BAB 110: MEMORI DIKUNCI

57 6 1
                                    

"Korang tak pelik ke ayahanda masih ingat kisah kita ini? Bukan ke ini bermakna ayahanda sentiasa perhatikan kita? Cuma kita je tak tau!" Sambungnya.

Ayatnya menyedarkan Arnialaz dan lain-lain.

"Tapi, itu waktu kita kecil, kan?" Ujar Zeptas.

Larkanos menggeleng. "Aku cuma cerita sedikit. Banyak lagi yang dibualkan Iris dan Stiria dengan ayahanda dalam tiga bulan itu. Cuma aku tidak tahu apa. Zeliker, Stiria ada ceritakan apa-apa kepada kamu?" Tanyanya.

"Stiria ada beritahu mengenai korang semua masih hidup. Tapi hanya lokasi Larkanos dan Zeptas yang Stiria tahu. Abang Arnialaz tidak. Aku tahu mengenai ayahanda di Benter pun disebabkan ini. Stiria juga kata ayahanda telah memerhatikan kita selama ini. Perkara yang berlaku ke atas kamu bertiga walaupun berlaku secara kebetulan masih membantu rancangan ayahanda untuk keluarkan kamu dari Flink. Aku juga sama. Rupa-rupanya kes penculikan aku secara kebetulan mengikut rancangan ayahanda untuk menghantar aku ke Eskimos. Aku cuma faham ayahanda berbuat begini kerana musuhnya berada dalam istana," terang Zeliker.

Musuh?! Ada musuh dalam Flink di mana Nekruis berada?! Terkejut mereka semua kecuali Riseptos dan Arnialaz.

"... Apa yang kamu kata adalah betul. Memang ada musuh dalam istana tetapi tidak tahu siapakah orangnya. Mereka sangat susah ditemui walaupun pengintip ayahanda sendiri menggeledah seluruh Flink. Kalau ingat semula, Zeptas pernah diculik ketika masih bayi dan menyebabkan kecederaan di otak," maklum Arnialaz.

Terkejut semua orang mendengarnya. Zeptas apatah lagi kerana dia tidak pernah tahu mengenainya.

"Tapi, macam mana abang tahu kisah ini kerana abang sedar kamu tiada disebabkan tidak jumpa kamu selepas seminggu yang melarut hingga ke sebulan. Abang cuba mengorek kehilangan kamu daripada Zapter. Sayangnya, Zapter tidak menceritakan apa-apa. Abang tahu mengenai ini apabila Doktor Kazami sedang berbual dengan bonda mengenai kecederaan kamu dan ia amat serius. Kamu dikatakan hanya ada satu peratus sahaja untuk hidup dan hal tersebut sangat mengejutkan abang." 

Mata Arnialaz direndahkan ke bawah dan sedikit merah. Dia masih ingat kejadian itu. Dia menutup matanya seketika sebelum membukanya dan memandang ke arah adik-adiknya sebelum berhenti pada Zeptas. Wajah Zeptas telah berubah dari terkejut kepada kurang percaya.

"Kamu tahu siapa yang selamatkan kamu, Zeptas? Ayahanda. Ayahanda yang menyelamatkan kamu. Untuk pengetahuan kamu, ayahanda berada di sisi kamu dan merawat kamu tanpa sesiapa dibenarkan mendekati kamu berdua. Bonda pun tidak dibenarkan memasuki bilik yang kamu berdua berada. Setelah mengetahui kamu sedang dirawat di bilik rahsia, abang menemani bonda untuk menunggu kamu berdua di luar bilik itu setiap hari. Sebulan lagi selepas itu, barulah ayahanda bukakan halangan pada pintu dan benarkan kami masuk. Ayahanda... tidak keluar untuk makan ataupun minum selama dua bulan kerana ingin merawat kamu, Zeptas..." Sambungnya.

Zeptas menundukkan kepalanya. Fikirannya berserabut setelah mengetahui kejadian yang berlaku kepadanya semasa dia masih bayi. Apatah lagi mengenai perbuatan Nekruis. 

Nekruis selamatkan dia? Dia seperti rasa mustahil tetapi abangnya adalah saksi ketika itu. Mustahil abangnya mereka cerita.

"Keadaan ayahanda... Apa keadaan ayahanda dan Zeptas?" Tanya Larkanos. Dia tidak tahu perkara itu kerana dia baru berumur 4 tahun semasa ia berlaku.

"Ayahanda... Rupa dan pakaiannya tidak terurus, berbeza dari keadaannya yang suka menjaga imej dan rupanya yang sentiasa gagah. Dia pengsan dalam keadaan memeluk Zeptas ketika aku dan bonda memasuki bilik korang berada. Waktu itu wajahnya sangat letih dan... lemah..."

Semua orang tidak sangka perkara itu pernah berlaku. Nekruis jadi lemah? Tidak akan berlaku dalam konteks kamus mereka seumur hidup. Nekruis merupakan imej syaitan terkuat di dunia mereka.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now