Sniff, sniff... Bunyi seseorang menarik nafas kedengaran di dalam bilik Kaizelan. Hetero memandang ke arah Varna dan kemudian, Kaizelan. Ketiga-tiga mereka telah duduk di kerusi berkusyen dalam bilik itu.
Hetero menyuakan kotak tisu kepada Varna. Dia masih dapat bau darah walaupun telah kurang banyak. Varna mengucapkan terima kasih sambil mengambil beberapa helai tisu dan ditekankan ke hidungnya.
"Err... Cik Varna, kenapa kamu tidak ke dewan perlindungan setelah diberi amaran kecemasan?" Tanya Hetero. Dia telah tahu istana mereka sedang dalam persediaan untuk melawan raksasa jika ia muncul.
Varna tersentak. Dia mengenggam tangannya. Wajahnya masih pucat.
"Sa-Saya, saya ti-tidak tahu." Gelengnya perlahan. Dia benar-benar tidak tahu.
Dia memberitahu mereka bahawa selepas dia bangun tidur di biliknya pagi itu, dia melakukan pengemasan bilik-bilik dalam istana seperti yang dilakukannya setiap hari. Bilik terakhir yang dikemasnya berada di bangunan hujung sebelah timur. Bangunan itu juga tidak ramai penghuni. Hanya Reuris dan lain-lain yang menggunakannya.
Setelah habis mengemas, dia segera menuju ke ruang mencuci pakaian dan mendapati semua pembantu istana yang bertugas di situ telah tiada. Memandangkan otaknya sangat lembab, dia meneka bahawa semua pembantu istana itu malas hendak mencuci, sedangkan mereka telah bergerak ke dewan perlindungan.
Apatah lagi, selepas mendapat tahu bahawa tentera manusia memenangi peperangan di Berswa, ramai pembantu istana mengambil cuti untuk kembali ke rumah masing-masing. Hanya Varna yang tidak pulang kerana rumahnya sangat jauh dari istana itu, berada di bahagian timur laut Miko.
Setelah mendapati pakaian yang perlu dicuci sangat banyak dan takut semua orang termasuknya mendapat masalah dari ketua pembantu istana, Varna, seorang diri mencuci semua pakaian tersebut dan disidainya selepas itu. Tiba waktu tengah hari baru lah dia selesai semuanya sebelum dia beredar ke dapur istana yang terdekat untuk makan tengah hari.
Terdapat empat dapur istana; barat laut, barat, timur dan utara. Dapur istana bahagian utara hanya boleh digunakan untuk kaum diraja. Oleh sebab Varna berada di timur, dia ke dapur istana di timur. Yang menghairankan tiada orang lalu-lalang ketika dia berjalan ke dapur istana itu.
Semasa dia tiba, dapur tersebut langsung tiada orang. Hidangan makanan juga tiada dan hanya bahan-bahan yang belum dimasak sahaja yang ada. Varna yang telah kelaparan terpaksa memasak sendiri hidangan sendiri. Secara kebetulan, dia teringat bahawa tugas untuk menghantar makanan kepada Hetero dan Kaizelan direkod dalam tugasnya pada hari itu.
"Ah!! Kenapa mesti hari ini?! Aku dah letih sangat-sangat!" Jeritnya dalam hati ketika itu.
Malangnya, dia terpaksa melakukan tugasnya. Bukan itu sahaja, tukang masak yang entah mana hilangnya, yang juga sepatutnya memasak untuk Hetero dan Kaizelan, terpaksa dilakukannya. Varna menangis dalam hati kerana banyak tugas dilakukannya seorang diri hari itu. Mana perginya semua orang?!!
Dengan tidak bersemangat, dia menyediakan hidangan satu demi satu. Mahu sahaja dia memasak hingga rentung semua makanan itu tetapi apabila memikirkan untuk siapa dia memasak, dia terpaksa memasak dengan cermat. Tidak boleh terlalu garing atau terlalu berminyak.
Setelah selesai, dia meletakkan semua hidangan di atas troli makanan dan menolaknya hingga ke hadapan bilik kurungan Kaizelan. Kisahnya tamat di situ.
Hetero dan Kaizelan masing-masing merenungnya dengan banyak persoalan. Mahu sahaja mereka membuka dan melihat apa yang ada di dalam otak perempuan ini. Naif sangat perempuan ini!
Macam mana Varna tidak terfikir bahawa kesunyian merupakan tanda bahaya? Sepatutnya dia juga mencari sesiapa jika dia berada berseorangan!
"Aku masih tak percaya dengan kisah kamu," kata Kaizelan dengan suara dingin.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...