Tiga bulan selepas itu, satu persidangan raja-raja seluruh negara diadakan selepas selesai menguruskan pelbagai masalah yang timbul di negara masing-masing. Lokasi persidangan berada di dalam Negara Miko. Sebelum persidangan dimulakan, penonton tertarik nafas mereka kerana melihat semua raja daripada dua kaum berkumpul di satu tempat. Situasi ini merupakan kali pertama untuk dua kaum bersemuka secara terbuka tanpa prejudis kepada satu sama lain.
Di antara semua raja, terdapat enam raja baru yang telah ditakhtakan dalam masa tiga tahun ini. Enam negara tersebut ialah Deldan, Weety, Entenoa, Opyru, Jelion dan yang terakhir ialah Miko. Lima daripada enam raja baru tersebut sangat muda berbanding raja-raja lain.
Bukan itu sahaja, di barisan berhadapan dengan semua raja ialah wakil-wakil organisasi daripada Eidolon dan ketua-ketua kecil, Ballista, Lokostan dan juga dua lagi organisasi yang bukan manusia mahupun syaitan. Dua organisasi ini telah dijemput Gustier untuk mengesahkan kehidupan di luar benua. Malah, membenarkan kisah benua mereka hanyalah dunia yang kecil di lautan dunia sebenar.
Keadaan selepas serangan daripada raksasa luar telah memberi kejutan besar kepada seluruh negara manusia dan syaitan, mengakibatkan panik kepada penduduk. Penduduk menyoal kedatangan raksasa kepada pihak atasan dan maklum balas ketika itu adalah menyuruh semua orang untuk bertenang. Penerangan akan diberitahu selepas siasatan dilakukan. Agak sukar mengawal keadaan penduduk kerana mereka sangat takut dan cemas.
Ketika ini, Zeliker dan Ferrick juga sedang menenangkan penduduk Miko yang lebih trauma dengan serangan. Penduduk dalam Neza telah dibebaskan selepas semua raksasa dapat diselesaikan oleh Ballista dan situasi kembali normal. Walaupun begitu, peperangan dua kaum di Miko dan selepas itu pula, serangan raksasa telah mengakibatkan banyak kematian tentera mereka dan tentera Eidolon.
Zeliker dan Ferrick bersama-sama Jacques yang menyorokkan identitinya, mengumumkan keberanian mereka ketika majlis pengebumian di Miko dan mengumumkan kemenangan pihak manusia di dalam peperangan. Ramai yang gembira mendengar kemenangan pihak manusia tetapi masih sedikit gelisah mengenai kemunculan raksasa.
Tanpa melengahkan masa walaupun keadaan masih kelam, majlis pertabalan raja baru Miko diadakan dua minggu selepas kejadian. Ferrick yang mengumumkan majlis ini hingga mengejutkan ramai orang termasuklah Zeliker sendiri. Ferrick merasakan keadaan tanpa pemerintah Miko boleh menyebabkan keresahan penduduk. Dengan adanya pemerintah, penduduk Miko boleh dikawal segera.
Semasa hari pertabalan sedang berlangsung...
"Heh, nampaknya Zeliker dahulu yang naik takhta sebelum kamu, kekanda," kata Zeptas kepada Arnialaz.
Arnialaz mengangguk setuju. Hatinya gembira untuk Zeliker. Dia, Zeptas, Larkanos dan Iris berada di tingkat dua menghadap ke arah majlis pertabalan. Kini, Zeliker dilihat mereka sedang duduk hormat menerima takhta di hadapan Sektar, Mikasa (Raja Shildia) dan Elamos (Raja Drick).
Sektar telah menukar rupanya kepada rupa lamanya yang lebih tua. Dia, Mikasa dan Elamos telah berbincang dan bersetuju untuk menjadikan Zeliker raja baru Miko. Dengan persetujuan tiga raja ini, tiada sesiapa yang berani membantah pertabalan ini. Sememangnya ada segelintir invidividu yang tidak setuju kerana Zeliker ialah kaum syaitan tetapi masih ramai yang gembira dengan Zeliker menjadi pemerintah Miko.
Hal ini disebabkan penyertaan Zeliker di dalam peperangan menyebelahi pihak manusia dan juga keramahan dan bantuan Zeliker terhadap penduduk semasa Istana Miko baru dihidupkan. Perkara ini telah menyentuh hati ramai penduduk dan mereka menyukai Zeliker.
Apabila mengetahui Zeliker akan menjadi pemerintah baru mereka, ramai yang bersorak gembira dan lega untuk Miko yang akhirnya mendapat pemerintah semula setelah lama tiada pemerintah. Mereka tahu tanpa pemerintah, negara mereka bebas ditakluki musuh.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...