BAB 111: KEGELISAHAN

49 8 0
                                    

"AYAHANDA!!" Jerit Zeliker dan abang-abangnya setelah melihat keadaan Nekruis.

"Nekruis?!" Sebut Xium dalam hati dengan riak tidak percaya Nekruis boleh berada dalam keadaan itu. Ini kali pertama dia melihat kecederaan teruk pada Nekruis.

Apabila dia melihat Zeliker dan abang-abangnya ingin pergi kepada Nekruis, dia menggunakan kuasa teleportasinya untuk menghantar mereka berdekatan Nekruis. Hetero, Kaizelan dan Varna terikut sama kecuali Riseptos yang telah bergegas ke arah Gizelis dan lain-lain setelah tiba di tempat itu tadi. Dia tidak tahu mengenai Nekruis yang cedera.

Zeliker dan abang-abangnya serta Xium dan lain-lain setelah muncul berlari mendekati kumpulan yang mengelilingi Nekruis. Mereka terkejut melihat sebilah pedang ber-aura hitam tertusuk pada dada kiri Nekruis. Mereka tidak lihat pedang itu pada tubuh Nekruis sebelum ini kerana jarak yang jauh. 

Keadaan Nekruis apabila dilihat dari dekat agak teruk keadaannya. Bau darah Nekruis tidak dibau mereka kerana terdapat bulatan pelindung menyekat bau tersebut dari keluar. Malah, topeng Nekruis tiada lagi pada wajahnya, menyebabkan kesemuanya dapat melihat wajahnya yang pucat dan sedang berpeluh bagaikan sedang menahan sakit. Matanya dipejam erat. Dia sedar atau tidak, Zeliker dan lain-lain tidak pasti. Tapi, kesakitan Nekruis bagaikan dapat dirasa mereka. Sektar, Ken, Maryn dan Bekura dilihat mereka bersama Nekruis di dalam pelindung itu.

Varna segera menekup wajahnya ke belakang Kaizelan kerana takut melihat keadaan Nekruis dengan lama. Dia tidak sukakan keadaan yang berdarah. Tapi bulu romanya menegak sama seperti Zeliker dan lain-lain. Mereka seram sejuk melihat Nekruis.

Malah, jantung semua orang berdegup dengan laju dan wajah Zeliker serta abang-abangnya pucat kerana perasaan takut dan gelisah menghantui pemikiran mereka. Rasa kesal juga ada kerana tidak tiba cepat ke dataran itu untuk melihat keadaan sekeliling.

"Zeliker?" Sebut Dian dan Enta yang melihat mereka.

Zeliker dan lain-lain menyedari rawatan yang dijalankan ke atas Nekruis tidak boleh diganggu. Zeliker dan Xium mendekati Dian dan Enta.

"Korang tahu apa yang berlaku kepada ayahanda aku?" Tanyanya kepada Dian dan Enta. Riaknya cemas dalam pandangan Dian dan Enta. 

Zeliker sedar dia memanggil Nekruis sebegitu kerana dia pasti Dian dan Enta telah mengenali Nekruis. Manakala Dian dan Enta, mereka masih ingat kata-kata Zeliker pada waktu dahulu bahawa dia bencikan Alinda dan Nekruis. Tetapi kini, melihat Zeliker mengisahkan keadaan Nekruis melegakan hati mereka. Mereka tidak mahu Zeliker mempunyai sifat bencikan keluarganya.

"Raja Nekruis... Sebelum dia menjadi begini kami tidak pasti apa yang berlaku. Kami juga tidak tahu identitinya dan telah melihat baginda masih berlawan dengan raksasa itu sebelum tiba-tiba baginda diserang seorang lelaki dan mereka berdua jatuh ke dalam hutan berdekatan.  Perlawanan mereka menyebabkan kawasan mereka meletup di sini sana sebelum keadaan menjadi senyap. Setelah itu, lelaki bertopeng mata itu muncul dengan baginda dalam dakapannya. Tubuh baginda telah menjadi begini. Akak aku ingin segera melihat baginda dan dari wajahnya kami menyedari identitinya. Dua orang lagi tu muncul selepas itu," terang Dian dengan rasa marah dan serba salah terhadap Nekruis. Dia marah kerana tidak dapat membantu Nekruis.

Zeliker diam sejenak. Arnialaz dan lain-lain telah mendengar penerangan itu juga.

"Lelaki yang kamu maksudkan, adakah rambut dia sebelah panjang dan sebelah lagi botak? Pakaiannya juga seperti penyangak?" Xium mahu tahu sama ada lelaki itu ialah Velios atau bukan.

Velios sebaik sahaja muncul telah berpakaian separuh terbuka di hadapan dengan tatoo pada kulit dada kirinya manakala seluarnya panjang dan terdapat kain merah melilit pinggangnya. Rupanya sememangnya seperti seorang penyangak.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now