BAB 5: PERLAWANAN DENGAN PENCULIK

86 6 0
                                    

[Tahun 5457, 19 Oktober, 1.15 AM...]

Xcerox dan Stiria terkejut. Mereka berdua tidak menyangka Zeliker akan melepaskan mereka. Mereka berdua ingin menjerit tetapi terhenti apabila melihat Zeliker mengelak serangan seorang lelaki syaitan yang mempunyai gelang besi pada lehernya. 

Zeliker juga membalas serangan semula dengan tendangan lantas menyebabkan syaitan yang menyerangnya terlanggar dahan pokok. Semasa Xcerox dan Stiria hampir-hampir dekat dengan tanah, Zeliker lebih pantas berada di bawah lalu menangkap mereka berdua.

“Kamu berdua duduk di sini sebentar,” arah Zeliker sambil meletakkan Xcerox dan Stiria di atas tanah.

Hal ini kerana dia perlu berlawan dengan syaitan yang menyerangnya tadi. Dia juga sedar ada seorang lagi lelaki syaitan di belakang mereka bertiga. 

“Kenapa...? Kenapa kamu sanggup bantu beta berdua?! Malah, berlawan dengan mereka sedangkan kamu semua adalah sama!” Tanya Xcerox tidak faham mengapa Zeliker berlawan demi mereka berdua.

“Kan aku dah kata, aku cuma nak bawa kamu berdua pulang...” Jawab Zeliker sambil memandang Xcerox.

“Aku dan mereka tak sama. Aku tak pernah bunuh manusia sedangkan mereka bunuh manusia serta puak sendiri juga,” sambungnya lagi.

“Kamu tak pernah bunuh manusia?” Stiria terkejut dengan penyataan itu.

“Tak. Kecuali haiwan yang menjadi makanan aku tapi kamu berdua mungkin akan lihat aku bunuh dua orang ini buat kali pertamanya,” balas Zeliker sambil anak matanya mengerling ke tempat lain. 

Sebenarnya, pembunuhan kali pertama telah dilakukannya ketika dahulu. Bukan manusia tetapi ke atas seorang syaitan. Kali ini adalah yang kedua... Dia bergerak apabila dua orang lelaki syaitan itu juga bergerak.

Xcerox dan Stiria tidak lepas memandang Zeliker berlawan dengan dua syaitan itu. Walaupun dua melawan satu, Zeliker dilihat mereka tidak berada dalam kesukaran.

“He-Hebatnya… Dia seorang boleh melawan dua. Malah, dia langsung tidak gunakan kuasanya sedangkan mereka menggunakan kuasa. Dia ni... Mungkin berada di tahap kuasa yang lebih tinggi. Apatah lagi, dia adalah anak raja syaitan. Sudah tentu dia akan dilatih sejak kecil,” fikir Xcerox.

Beberapa minit kemudian, kedua-dua syaitan itu jatuh ke tanah. Mereka tidak dapat bergerak lagi. Zeliker bergerak ke salah seorang syaitan itu lalu ingin mencucuk jantung syaitan itu tetapi terhenti apabila Stiria menjerit ke arahnya.

“Jangan, putera Zeliker! Jangan bunuh mereka!!” Jerit Stiria sambil berlari ke hadapan syaitan yang hampir ditikamnya.

“Adinda, bahaya! Apa yang adinda cuba buat?!” Xcerox terkejut dengan tindakan Stiria.

“Maaf, kekanda... Tetapi, tak boleh! Putera Zeliker, jangan bunuh mereka! Walaupun mereka adalah orang jahat tapi mereka juga manusia! Jangan bunuh mereka!” Rayu Stiria.

Zeliker terpaksa mematikan niatnya untuk membunuh dua syaitan itu. Dia tergamam disebabkan Stiria menghalangnya dan juga meluahkan kata-kata itu.

“Aku tak sangka sang puteri ini akan bertindak  begini. Malah, menganggap mereka ini manusia...” Katanya dalam hati sambil memandang Stiria.

“Aku takkan bunuh mereka,” beritahunya selepas itu kepada Stiria.

“Te-Terima kasih, putera Zeliker!” Ucap Stiria dengan lega.

Dia berasa gembira lalu tersenyum. Zeliker memandang senyumannya.

“Dia gembira melepaskan dua penculiknya? Aneh...” Zeliker berasa pelik. "Kamu senyum kerana gembira?" Ujarnya kepada Stiria.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now