"Em... Buat masa ini, kita teruskan dengan perkenalan orang lain. Seperti yang semua sedia maklum. Terdapat beberapa negara syaitan yang telah mendapat raja baru dalam masa 10 tahun ini ataupun dalam masa terdekat. Manakala semua pemerintah negara manusia kecuali Iones masih kekal sama. Boleh kamu perkenalkan diri, rakan Zeliker?" Pinta Sektar sambil memandang Elgarb.
"Ya, tuanku!" Balas Elgarb walaupun nadanya sedikit gementar tetapi tidaklah dia gugup bercakap.
Dia bangun berdiri dan mula berpeluh apabila semua orang memandangnya. Zeliker, Xcerox, Stiria dan Zelfon telah mengetahui kisah Elgarb yang akan mewarisi takhta Jelion. Elgarb yang memberitahu mereka secara sorok-sorok daripada orang lain ketika mereka berempat serta Xium; yang sentiasa dengan Zeliker, diminta Elgarb untuk berkumpul dan berbual. Rakan-rakannya sedikit terkejut mendengarnya.
"A-Apa pendapat korang mengenai ini? Aku langsung tidak tahu apa-apa kot menjadi raja," kata Elgarb selepas menceritakan kisahnya. Mereka berkumpul di bilik Elgarb sebelum pertabalan Zeliker yang akan berlangsung tiga hari lagi.
Zeliker dan lain-lain memandang satu sama lain.
"Elgarb, semasa kamu hilang ingatan, sebenarnya kamu memang telah menjadi Raja Jelion..." Beritahu Zeliker.
Memori di Jelion agak sedikit menyeksakannya kerana ia berkait dengan penculikan Stiria dan juga perkahwinan Elgarb (yang dikawal roh raja lepas) dengan Stiria. Walaupun begitu, majlis perkahwinan tersebut tidak sah kerana tiada persetujuan daripada Sektar mahupun Stiria sendiri. Ketika ini, Zeliker sedar perasaan Elgarb yang menyukai Stiria semenjak kecil.
"Huh?! Benarkah?! Korang tahu?! Kenapa korang tidak beritahu aku selepas kita keluar dari Jelion?! Sekarang baru aku sedar kenapa aku berada di sana..." Elgarb tidak sangka. Selama ini, kemunculannya di Jelion dihiraukannya. Dia tidak mahu memikirkannya kerana hal tersebut mengingatkannya kepada keadaan Zeliker, Xium dan Stiria.
"Tapi, kenapa aku tidak ingat aku memerintah Jelion?" Dia buntu. Memorinya hilang mengenai hal ini.
Stiria pula yang memberitahu kisah selepas Xium muncul. Kisah roh raja masa lepas Jelion yang mengawal tubuhnya tetapi Xium telah membunuhnya. Xcerox dan Zelfon serta Elgarb sendiri yang mendengar, tercengang.
"Ah, masa bila?! Semenjak bila?!" Elgarb menjadi cemas dan melihat ke arah tubuhnya sambil memusing depan belakang.
"Bukan ke sepatutnya kamu yang tahu? Kamu ingat tak memori kamu sampai mana sebelum kamu tiada ingatan?" Tanya Xcerox.
Elgarb diam seketika sambil mengimbas memorinya semula. Eskimos diserang tentera Entenoa yang ketika itu diperintah oleh Raja Bwanro Anoie, ayah Kaizelan. Dia tahu pun sebab dimaklumkan jirannya. Selepas mendapat tahu kawasan mereka akan menjadi medan perang, dia mengikut jiran-jirannya untuk mengosongkan kawasan itu dan menuju ke Bandar Istana Eskimos.
Mereka terserempak dengan kumpulan tentera Eskimos yang dalam perjalanan untuk membantu peperangan. Elgarb mengambil peluang ini untuk menanya keadaan di medan perang di selatan Eskimos. Ibu bapanya telah pergi ke medan perang untuk membantu dan menyuruhnya yang mahu ikut untuk tinggal di rumah. Dia tidak akan sekali-sekali lupa pemberitahuan askar tersebut kepadanya.
"Markas Aebet telah tumpas," kata askar tersebut.
"Bagaimana dengan unit rawatan?! Atau unit Ketua Komander, Merdis Alvis?!" Jantung Elgarb telah berdegup laju memikirkan ibu bapanya.
Askar itu perlahan-lahan menggeleng kepalanya. "Semua unit rawatan telah dibunuh dan komander Merdis telah tumpas dalam peperangan."
Jika jantung Elgarb seperti gelas, ia telah hancur berkecai selepas mendengarnya. Elgarb segera jatuh longlai ke tanah sebelum pengsan. Umurnya ketika ini baru enam tahun. Khabar tersebut terlalu mengejutkannya. Selepas dia sedar semula, dia telah berada dalam sebuah khemah untuk mangsa peperangan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...