Bukan sahaja awan hitam tersebut dilihat Klunan dan rakan-rakannya malah awan itu menyelubungi seluruh benua. Xcerox, Stiria, Elgarb Mellinda, Iris, Gizelis dan Riseptos telah bergerak mendekati cermin jendela yang setinggi bilik untuk melihat ke luar.
"Apa yang berlaku?!" Tanya Xcerox.
"... Kamu semua tolong beritahu semua orang dalam istana untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat," kata Mellinda sambil membuka tombol jendela itu untuk ke ruang kecil di luar bilik itu.
"Bonda, apa yang menyebabkan keadaan ini?" Tanya Stiria dengan takut dan gelisah.
Mellinda memandangnya. "Anakanda sudah lihat raksasa yang muncul itu, bukan?" Dia maksudkan raksasa yang keluar dari lubang di udara tersebut. "Keadaan menjadi begini menandakan ketua kumpulan raksasa akan muncul. Kekuatannya... bonda juga tidak berani menekanya."
Mellinda tidak membuatkan anak-anaknya berasa dijauhinya dan memanggil diri dan mereka sepertimana yang sepatutnya dilakukan sekian lama.
"Bonda, jarak kita selamatkah dari serangan ketua raksasa?" Xcerox ingin tahu keadaan sebelum membuat ulasan dan tindakan yang diperlukan. Dia dan Stiria telah menerima Mellinda setelah mengetahui kebenaran di sebalik kehilangan bonda mereka.
Mellinda memberikan senyuman. Dia melihat Xcerox semakin matang. Sayangnya, ia berlaku dalam situasi yang serius ini.
"Tidak selamat. Ketua raksasa yang dikatakan sangat kuat," balasnya.
"Tapi, tuanku, kita tidak boleh berpindah dengan segera. Penduduk Neza telah dipindahkan ke dewan perlindungan di bawah tanah," kata Riseptos kepada keluarga diraja itu.
Mellinda terbeliak mendengarnya. "Oh, benar juga. Kalau tak silap, Neza ialah bangunan teknologi lama yang masih berfungsi." Fikirnya dalam diam.
"Bonda, kami tidak boleh pindah. Anakanda berdua juga tidak mahu beredar. Rakan-rakan anakanda menetap di sini dan anakanda tidak mahu mementingkan diri sendiri," ujar Xcerox yang memikirkan semua rakan mereka yang telah berada di situ.
"Bonda faham. Dewan perlindungan yang kamu maksudkan. Adakah ia kuat?" Tanya Mellinda. Dia mahu mencari sesuatu perlindungan untuk anak-anaknya jika keadaan menjadi teruk.
"Anakanda dengar semasa Zeliker menghidupkannya, dewan tersebut dan semua bangunan tidak musnah apabila dibersihkan menggunakan tekanan air dari bawah tanah yang melonjak naik. Istana Neza dikelilingi air disebabkan ini," beritahu Stiria.
Mellinda akhirnya terkejut. Dia segera menyentuh dinding dalam bilik tersebut. Kuasanya dikeluarkan untuk memeriksa bahan pembinaan seluruh bangunan. Penemuaannya mengejutkannya lagi.
"B-Bonda kenapa?" Tanya Stiria yang melihat Mellinda tercengang.
Mellinda segera memandang mereka dengan riak gembira dan lega. "Bangunan seluruh Neza juga sama kah?" Dia membalas dengan pertanyaan dahulu.
"Tidak semua sebab ada rumah yang dibina dengan bahan-bahan perumahan biasa. Kenapa?" Jawab Xcerox yang mula hairan dengan perubahan Mellinda.
"Baguslah. Bonda ada banyak perkara yang bonda tidak dapat jelaskan kesemuanya tapi bonda ingin beritahu kamu semua. Di mana-mana bangunan yang dihidupkan ketika Neza menjadi seperti sekarang, jika keadaan menjadi bahaya, beritahu semua orang untuk memasuki bangunan-bangunan ini. Bahan pembinaan bangunan ini bukan bahan biasa dan tidak mungkin boleh dijumpai di sini. Ia lebih kuat dan selamat walaupun diserang raksasa-raksasa yang kamu lihat," terang Mellinda.
"Sampai begitu sekali kekuatan bangunan yang dihidupkan?" Iris tercengang mendengarnya.
Mellinda mengangguk. "Lekas beritahu orang lain mengenai ini. Bonda perlu bertemu Zeliker memandangkan dia adalah pemerintah Neza yang sebenar dan pastinya mempunyai kuasa untuk mengawal istana ini."
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...