BAB 97: RAKAMAN

44 6 0
                                    

"... Memandangkan raja kita membenarkan kita melihat, sudah tentu, merungkai rahsia di kotak ini dibenarkan. Oleh itu, semua orang boleh cuba memikirkannya bersama," kata Qozanliu kepada semua orang.

Mereka semua memandang satu sama lain. 

"Tuanku, boleh patik lihat kotak tersebut?" Pinta Tilos.

Gesta mengangguk kepalanya lalu membalingnya dengan lembut ke arah Tilos. Tilos menangkapnya sebelum memeriksa kotak itu. Semua orang tertanya-tanya mengapa raja mereka tidak memberikannya dari tangan ke tangan. Sayangnya, tiada sesiapa berani menyoal Gesta. Baik jangan disoal kerana menyoal tindakan raja ialah satu kesalahan juga.

Tilos membelek-belek dan menyedari nombor itu bertukar dengan bergerak ke atas. Apabila dia hendak memusingnya ke bawah semula, ia mengeras bagaikan dikunci. Dia mengembalikan nombor kepada kosong. Kemudian, memutar ke nombor empat. 

Dia telah memikirkan sesuatu dan ingin mencubanya. Jarinya menekan ke nombor empat itu tetapi ia tidak tenggelam atau berbuat apa-apa. Dia masih yakin bahawa nombor empat ialah kekunci itu. Dia membelek lagi dengan terbalikkan kotak itu pula. Kemudian, dia merenung sekeliling nombor itu. Kotak perak itu selain berwarna perak terdapat lakaran simbolik berbunga.

"Huh?" Tilos terpandang satu garis halus mengelilingi nombor empat,  menjadikan ia satu bulatan. 

Jika dia tidak melihatnya secara dekat, dia tidak akan nampak garisan tersebut. Kuku dua jarinya mencengkam sisi nombor empat itu dan cuba memusingnya. Mula-mula ke arah pergerakan pusingan jam tetapi ia tidak bergerak. Oleh itu, dia memusing ke arah lawan jam. 

Matanya bersinar apabila nombor 4 itu sedikit demi sedikit bergerak ke arah lawan jam sehingga ia betul menegak semula. Setelah itu, barulah dia terdengar bunyi 'klik'. Bukan dia sahaja yang mendengarnya tetapi orang lain juga sama. Kedengaran bunyi tersebut jelas akibat semua orang mendiamkan diri sambil memandang ke arah Tilos.

"Ah, kekanda telah jumpa kekuncinya?" Tanya Ariana dengan kagum.

Tilos sekadar memberikan senyuman. "Sayangnya ia belum terbuka," beritahunya sebelum menumpukan perhatian ke arah kekunci seterusnya. 

Jika dia tidak silap, kunci seterusnya ialah nombor dua. Haih... Kata kekunci kotak tersebut telah tertera pada 10 rangkap ayat dalam surat yang diberikan Nekruis. Empat dua empat bukan setakat nombor yang tertera dalam surat itu malah klu penting untuk menekankan empat dua empat ialah kuncinya. 

Awalnya Tilos tertanya-tanya akan kata kekunci untuk membuka kotak itu. Memandangkan klu yang ada ialah surat yang menunjukkan lokasi kotak itu, dia memikirkan kekunci kotak itu berkaitan dengan surat itu juga. 

10 rangkap, tetapi berangkap empat dua empat juga, sama dengan nombor yang tertera, menekankan kata kekunci adalah sama. Walaupun hanya andaian tetapi Tilos yakin dengan penemuannya. Bukan dia sahaja, Larkanos lagi awal menemu jawapan tersebut tetapi mendiamkan diri. Dia mahu melihat sama ada Tilos dapat merungkai kata kekunci kotak tersebut.

Melihat Tilos berjaya merungkai kekunci pertama membuatkan sebelah mata Gesta terkebil-kebil tetapi mulutnya memberikan senyuman sentiasa. Hatinya sebenarnya rasa sakit kerana dia mengambil masa yang lama sedangkan anak sepupunya telah menjumpai kata kekunci itu dalam masa yang singkat. 

Kenapa lah dia tidak meminta tolong orang lain sahaja masa mula-mula dia menjumpai kotak itu? Ah, tapi, hatinya takut rahsia yang tersimpan dalam kotak itu membahayakan seluruh istana. Oleh itu, dia telah menyorokkannya. Hanya Leiroi sahaja yang tahu keperitannya mencuba membuka kotak tersebut dengan sendiri.

"Teruskan, Tilos," beritahunya yang terasa ingin muntah darah.

"Ya, tuanku," jawab Tilos dan segera memutar nombor dua yang telah diubahnya pula. Klik kedua didengari semua orang.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now