan tenaga dan kuasa yang digunakannya.

Selepas seminggu berlalu, Zeliker menjumpai sebuah buku yang menarik perhatiannya.

" Hmm.. Nampaknya buku ni ada menceritakan kisah-kisah terdahulu. Penulisnya bernama Delikan.. Apa yang ingin diceritakannya, ya?" fikir Zeliker setelah membelek-belek sebuah buku.

Dengan kuasanya, Zeliker membaca buku tersebut sekaligus.

" Emm.. Buku ni menceritakan kemunculan pertama manusia dan syaitan di dunia ni. Rupa-rupanya kita semua bukan datang dari dunia ni. Nenek moyang kita merupakan penjelajah angkasa. Demi mencari tempat tinggal yang baharu, mereka menjumpai dunia ni yang hanya mempunyai lautan air tanpa darat. Mereka semua mendarat di dunia ni menggunakan kapal angkasa yang lebih besar daripada sesebuah negara. Kapal tersebut diisi dengan tanah galian yang dijumpai di dasar laut dan terbinalah darat di atas kapal ni. Setelah beberapa ribu tahun berlalu, permukaan air muncul darat dengan sendiri kerana letusan gunung berapi yang naik ke permukaan air dan sisa-sisa lava yang membeku membina sebuah daratan baru. Manusia mula menetapi darat tersebut dan sebahagiannya meninggalkan kapal daratan mereka. Ketika itu, manusia bergelar syaitan belum wujud sehinggalah pada suatu hari, beberapa ketul serpihan batu dari luar angkasa jatuh ke permukaan bumi dan menukarkan air yang berdekatan menjadi merah seperti darah. Manusia yang terminum air merah tersebut bertukar menjadi ganas dan mereka juga memakan manusia lain. Malah, mereka yang meminum air merah itu juga telah diberikan kuasa luarbiasa. Haiwan yang terminum bertukar menjadi raksasa. Ada di antara haiwan tersebut juga memiliki kuasa setelah meminum air itu dan mereka dipanggil guardian. Manusia menghapuskan air merah tersebut dengan menanamnya dengan tanah kerana tidak mahu menukarkan lebih banyak manusia kepada manusia berkuasa bergelar syaitan. Semenjak itu, dunia yang dipanggil Kalied ini mempunyai puak manusia, syaitan, raksasa dan guardian. Manusia biasa dan juga manusia evolusi sentiasa berperang selepas itu..." baca Zeliker.

" Jika begitu, puak syaitan sejak dulu lagi memang manusia sebelum ditukarkan lah.." fikirnya selepas itu.

" Buku ni kata tentang perang-perang yang berlaku selepas tu.." bacanya lagi dan kemudian, buku itu kembali ke tempatnya.

" Erm... Mesti ada satu masa di mana puak manusia dan puak syaitan berbaik.. Jika tiada nampaknya keamanan sukar nak dicapai begini. Aku mesti cari pada setiap buku dalam bilik ni. Mesti ada keamanan bagi kedua-dua belah pihak pada waktu dulu," kata Zeliker dengan yakin dalam hatinya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now