BAB 16: PERBUATAN YANG TIDAK DIJANGKA

69 5 2
                                    

" Baiklah, kamu semua dikehendaki mengikut kami ke negara kami!" kata Ashla kepada puak syaitan yang ditangkap Raja Elamos.

" Dan kamu dibenarkan tinggal di Negara Eskimos sebagai rakyat negara kami! Kamu semua akan dilayan sama taraf dengan penduduk manusia!" kata Gizelis pula.

Semua orang dari puak syaitan itu berasa gembira dan lega mendengarnya. Mereka terdiri daripada kalangan kanak-kanak sehinggalah ke orang tua.

" Zeliker, apa perasaan kamu melihat semua ini?" tanya Dian apabila mereka berada di tepi sebagai pelindung.

" Entah lah. Aku tak tahu tapi aku rasa sedikit lega melihat penduduk dari puak syaitan ini akan berada dalam keadaan yang lebih baik selepas ini.." jawab Zeliker.

" Ya.. Aku akan lindungi Negara Eskimos supaya kamu boleh pulang semula, Zeliker," kata Dian, berjanji.

" Terima kasih, Dian.. Aku juga berjanji aku akan kembali suatu hari nanti.." balas Zeliker.

Selepas itu, kesemua mereka bergerak pulang ke Negara Eskimos semula. Raja Elamos melihat mereka beredar melalui cermin istananya. Dia terpandang Zeliker dan Gizelis yang sedang menunggang kuda masing-masing.

" Zeliker, Gizelis, kamu berdua adalah manusia yang istimewa. Kedua-duanya mampu mengubah seseorang melalui sikap mereka yang semulajadi. Kedua-dua mereka adalah unik. Mungkin bukan mereka berdua sahaja.. Tapi, keamanan mungkin tercapai dengan wujudnya orang seperti mereka ini," kata Raja Elamos sambil tersenyum. 

" Baguslah kamu semua pulang dengan selamat," kata Raja Sektar dengan lega.

" Tuanku, patik ada satu permintaan dan patik telah lama berfikir ingin melakukannya.." pinta Zeliker dalam keadaan duduk hormat.

Pada masa ini, Xcerox, Stiria, Ashla, Frix dan Gizelis ada bersamanya dalam dewan besar itu kecuali Xcerox dan Stiria duduk di bahagian tepi Raja Sektar manakala Ashla dan Gizelis bersamanya duduk hormat ke arah Raja Sektar.

" Silakan, Zeliker," kata Raja Sektar ingin mendengar permintaan Zeliker.

" Patik harap tuanku benarkan patik keluar istana. Patik ingin mengembara, tuanku.." kata Zeliker.

Xcerox dan Stiria terkejut mendengarnya.

" Baiklah.. Kamu dah pun bebas lakukan apa-apa yang kamu mahu, Zeliker.. Cuma beta harap kamu sudi pulang ke sini sekali-sekala. Zeliker, beta anggap kamu macam anakanda beta juga. Oleh itu, istana ini juga adalah rumah kamu walaupun ia tak sama dengan rumah lama kamu. Beta mengalu-alukan kepulangan kamu suatu hari nanti. Dan juga.. Benda ini beta mahu serahkan kepada kamu. Ia adalah simbol diraja negara ini dan orang yang mempunyai simbol ini boleh keluar masuk negara ini tanpa halangan dari pengawal-pengawal negara ini. Malah, warnanya adalah simbolik kepada seseorang dan hanya orang itu yang boleh gunakannya. Zeliker, warna kamu adalah emas kerana kamu adalah orang yang boleh dipercayai. Semua pengawal beta telah maklum dengan kamu. Jadi, kamu takkan ada masalah bila masuk dan keluar dari negara ini. Beta dah boleh teka kamu akan keluar suatu hari nanti. Disebabkan itu, beta telah menyuruh orang beta menyediakannya. Juga meletakkan nama kamu padanya... Dasu," kata Raja Sektar.

Dasu memberikan sebuah medal emas kepada Zeliker atas arahan Raja Sektar. Zeliker mengambilnya.

" Patik ucapkan bebanyak terima kasih, tuanku kerana telah melayan patik dengan baik. Patik juga ingin membawa syaitan yang menyerang Raja Elamos bersama-sama patik," kata Zeliker walaupun dia tidak pasti sama ada Raja Sektar akan membebaskan Silvert kerana Silvert melakukan jenayah terbesar sebab menyerang Raja Elamos.

" Hmm? Kamu ingin bawa dia? Tapi, dia amat berbahaya dan dia kelihatan seperti jeneral puak syaitan.. Kamu seperti amat mengenalinya, Zeliker," kata Raja Sektar, mahukan penjelasan daripada Zeliker.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now