BAB 13: XCEROX, STIRIA DAN PUTERA DRICK

77 6 0
                                    

[Tahun 5457, 17 November, 10.00 AM...]

" Xcerox jenis yang serius dengan kata-katanya... Dia mungkin akan suruh ayah dia hapuskan bunga-bunga tu dengan alasan lain... Urghh... Tapi, kenapa aku masih pilih benda lain dari nyawa mereka pula?! Kenapa dengan aku ni?!" kata Zeliker dalam hati sambil memegang kepalanya dengan sebelah tangan.

" Hmm? Zeliker, kamu sakit kepala ke? Kamu juga nampak pucat sikit.." tanya Gizelis di sebelahnya. 

" Huh? Tak, aku tak apa-apa. Ini kali pertama aku naik kuda. Jadi, mungkin sedikit takut kalau ia mengamuk," bohong Zeliker.

" Oh... Jangan risau. Ia kuda terlatih. Namanya Azuris.." beritahu Gizelis.

" Hmm... Dia ada pemilik kan? Penunggangnya tak marah kah kalau aku tunggang dia punya?" tanya Zeliker.

" Mestilah tak. Err... Sebenarnya, lebih tepat kalau kata Azuris ni tak de penunggang.. Azuris ni belum ada penunggang sebenar jadi ia tak de tuan. Kamu nakkan dia, Zeliker? Alang-alang kamu perlukan kuda juga kalau nak mengembara. Jalan kaki amat meletihkan," tanya Gizelis.

" Hmm... Boleh juga rasanya. Baiklah, tapi aku kena minta kebenaran siapa untuk beritahu aku nakkan Azuris?"

" Hehe.. Kalau ada yang nak kuda, kuda yang diberikan kepadanya adalah miliknya. Jadi, dia dah jadi milik kamu sebab kamu nak dia.." senyum Gizelis.

" Begitukah..?"

" Tapi, kamu kena berlatih untuk memahaminya, faham? Kuda juga ada perasaan macam manusia. Jika kamu layannya dengan baik, pasti ada balasan daripadanya nanti."

" Baiklah.. Selamat berkenalan, Azuris. Aku Zeliker, tuan baru kamu..." tepuk Zeliker dengan lembut ke pipi Azuris.

Azuris mendengus.

" Nampaknya ia gembira, Zeliker," gelak Gizelis.

" Ohh..." Zeliker berasa pelik dengan dengusan Azuris.

" Nampaknya, ada banyak benda aku kena tahu.." fikirnya. 

Selepas beberapa jam, mereka tiba di laluan perantaraan dua negara, Eskimos dan Drick. Laluan tersebut dipisahkan dengan sungai luas dan mereka perlu melalui jambatan untuk masuk ke Negara Drick. Sebelum jambatan itu juga terdapat kampung kecil dan penduduknya berkeluargakan askar-askar negara Eskimos. 

[Tahun 5457, 17 November, 1.00 PM...]

" Ada juga askar-askar di sini. Bermakna mereka adalah pengawal laluan antarabangsa ini.." fikir Zeliker setelah memandang sekeliling.

" Zeliker, kita akan berehat di sini malam ini.." beritahu Ashla.

" Baiklah... Boleh aku merayau di kampung ni?" tanya Zeliker.

" Eh? Tak perlu tanya pun tak pe. Pergilah," balas Ashla sambil tersenyum.

" Terima kasih.." ucap Zeliker lalu beredar.

Kudanya, Azuris, dibawa Gizelis masuk ke kandang kuda di kampung itu. Disebabkan itu, Gizelis tidak bersamanya.

" Eh, mana Zeliker?" tanya Dian, hairan kerana tidak melihat Zeliker di mana-mana di kem askar itu.

" Dia dah merayau di kampung agaknya.. Kita dan Zeliker dah bebas. Kita tak perlu beritahu Gizelis ke mana kita hendak pergi lagi.." balas Enta.

" Ya juga... Kamu nak pergi merayau?" ajak Dian.

" Tak.. Aku dah pernah ke sini dulu. Tak de apa-apa yang menarik di sini.."

" Tak seronok lah kamu ni.. Tak jadi lah aku nak rayau.." 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now