"Patik... Patik meminta tuanku untuk menerima cadangan sukar patik ini. Patik ingin... menyatukan negara kaum manusia dan syaitan!" Tujuan Sektar diberitahu.
Raja Halki memberikan keluhan kecil. "Keinginan kamu adalah perkara yang mustahil, Putera Sektar. Sejarah-sejarah yang ada di masa lepas, sudah menjadi pedoman kepada kita semua bahawa menyatukan negara manusia dan syaitan akan membawa bahana."
"Huh? Apa maksudnya?" Syafar tidak faham maksud Raja Halki dan menanya pengawal peribadinya.
Pengawalnya berbisik kepadanya mengenai sesuatu. Mata Syafar terbeliak selepas itu. Sejarah yang dikatakan ialah sesuatu yang berlaku beratus tahun dahulu.
"Patik sedar, tuanku. Negara Iones telah dimusnahkan disebabkan menginginkan penyatuan ini..." Kata Sektar sedikit menunduk ke bawah. "Tapi! Ramai yang masih menginginkannya! Kaum manusia mahupun kaum syaitan, masih ada di antara mereka yang bersama tanpa mengisahkan asal usul perkauman mereka!"
Raja Halki mengangguk kepalanya. "Benar tetapi ia sekumpulan orang yang kecil. Jika ia menjadi besar, kemusnahan yang sama seperti Iones akan berulang. Iones kini telah ditinggalkan dua kaum disebabkan ini. Kamu masih ingin meneruskannya walaupun tragedi mungkin berulang lagi?"
"..." Sektar diam sejenak.
Rakaman menayangkan Nekruis berjalan ke tepi Sektar. Sektar dan Raja Halki memandangnya.
"Penyatuan syaitan dan manusia diperlukan tuanku," sebut Nekruis dengan nada bernekad.
"Kenapa? Jelaskan Putera Nekruis." Pinta Raja Halki.
Nekruis dilihat memejam matanya seketika sebelum membukanya. "Pada masa hadapan, penentuan keamanan benua ini belum terjamin. Seperti yang dimaklumkan Sektar kepada tuanku, dunia kita berada di dalam perlindungan dinding kuasa dipanggil Iljásk. Tetapi... Sampai bila pelindung ini akan bertahan?
"Patik dan Sektar telah melihat sendiri bahawa dinding Iljásk yang selama ini melindungi benua kita telah dimasuki raksasa yang bukannya dari benua kita. Jika suatu hari nanti, dinding ini terbuka keseluruhannya, kaum syaitan dan manusia yang masih tidak bersatu..."
Nekruis menggeleng kepalanya secara perlahan-lahan. "... Akan mati. Benua ini akan musnah seperti Iones dan kemusnahannya akan meliputi seluruh Blodez dan Besyrian. Semua orang tidak akan lagi selamat. Disebabkan itu, untuk masa hadapan kedua-dua kaum, penyatuan kita diperlukan..." Nekruis sekali lalu menjelaskan apa yang ingin dikatakannya kepada Raja Halki.
Larkanos dan lain-lain ternganga apabila Nekruis memaklumkan perkara itu. Mereka selama ini tidak menyangka dunia mereka akan mendapat bahana yang lebih dasyat daripada Iones. Perkara ini mustahil ditipu jika ia datang dari mulut Sektar dan Nekruis.
Riak Larkanos dan beberapa orang mula menjadi serius. Kelihatan, apa yang diberitahu Nekruis mungkin ada benarnya walaupun mereka tidak pernah melihat dinding Iljásk itu. Tetapi dalam puluhan tahun ini, sememangnya ada kemunculan raksasa pelik yang kemudian dicari dan dibunuh segera.
Mengikut kajian penyelidikan ke atas tubuh semua raksasa tersebut, ia tiada maklumat yang mengaitkan ia spesies dunia mereka. Mereka mengandai bahawa ada raksasa evolusi baru sahaja. Mana mereka hendak tahu bahawa semua raksasa itu telah memecah masuk dari luar dunia mereka. Dengan bukti ini, walaupun tiada pengesahan mereka sedikit sebanyak mempercayai kata-kata Sektar dan Nekruis.
"Adakah raksasa tumbuhan itu raksasa dari luar juga?" Tilos teringat setahun lebih yang lalu ada raksasa menganggu peperangan di negara mereka. (Waktu semasa Zeliker ingin pergi ke Miko dan perlu melepasi Negara Lagendia. Zeliker juga melihat Reuris dan lain-lain yang membunuh raksasa itu)
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...